Sinopsis :
Qistina Diyana, gadis manja ini hidup penuh ceria di samping Lynda dan Juraita, teman baiknya yang bermula di alam persekolahan. Namun, setelah meningkat awal dewasa, Qistina terpaksa melalui satu kehidupan yang tidak pernah terlintas di fikirannya. Tatkala kasih yang dibajainya sedang berbunga terhadap Izwan Firhan, Qistina dipaksa supaya melupakan jejaka yang telah lama bertakhta di hatinya. Rahsia keluarga yang selama ini tersimpan rapi akhirnya tersingkap dan memaksa dia akur untuk memenuhi satu permintaan saudara kandungnya, apatah lagi apabila ianya berkaitan pengorbanan yang pernah dihulurkan Haikal Hakimi, sahabat baik abangnya itu. Pertemuan semula di antara Haikal menjadi satu kejutan buat Qistina kerana tidak disangkakan mereka pernah bertemu dalam satu kejadian salah faham. Perancangan keluarga Qistina untuk menyatukannya dengan Haikal telah memulakan dan menimbulkan konflik dalaman di dalam dirinya. Apakah rahsia dan pengorbanan yang telah dilakukan Haikal Hakimi terhadap keluarga Qistina itu sehinggakan dia dipaksa menerima lelaki itu? Mampukah dia melalui kehidupan bersama lelaki yang tidak dicintainya itu malah untuk berkongsi kasih dalam satu ikatan di antara suami dan isteri? Benarkah rasa cinta itu dapat dipupuk setelah terbinanya mahligai yang dia sendiri tidak pasti akan bahagianya? 
 
Review :
3.5/5 rate. Perjalanan kehidupan seorang gadis yang telah ditakdirkan untuk berkahwin atas permintaan keluarga sendiri selepas abang kandungnya terhutang budi dengan lelaki tersebut, Haikal. Sepanjang perkahwinan mereka, Haikal melayan Ana dengan baik, sehingga terbit rasa kasih terhadap lelaki itu. Hanya kerana fitnah memisahkan mereka. Tatkala bertemu semula, sesuatu telah menimpa Ana. Tiada watak jahat keterlaluan, dan lebih kepada kisah kehidupan gadis itu. Jodoh maut ditangan Tuhan, tiada siapa yang tahu, begitulah penamatnya. (baca : 31-Dec-2018)


Cda 12/31/2018 06:01:00 pm
Read more ...

Lagu : Temberang 
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong 
Lirik : Ayda Jebat, Hael Husaini & Ezra Kong

Lirik 
CHORUS 
Duh’ aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Duh’ aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang

VERSE 
Bilang pada ku, Apa kau mahu, 
Mahu diriku, Dekat dekat tapi engkau malu 
Katakan saja, Ku yang kau punya 
Janji bahagia, Jangan biar tunggu lama-lama

PRE C/O 
Kerna ku mahu kau selamanya untukku 
Katakan engkau mahu

VERSE 2 
Hadir dirimu dalam hidupku 
Biar selalu malam - malam ku impikan kamu

Repeat PRE C/O

Repeat CHORUS 
Solo

CHORUS 
Duh’ aduh aduh aduh aduh abang 
Aduh aduh aduh aduh jangan 
Aduh aduh engkau temberang

BRIDGE 
Aku tahu kau suka kerna aku juga sama 
(Jangan kau temberang) 
Aku tahu kau suka kerna aku juga sama 
(Jangan kau temberang)

Jangan kau temberang 
Jangan kau temberang 


Cda 12/31/2018 11:38:00 am
Read more ...

Sinopsis :
Dania, Gadis polos yang tak punya apa-apa. Cintanya diburu oleh pasangan adik dan abang, Khaliff dan Afiff. Afiff - Bagi Dania, Afiff adalah lelaki paling poyo dan kurang adab yang pernah dia jumpa. Tapi siapa sangka, lelaki tak normal itu jugalah jodohnya. Apa yang tak kena pada Afiff? Luarannya nampak biasa-biasa. Dania ada jawapannya. Enam bulan bergelar isteri kepada lelaki perasan bagus itu, Dania tahu ada yang tak kena. Dia dikahwini untuk disimpan? Mampukah dia bertahan dalam syurga palsu ciptaan Afiff apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan lelaki lain?

Review :
3/5 rate. Watak yang dibawa oleh gadis bernama Dania ni buat kami rasa maruah wanita dimain-mainkan bila dicerai dan dikahwini oleh adik beradik tiri ini. Jalan cerita memanglah sedih, mengalir air mata teman. (baca : 29-30 Dec 18)

Cda 12/30/2018 10:57:00 am
Read more ...

alhamdulillah tahun 2018 sudah hingga ke penghujungnya, dan 2019 bakal menjelma hampir empat hari lagi. Ya berdebar-debar untuk melangkah ke tahun baru. Segala kenangan pada tahun 2018 akan sentiasa dikenang, dan dijadikan ikhtibar.

Pengalaman mencari kerja, di interview akan sentiasa tersemat di dalam diri. Terasa macam fresh graduate, setelah 8tahun bekerja. Sangat dihargai pengalaman berharga ni. Pengalaman kena drive kereta sendiri pergi dan balik kerja, sebelum ni membonceng motor saja. Culture shock sangat.

