Hatyai, Thailand - Hari Ke-3 | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hari ketiga kami di Hatyai bermula dengan sarapan yang lazat. Kami memilih untuk mencuba pelbagai hidangan tempatan yang memberi tenaga untuk hari terakhir sebelum pulang.
Sarapan Pagi
Kami singgah di sebuah kedai sarapan popular, menikmati nasi lemak, roti bakar, dan kopi Thai yang kaya rasa. Suasana pagi yang ceria membuatkan kami lebih bersemangat untuk meneruskan pengembaraan hari terakhir kami ini. Kami juga tidak ketinggalan mencuba Mung Bean Rice-Crepe, yang ternyata paling sedap! Cda paling suka!
Rosecarree untuk Shopping
Setelah sarapan, kami ke Rosecarree untuk sesi shopping. Di sini, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli kain satin Thai. Paling sakan membeli, mak saudara Cda. Untuk dijadikan baju majlis hujung tahun nanti.
Padang Besar
Kami kemudian bergerak meninggalkan Thai, selepas selesai urusan di boarder, kami ke Padang Besar untuk shopping terakhir. Meluangkan masa seharian di sana, kami mencari barang-barang menarik dan khas.
Akhirnya dapat merasa masakan Malaysia!!
Dengan beg yang penuh, kami akhirnya bersiap untuk pulang. Hari ketiga ini memang penuh kegembiraan dan kenangan manis dari Hatyai!
11/02/2024 05:00:00 pm
Read more ...