Pengajaran yang amat kami hargai adalah bila bergaul, walaupun berkenal rapat, jangan sesekali biarkan kepercayaan kawan/kenalan hilang dengan sikap kita. Bak kata pepatah, biar pecah diperut, jangan pecah dimulut. 

Rasanya setakat ini perkongsian dan luahan hati untuk tahun 2018. Semoga kita ketemu lagi di tahun baru 2019. InsyaAllah..

Assalamualaikum..
Cda 12/27/2018 09:18:00 pm
Read more ...

Info : Pokok Belinjau jarang ditanam secara intensif. Kayunya dapat digunakan sebagai bahan papan. Daun yang muda, "bunga" (baik jantan mahupun betina) dan bijinya (baik yang muda mahupun yang sudah masak) boleh digunakan sebagai sayur (misalnya sebagai sayur ulam). Biji belinjau boleh dikisar menjadi tepung dan digoreng menjadi emping atau ditumbuk dan dijadikan kerepek binjai. Sebagai sumber makanan, biji belinjau mengandungi kadar urea yang agak tinggi dan oleh itu, tidak sesuai dimakan pada jumlah yang banyak terutama bagi mereka yang menghadapi masalah gout. - sumber

Harini dapat makan emping belinjau ni. Sedap kemain rasanya walaupun pahit. Namun kali ni shu dapat extra rasa, masin. Berkongsi rasa dengan officemate, sedar-sedar sudah habis. hee
 
Buah Belinjau/Melinjau
  • Buah belinjau diproses untuk dijadikan keropok atau emping. Daun dan buah belinjau dijadikan penyedap rasa dalam masakan.
  • Pucuk mudanya dibuat sayur masak lemak atau masak air dengan rasanya agak manis. Buah belinjau yang muda sedap dimasak bersama daging cincang atau dibuat kari.
  • Buah yang sudah masak direbus dan dimakan seperti kacang tanah rebus. Selain direbus, buah belinjau boleh dibakar dengan sabut.
  • Ia kemudian dibuang kulit dan ditumbuk sehingga leper dan boleh terus dimakan seperti kerepek. Kayunya digunakan sebagai bahan membuat papan.
  • Bahagian yang digunakan dalam perubatan tradisional ialah buah dan daunnya.
  • Khasiat yang terdapat pada buah belinjau, setiap 100gm pucuk muda dan buah belinjau mengandungi air, protein, lemak, karbohidrat, fiber, kalsium, fosforus, ferum, vitamin A, niasin dan vitamin. Betapa banyak khasiat yang ada pada buah Belinjau.
selepas digoreng
Cda 12/19/2018 10:16:00 am
Read more ...
7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki
 
1. Memperbanyak Membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa billah
Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La Hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)


2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).


3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil Adziim
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


4. Membaca Surah Al Ikhlas
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)


5. Membaca Surat Al-Waqiah
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam , maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)


6. Memperbanyak Selawat ke atas nabi
• Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT .


7. Melazimkan Beristighfar
Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya ALLAH akan mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Doa Menjemput Rezeki
Ya Allah berikanlah kami Rezeki yang luas , yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami.

Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada dibumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakanlah
Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak anak yatim , fakir miskin dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan


Ya Allah kabulkanlah doa kami . Ya Allah Ya Robbal Alamin . Semoga Allah Mengabulkan doa kami.


Cda 12/16/2018 11:08:00 am
Read more ...

Mempunyai lesung pipit? Ini 5 kelebihan dan Fakta menarik mengenai lesung pipit. Jangan terkejut!

"Betul ke kakak tadi dah 40tahun? Nampak macam muda je, sebab lesung pipit tu kot nampak muda, untunglah kan ada lesung pipit.."

Uniknya mereka yang mempunyai lesung pipit kerana setiap senyuman mempunyai aura yang isterimewa. Lekukan di pipi itu berupaya menambah kemanisan dalam wajah.

Disebalik kemanisan senyuman tersebut, ini merupakan beberapa fakta dan kelebihan lesung pipit yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini:

  1. Hanya 20% manusia memilikinya. Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipit yang sebenarnya merupakan satu kecacatan yang ramai orang impikan dan amat dicemburui.
  2. Ramai yang tertarik. Menurut kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah penambah daya penarik seseorang. Mereka akan tetap nampak cantik walaupun tak mekap.
  3. Kalau bergambar pula, bagaimana rupa atau mood anda ketika memandang kamera, wajah anda tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyuman yang dipaksa.
  4. Kelihatan awet muda. Para saintis menyatakan kelebihan mereka ada lesung pipit ni ialah tampak muda dari usia sebenar. Dengan kata lain mereka yang ada lesung pipit wajahnya ‘babyface’.
  5. Penyebar aura keceriaan. Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum orang yang melihatnya akan berasa senang hati. Kecomelan mereka yang berlesung pipit ini boleh menceriakan keadaan.
  6. Ramai selebriti jadi terkenal sebab ada lesung pipit. Laman web Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular.

Bagaimana kecacatan lesung pipit terjadi?

Ia dikatakan kecacatan disebabkan oleh otot wajah yang dinamakan Zygomaticus Major terbelah dua. Ia mengakibatkan otot wajah lebih pendek daripada biasa. Kesannya, apabila bercakap, senyum dan sebagainya, kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekuk pada pipi.

Lesung pipit bukan saja ada pada wajah, ia juga boleh berlaku di dagu (dagu terbelah) dan juga di punggung bahagian atas (biasa dilihat pada bayi baru lahir).

Cda 12/06/2018 08:47:00 am
Read more ...

Review :
2/5 rate. Bila hati telah retak,
Hidup berteman si air mata,
Bila laut tak bergelombang,
Segunung pujuk tiada berguna.
Terjerat ke kancah perkahwinan tanpa rela, separuh jiwa aku menerima Encik Zafrul Amri merangkap bos di tempat kerjaku sebagai suami. Diakah bakal pelindungku? Diakah bakal membawaku ke jalan syurga?

Arief Rachman Haqeem, jejaka kacukan dari seberang terpaksa aku kecewakan. Bunga-bunga sayang yang sedang mekar mewangi dan putik-putik cinta yang baru berkembang, berguguran bersama deraian air mata.

“Saya tak sangka kesudahan kita jadi begini. Saya sayangkan awak, Wiesha. Saya cintakan awak!” ~Arief Rachman
“Selamat tinggal, Arief. Saya tahu awak lelaki yang tabah. Jangan kerana saya, awak tutupkan hati untuk orang lain. Doakan kebahagiaan saya…” ~Dahlyana Darwiesha

Pasrahku membawa derita. Encik Zafrul menikahiku hanya kerana aku seiras kekasih lamanya. Aku menjadi galang ganti cinta Encik Zafrul bersama Kak Mylia yang tidak kesampaian. Kembalinya Kak Mylia kepada Penciptanya menambahkan kemelut di jiwa. Encik Zafrul terus hidup dalam bayang-bayang kenangan silam bersama bekas kekasihnya yang telah pergi.

“Lyana bukan Kak Mylia, Lyana tak boleh ubah diri Lyana jadi orang lain!” ~Lyana
“Abang mengaku cinta abang pada Mylia tak pernah mati. Arwah Mylia merupakan kekuatan abang. Lyana… pelengkap hidup abang. Abang sayangkan Lyana dan abang tak boleh terima kalau ada lelaki lain yang mahu rampas Lyana dari abang.” ~Zafrul

Akibat cemburu dan sering salah sangka, bayi yang aku kandung selama enam bulan lamanya tak sempat menjengah dunia. Kecewanya aku. Salahkah aku minta dilepaskan?

‘Mak pesan, jangan kasar-kasar lagi dengan suami’
‘Pesan along, belajarlah memaafkan!’

Encik Zafrul cuba meraih cintaku kembali. Akan tetapi... sekeping hati yang telah retak, bolehkah dicantum semula? Ceritera cinta dan air mata seorang Darwiesha, mungkinkah ada penamatnya?

Cda 12/05/2018 11:50:00 am
Read more ...
 




Review :
2.5/5 rate. SOFIA percaya bahawa cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Cinta tidak mengajarnya menjadi lemah, tapi membangkitkan kekuatan.Cinta tidak mengajarnya menghina diri, tapi menghembuskan kegagahan dan semangat.

Perlukah Sofia mendambakan cintanya kepada Robert? Dia tidak mahu perkahwinan yang bakal dibina semata-mata kerana cinta, sebaliknya lelaki itu perlu mendalami Islam yang sebenar. Namun, dia tidak menolak bahawa dia amat menyayangi dan mengasihi lelaki itu. Dia buntu...

Idham tidak pandai bermadah seloka. Namun, dia yakin dapat menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada Sofia. Namun, mengapa hati gadis itu masih ragu-ragu? Aduhai, jiwanya bergetar tatkala mereka bertentang mata.

Kehadiran Haikal bagaikan suatu rahmat dalam hidup Sofia. Haruskah dia terus berjuang untuk dinobatkan sebagai juara dalam pertempuran cinta ini? Ini akan terbukti bila dia melafazkan akad nikah dengan gadis pujaannya itu.
Cda 12/04/2018 11:25:00 am
Read more ...

Sinopsis :
Aifa Nabila – Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia benci lelaki. Cinta? Memang taklah!

Ikmal Hakimi – Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa, gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya.
Siapa sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka bukan sekadar berjiran, tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak itulah bermulanya kisah ‘minah gengster vs mamat sengal’. Hari-hari mereka bercakaran, langsung tidak mengenal erti jemu.

Akhirnya, musuh ketat bertukar menjadi pasangan kekasih. Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta. Tetapi, kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwa Aifa. Ah, lelaki sama sahaja! Langsung tidak boleh dipercayai.

Hakimi datang memujuknya. Perlukah dia memaafkan lelaki yang sudah menghancurkan hatinya itu?


Anonymous 11/28/2018 10:58:00 pm
Read more ...

Sinopsis :
Dua tahun menghambakan diri di dalam penjara yg dibina oleh Mikail dgn bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yg kejam, Shamil yg menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dlm benci ada rindu, dalam marah ada tenang... Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorg perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impiah? Dan... cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yg sama?

Anonymous 11/25/2018 07:58:00 pm
Read more ...

Sinopsis
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? 

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. 

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

Anonymous 11/24/2018 10:13:00 am
Read more ...

Sinopsis
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Anonymous 11/23/2018 10:07:00 am
Read more ...

Sinopsis
Dia Megat Qaiser Zulkarnain, menjadi kegilaan setiap perempuan. Zara Diandra mengejar lelaki itu seawal remaja lagi namun cintanya tidak pernah berbalas. Zara tidak pernah berputus asa dan terus berusaha memenangi hati lelaki itu biarpun Qaiser terlalu mudah memperkotak-katikkan perasaannya. Bagaimanapun segala-galanya bernoktah setelah Qaiser bertemu dan jatuh cinta dengan gadis lain. Lelah dan mengalah, hati yang galau dibawa pergi.

Lantaran manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan, pengumuman pertunangan antara Qaiser bersama pujaan hati menambahkan luka di jiwa Zara. Lantas Daris Hadif, si kenalan baru menjadi galang ganti dan pengubat kekecewaan. Zara sengaja mempergunakan Daris demi melupakan lelaki yang telah melukai cintanya. Namun mampukah hati terawat sebegitu mudah?

“Demi untuk melepaskan perasaan sakit hati dan terluka saya dengan seseorang, ia tidak adil untuk awak mengingatinya.” ~ Zara Diandra

Daris bukan lelaki biasa. Walaupun hanya lelaki biasa-biasa saja di mata dunia namun kehadirannya membuka dimensi baru dalam hidup Zara. Saat hati mula membuka ruang untuk lelaki lain, Qaiser kembali bagaikan Sang Taufan.
Jadi kepada siapa kaki Zara perlu berlari? Dan siapakah lelaki yang mampu menjadi pelindung dirinya sehingga ke akhir waktu?

“Terima kasih awak..sesungguhnya, awaklah makhluk Tuhan yang paling saya sayang dan cinta. Saya inginkan awak selalu bahagia walaupun tanpa saya. Awak..” air mata yang berlinang menyukarkan Daris menuturkan kata-katanya lagi. Lelaki itu teresak dan Zara juga turut sama teresak. 
“Saya lepaskan awak..” Daris terus melepaskan ke semua jari jemarinya walaupun hatinya amat berat. 

“Demi cinta, saya relakan akhiri segalanya tentang kita..” Daris mengalah..

“Awak..” Zara tidak dapat menahan dirinya lagi, menangis semahunya. 

“Saya tak sanggup lihat awak menitiskan air mata lagi, cukuplah! Berhenti menangis, awak..” Daris tidak sanggup melihat perempuan yang paling disayangi menangis lagi. 

Daris tidak sanggup lagi melihat, terus berpaling. Biar dia saja yang pergi, satu harapannya supaya Zara bahagia walaupun tanpanya. 

“Jangan pergi awak..” Zara sempat pegang tangan Daris. 

“Zara!” tangan Zara dipegang seseorang dari belakang. Zara berpaling ke belakang. Sangat terkejut, Qaiser sedang memegang tangannya.

Saling memandang antara satu sama lain. Zara kebingungan..

Adakah ini waktunya dia harus memilih?


Anonymous 11/22/2018 10:24:00 am
Read more ...
Al-Fatihah.. Pertama sekali shu ingin mengucapkan takziah buat ahli keluarga yang terlibat. Seminggu sebelum mendirikan rumah tangga, arwah kembali kepada Sang Pencipta, tak sampai seminggu di hospital selepas jatuh pengsan di rumah beliau. Tak banyak nak story, sebab lebih kepada info. tq sudi sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. 

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya 140/75
  • Tekanan sistolik – bilangan yang lebih tinggi (140 seperti contoh)
  • Tekanan darah diastolik – bilangan yang lebih rendah (75 seperti contoh)

Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?
Amat penting untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. Ini kerana, 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?
Di antara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
  • Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
  • Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?
90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
- Sebab yang tidak diketahui (90%)
- Sebab sekunder (10%)
  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit sistem endokrin
  • Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut.

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Merokok
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala
  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:
- Otak
  • Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
- Penyakit jantung seperti :
  • Coronary Heart Disease
  • Congestive Heart Failure
  • Left Ventricular Hypertrophy
- Komplikasi pada mata
  • Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
  • Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
- Komplikasi pada buah pinggang
  • Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
- Peripheral vascular disease seperti
  • Aneurysm
  • Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat tanpa menggunakan ubatan
  • Perlu mengubah amalan cara hidup anda
  • Amalkan permakanan sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
  • Melakukan senaman berkala
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok

Kategori tekanan darah normal/optima
  • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat.
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

Pra Hypertensi
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
  • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
  • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
  • Amalkan pemakanan sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok
  • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
  • Pengesanan komplikasi terutamanya :
  • Jantung
  • Ginjal
  • Mata
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3
  • Rawatan dengan pemberian ubatan
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Dapatkan keterangan lanjut dari doktor

Hypertensi sistolik sahaja
  • Rawatan dengan pemberian ubatan jika BP ≥ 160/100


Anonymous 11/21/2018 12:38:00 pm
Read more ...

Sinopsis
13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.

"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR

Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.

"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI

"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA

"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI

"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA

Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...

“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR

Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?


Anonymous 11/21/2018 09:56:00 am
Read more ...


Sinopsis
Namun hati ini sentiasa berkata... kerana engkau yang pertama dalam hati... siapalah aku untuk membenci.”

Kalau kata-kata cinta itu dilontarkan oleh Azrul suatu ketika dahulu, saat rasa cinta itu begitu mendalam, mungkin Melia akan menerimanya dengan hati yang penuh berbunga-bunga. Tapi tidak lagi sekarang… Hatinya sudah ditumbuhi rasa benci terhadap lelaki itu semenjak lelaki itu menghina kesucian perasaan cinta itu.

Dan kini, Melia bukan Melia yang dulu. Dendam yang disimpannya semenjak dikecewakan oleh Azrul, membuatkan Melia lebih senang mempermainkan perasaan insan bergelar lelaki. Untuk jatuh cinta, tidak ada lagi buat gadis cantik itu. Tapi sampai bila dia harus terus begitu?

Setelah bermacam-macam ‘si dia' lakukan untuk mendapatkan tempat dalam hatinya, akhirnya Melia nekad untuk membuka pintu hati yang sekian lama tertutup.

“Terserahlah dekat awak, saya tak boleh menghalang awak. Lagipun saya sendiri masih tercari-cari siapa sebenarnya jodoh saya.”

“Mel, izinkan saya jadi calon jodoh awak.”

Apabila dia sudah bersedia untuk menerima lamaran daripada insan bernama lelaki, mengapa masih ada rasa ragu-ragu itu?

Adakah Tuhan sudah mentakdirkan Melia untuk terus bersendiri dan terus kecewa dek kisah semalam yang penuh keperitannya? Atau sebenarnya… akan hadir seseorang yang benar-benar akan membawanya mengecap kebahagiaan yang diinginkan?

“Itulah hakikat hati. Sejauh mana aku cuba lari, sekuat mana aku cuba menafi aku takkan mampu menipu diri sendiri.”


Anonymous 11/20/2018 10:28:00 am
Read more ...

Sinopsis :
Masa tak pernah membunuh rasa cinta

Hanya kerana sekeping gambar, mereka bertemu, berkawan dan dalam diam, si gadis mula memendam rasa cinta. Huda terlalu yakin, bahawa Wafiy, lelaki yang tak punya apa selain hati yang penuh dengan kasih sayang, dapat membahagiakan dia.

Wafiy memendam rasa menghalau segenap perasaan indah yang mula tumbuh dalam hatinya kerana dia, si miskin yang tak layak merasai apa itu cinta.

Jangan hancurkan hidup kamu dengan memilih lelaki tak guna yang tak boleh bagi kamu bahagia. Yang tak boleh bagi kamu kesenangan - Puan Suzy

Wafiy tu baru 18 tahun, umi. Masih jauh lagi perjalanan hidup dia - Huda

Apabila seorang ibu tekad untuk memisahkan percintaan terkubur bersama harapan. Hanya kenangan bersama Huda, membelit jiwa dan menyiksa rasa seorang lelaki bernama Wafiy.

Namun di hati Huda, dia dapat rasakan hembusan cinta Wafiy masih panas dan segar. Lelaki bernama Wafiy masih ada walaupun 10 tahun dulu dia telah menerima berita kematian lelaki itu.

Ke mana saja Huda pergi saya tetap di hati dia, Dekat jiwa dia. Umi bawalah dia ke planet lain sekalipun, saya akan tetap bersama dia - Wafiy

3650 hari berlalu.. Dapatkah Huda menerima kehidupannya tanpa Wafiy? Mampukah dia menjalani hidup dengan tenang sedang rasa bersalah itu sering mencengkam dirinya? Mampukah cinta antara dua darjat ini bersatu dalam rasa yang gembira?

Anonymous 11/19/2018 11:31:00 pm
Read more ...

Sinopsis :
Aku…. Insan kerdil yang kepingin untuk bercinta dan dicintai. Sebagaimana gadis lain, aku juga menyulam mimpi indah untuk bersanding bersama Putera Idaman hati di pelamin khayalan.

Muncul Putera Idaman tanpa kuduga. Malangnya.. dia bukanlah Prince Charming belahan jiwa. Hadirnya menyakitkan hati… Gurau mesra? Jauh sekali…. Tapi hati ini, tetap menyukai walau ego sang Putera bertali-tali.

“Saya tak pernah jumpa lelaki yang perasan macam Encik Irfan….” ~Idayu Aireen~

“So sekarang…… kau dah jumpa. Baguslah! Aku suka jadi lelaki yang pertama dalam hidup kau” ~Irfan Mukhriz~

Rupa-rupanya aku berada di tempat yang salah, masa yang salah dan jatuh cinta pada orang yang salah!

Ku tak percaya kata… cinta tak harus memiliki… Tapi mengapa….. hati terasa sakit…

Rapuhnya jiwa….. murahnya air mata…. Abang Is rela pinjamkan bahunya lewat kesedihanku. Andai Abang Is bukan siapa-siapa dalam keluargaku, ingin sekali aku melayari bahtera cinta bersamanya.

Sayang sekali…. ada gadis lain yang bertakhta di hati Abang Is. Dan ketenanganku berkocak. Akan pudarkan kasih sayang Abang Is padaku selama ini?

“You know how much I love you? I love you for my entire life!” ~Ameer Iskandar~

Ekori langkahku….. hayatilah ceritaku merialisasi mimpi demi cinta sejati. Sesungguhnya, Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.

Anonymous 11/18/2018 11:06:00 pm
Read more ...


Sinopsis
Mereka berdua dipertemukan dalam suasana yang tidak terduga.
“Err..cik, cik ok? Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Sungguh tak sengaja. Saya betul tak nampak lubang berlopak tu tadi. Minta maaf, cik." – Iq a.k.a Iqram Faysal

“Bawak kereta tu tolong pasang mata sama laa. Jangan simpan bijik mata lu dalam poket. Gua tau la kereta lu kebaboom punyer gempak tapi agak-agaklah kalau nak tayang pun. Ingat gua ni pokok krismas warna coklat aper." – D a.k.a Damia Humaira.

Itu pertemuan pertama mereka. Tak romantik langsung. Manis? Jauh sekali. Tapi siapa sangka dari insiden di lopak tepi jalan, cik pipi merah yang garang giler dengan encik mata cokolat seksi yang cool jer bertemu lagi di bawah langit Setia Heights yang damai. Itulah takdir Allah namanya. Tentu ada sebabkan? Memangpun. Seorang Pengarah Urusan syarikat permotoran terkenal. Seorang lagi pengurus farmasi. Daripada kenalan naik setingkat jadi kawan biasa dan bertukar status kawan baik. Dari kawan peneman makan ke kawan curah perasaan. D tukang dengar yang setia, Iq tukang cerita yang tengah frust giler sebab kena tipu dengan makwe! Lama-lama dari kawan baik jadi mesra. Kamceng giler. Dalam hati Iqram dah bercambah rasa suka tapi tak berani nak kata. Macammana nak mula? Nak tackle si pipi merah ni macammana? Khidmat Firdaus, si rakan akrab dipinta. Misi mengurat si pipi merah harus segera dilaksana.

"13 red roses?! Daily? Kidding haa, man? Ni kerja gila, Fir. Tau tak gila?"
Misi 13 Ros Merah nama diberi. Misi secret admirer. Hari-hari kena bagi. Memang perrgh tapi gila tak terperi. Tapi tuan pengarah urusan seronok jadi pemerhati setia lihat cik pipi merah marah diganggu 13 ros merah saban masa dan ketika. Tapi sampai bila nak jadi stalker dengan 13 Ros merah jer. Bila nak mengaku dah suka giler. Angkat tangan, surrender jer kat dia. Mengaku jer la. Senang cerita.

"Aw..awak IFF? Awak IFF?!!!"

"Yes, D. Saya lah IFF. Saya la orangnya yang hantar 13 ros merah pada awak selama ni."

Kalau sungguh cinta, mesti sanggup tempoh apa sahaja. 10 syarat yang diberi sebagai pelengkap ujian menjadi imam seorang D. 5 syarat dunia 5 syarat akhirat. Iq nak kata apa. Demi cik pipi merah sanggupkan sahaja la. 10 syarat bukan senang. Giler susah tapi nak seribu daya tak nak seribu payah. Ujian getir menanti buat Iq kerana cintanya pada cik pipi merah pujaan jiwa bukan murah maharnya. Dugaan dan cabaran bertali arus. 

Ustaz Harraz yang muncul bersama pakej lengkap imam yang dicari Damia bisakah menggugat keyakinan Iqram? Onar ciptaan Aisyah yang mencalar maruah seorang Iqram mampukah buat cinta Damia lebur sekelip mata? Tersimpulkah kasih dua insan yang saling ikhlas kasih dan cinta keranaNya. Jodoh itu rahsia. JanjiNya adalah pelengkap cerita. Ternoktah di tiang lohmahfuz. Dua nama bercantum. Menjadi satu.

Anonymous 11/17/2018 10:50:00 pm
Read more ...

Sinopsis
SEKALI pandang sudah benci, dua kali pandang terus naik hantu. Begitulah keadaannya apabila Misha yang digelar monster bertemu dengan Si King Kong bernama Megat Danial. Dalam tak suka, si gadis yang begitu dibenci akhirnya menjadi srikandi yang menyelamatkan dirinya daripada tuduhan khalwat.

Kerana sikap Misha yang tegas dan kuat melawan, Megat Danial mengambil keputusan untuk membawa ibu yang selama ini dipinggirkan kembali pulang ke pangkuan. Dengan adanya gadis monster seperti Misha, dia yakin nasib ibunya akan terbela dan selamat daripada gangguan ibu dan bapa saudara yang begitu gilakan harta dan pangkat. Tapi, mahukah Misha menerima permintaannya semudah itu?

“Banyak lagi kerja lain yang boleh I buat selain jaga mummy you... You fikir I ambil ijazah menjaga warga tua di universiti dulu?” – Misha

“Berapa sahaja yang you mahu, I akan bayar.” –Megat Danial
“I nak sepuluh ribu!” -Misha
“You ingat, you jaga orang cacat?” -Megat Danial.

Kerana kesudian Misha, hati keras Megat Danial lembut dengan sendirinya. Dia yang selama ini sering kali menyisihkan Zahara, si ibu, perlahan-lahan cuba menerima Zahara dengan hati terbuka. Dan takdir cintanya dengan Elmi Husna, a.k.a Misha pun bermula...

“Ini pertama kali saya dapat bunga daripada lelaki.”

Kalau saya tahu awak tak pernah dapat bunga, pasti saya akan cari bunga yang paling cantik untuk diberi kepada perempuan yang pertama kali mendapat bunga daripada saya.”

Saat kasih bersemi, ada jurang yang dalam cuba memisahkan cinta yang hadir dalam diam. Kemalangan ngeri yang berlaku sewaktu pulang dari kampung halaman telah meragut keupayaan yang Megat Danial miliki hingga dia tegar melepaskan Misha pergi.

Tabahkah Misha melepaskan Megat Danial, calon pasangan syurganya itu begitu saja?


Review
Cerita berkisarkan pertemuan tanpa dirancang dan secara kebetulan kisah silam antara keluarga Megat dan Misha berkaitan antara satu lain. Dari selalu bergaduh dan akhirnya hati masing-masing bertaut. Namun panas tidak ke petang, setelah cinta berputik mereka di uji dengan pelbagai ujian. Waktu ni mengalir air mata baca (kemain menjiwai).

Best novel kali ini, baru terasa nak revew. Sebelum ni hanya update sinopsis saja kan. Ok tutup buku online selama sehari dua ni. hihi
Anonymous 11/15/2018 09:31:00 am
Read more ...



SinopsiPenantian itu menyeksakan... 

Untuk melupakan, itu juga menyakitkan... Tapi, tidak pasti dalam membuat keputusan, itu lebih perit! 

Ini semua tentang hati YARA AISYA YAZID. Dia seorang PA yang sangat komited dalam kerjayanya. Bagi Yara, tiada yang lebih seronok di dalam dunia selain mejadi PA kepada Tan Sri Wazir. Namun keseronokan Yara tersekat apabila Tan Sri Wazir jatuh sakit dan melantik anaknya, Hanania sebagai pemangkunya. 

HANANIA WIDAD WAZIR seorang yang sangat serius sehingga Yara sering merasa tertekan. Sejak itu, hidup Yara disaster. Kerja sebagai PA tidak lagi seindah syurga. Masalahnya, semua orang tidak berpihak kepada dia, namun hanya Onn saja yang memahami situasinya. 

ONN ANDRE OTHMAN, pengurus kedai kopi yang sering dikunjungi Yara. Selama setahun dia cuba mendekati Yara dan akhirnya, Yara nampak usahanya. Oleh kerana hubungan yang masih baru, dia cukup bimbang kalau hati Yara beralih arah kepada Hanania Widad Wazir.

“Saya booking diri saya untuk awak. What I need from you... is patience.” - Yara 

“Saya sudah lama menunggu, kalau hanya untuk sebulan lagi, saya masih boleh menunggu. Lagipun pejam celik, pejam celik, dah sebulan. Saya harap nanti awak bawa balik jawapan untuk saya, jangan tinggalkan harapan.” - Onn 

Soal hati, susah untuk dimengertikan. Yara cuba untuk tidak memilih, tetapi... kalau dia dipilih, macam mana? Sewaktu berada di Kalimantan, hatinya sudah mula berbelah bagi. Karakter Hanania Widad, mula meragut hati. Habis, macam mana dengan Onn? Susah untuk mematahkan hati orang. Baik patahkan tulang sebab tulang ada 206 batang dalam badan, tapi hati dalam badan cuma hanya satu. “I already make my decision. I choose you.” - Hanania 

Kalaulah pilihan itu hanya sesenang memilih kopi dan teh. Mana satu yang akan dipilih?

Anonymous 11/14/2018 09:33:00 am
Read more ...


Sinopsis
HUMAIRAH- hidupnya dipenuhi dengan pelbagai soalan yang nyata tidak menemukan sebarang jawapan. Lebih memelikkan, di mana permulaan hubungan dingin dia dengan Fadzlan? Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang dia bagai seorang musuh yang harus diperangi? Sungguh, tiada apa-apa yang tinggal di dalam peti ingatan!

“Satu kebetulan yang begitu menakjubkan. Humairah kami muncul depan mata. Nama sama, paras serupa. Awak umpama jelmaan Humairah kami yang dah hilang beberapa tahun lamanya.” – Haikal

Antara percaya atau tidak, kini dia berdiri di tengah-tengah. Siapa dia sebenarnya? Ingatan masa lampau tiada tersisa dalam fikiran melainkan mimpi-mimpi yang kerap menjengah kala dia menelusuri lembah tidak berdinding itu. Ara… ‘Humairah' yang seorang lagi- kerap muncul dalam ilusi. Sering membisik bicara yang menokok lagi keserabutan akal fikiran.

“Siapa Mai sebenarnya? Dan dia… perempuan dalam gambar ni… Ara. Nama dia Ara. Paras kami serupa. Seolah orang yang sama. Atau memang orang yang sama?”

Dia terus mencari. Jawapan itu kian menjelma depan mata dan untaian misteri yang berserabut semakin terlerai satu per satu. Humairah… atur langkahnya nyaris meragut nyawa sendiri!


Anonymous 11/13/2018 10:05:00 am
Read more ...

Sinopsis
Ini kisah romantik komedi di antara si driver yang clumsy dan si Tuan Besar yang banyak bunyi…

Si driver itu bernama Pelangi binti Abdullah. Pelangi anak yatim piatu yang sangat kasihan tapi berdikari. Pelangi clumsy tapi comel. Pelangi nakal tapi sweet.

Pelangi bekerja sebagai driver kepada Irham Alfie bin Dato’ Affandy. Irham orang kaya tapi ada dua karakter berbeza. Irham baik dan Irham jahat. Irham baik untuk semua orang dan Irham jahat untuk dirinya.

“Kau sekarang driver kepada Irham Alfie Bin Dato’ Affandy, CEO Khazanah Co., kau jangan nak malukan aku dengan pakai handphone murah macam tu…” - Irham

Bengang dengan Tuan Besar, Pelangi lepak pula dengan kawan baiknya. Nama dia Farish tapi kadang-kadang Farisha. Farish menjengkelkan tapi dialah teman hidup dan matinya.

“Heh! Kenapa panggil I macam tu. Panggil I Farisha okey. Fa… Ri… Sha.. Haa… Cuba sebut balik Fa… Ri… Shaaa.” - Farish

Dalam diam, Pelangi juga ada ‘secret admirer’, nama dia Amer. Amer kacak tapi kurang berani.

“… Bila awak senyum, saya rasa bahagia. Bila awak marah, awak comel sangat…”- Amer

Farish dan Amer? Alah… Pelangi tak kisah sangat. Tapi Irham? Okey, soal lelaki itu Pelangi kisah banyak!

Mereka selalu bergaduh. Pelangi si dugong terlepas, Irham si babun merah. Ngam! Mereka sama-sama sengal dan mereka juga si pembuli. Pantang berdua, pasti akan ada yang kena ketuk kepala! Duk asyik sangat bergaduh, tiba-tiba Irham ajak kahwin.

“Pelangi… Kita kahwin. Saya serius, saya tak merepek. Kita kahwin!” – Irham

Tak cukup dengan ajakan Irham, bondanya pula datang menyapa.
“Kahwin dengan Irham, jadi isterinya…” – Datin Yuhanis

Pelangi pening kepala. Irham naik kepala. Betul ke mereka akan berkahwin? Boleh ke babun merah dan dugong terlepas ni bersatu dalam ikatan perkahwinan?


Anonymous 11/11/2018 01:19:00 pm
Read more ...


Sinopsis
Mengisahkan gadis bernama Adilah Farha, bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman mewah majikannya yang mempunyai salasilah keturunan raja. Kejadian malang menimpanya apabila dia diperkosa oleh Wadi Ridhuan.

Lebih menambahkan nasib malang Adilah Farha apabila dia di dapati hamil akibat daripada kejadian itu.

Wadi Ridhuan yang asalnya suka bersosial mula berubah tingkah laku dalam sekelip mata apabila menyesali perbuatannya yang sudah menodai gadis itu ketika dia di bawah pengaruh alkohol.

Hasrat hati mahu memperisterikan Farha untuk menebus kesalahannya di tentang keras oleh Dato’ Wan Chik dan Datin Wasilah sehingga memaksa Wadi Ridhuan membawa Farha ke sempadan Thailand untuk bernikah.

Pernikahan secara rahsia itu hanya di ketahui oleh Mak Hendon yang merupakan pengasuh kepada Wadi Ridhuan semasa lelaki itu masih kecil.

Bahagia mula tercipta di antara kedua-duanya namun kebahagiaan itu terpaksa pula di sorok-sorok supaya Dato’ Wan Chik dan Datin Wasilah tidak mengesyaki apa-apa.

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan, perut Farha semakin membesar dan keadaan itu menimbulkan rasa curiga di hati Datin Wasilah sedangkan sepengetahuannya Farha belum berkahwin dengan sesiapa.

Rahsia mula terbongkar apabila Datin Wasilah mula hilang sabar kerana kemusykilannya tidak di jawab oleh Farha sehingga memaksa Datin Wasilah bertindak kejam. Apabila rahsia mula terbongkar, Datin Wasilah mencari helah untuk memporak-perandakan rumahtangga anaknya dengan melemparkan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas.

Lebih menyiksakan jiwa Farha apabila Bella yang merupakan gadis pilihan Datin Wasilah untuk disatukan dengan Wadi Ridhuan sering menyakiti hatinya dengan mencari peluang untuk berdamping dengan lelaki itu.

Berjayakah Datin Wasilah memisahkan Wadi Ridhuan daripada Adilah Farha? Apakah usaha Bella untuk mendapatkan lelaki yang dicintainya itu? Dan, apakah Wadi Ridhuan terpaksa mengalah dengan keadaan demi membuatkan Farha tidak lagi menanggung sengsara?


Anonymous 11/11/2018 01:12:00 pm
Read more ...

Entri tertinggal bas.

Alhamdulillah genap umur adik yang sorang ni, dialah sahabat, dan dialah tempat mengadu domba. Sebenarnya abang pun sama tempat shu mengadu domba, kakak takda. hihi

Pada hari yang sama, genap dua bulan kembar dilahirkan. Samalah tarikh bersama abah mereka. Semoga abah Hanis & Hanif dilindungi Allah S.W.T dalam menjalankan tanggungjawab demi menjaga keamanan negara. Tak banyak makngah cuma harap balik Semenanjung nanti bawak balik ikan terubuk masin ja.

Tak lupa juga kepada Abam Long, Afiq di kampung yang bakal menyambut Hari Lahir pada 9.11 nanti.

Kepada kawan yang menyambut Ulangtahun bulan ni, shu ucapkan Happy Birthday! semoga dilanjutkan usia. amin.

Anonymous 11/03/2018 11:32:00 pm
Read more ...
Image result for takut 

Secara am, ramai orang yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan penyakit mental atau psikiatri. Bila seseorang itu dikatakan sedang menghadapi masalah mental, masyarakat dengan mudah mengatakan bahawa orang itu gila.

Sebenarnya terdapat 300 kategori penyakit mental. Satu hingga dua peratus dikatakan menghadapi penyakit psikotik atau gila. Sementara 98 peratus lagi tidak ada kena mengena dengan penyakit tersebut. Terdapat dua blok paling besar mengenai penyakit mental, iaitu murung dan keresahan. Fobia dikategorikan dalam penyakit keresahan atau anxiety disorder.

Penyebab Perasaan Takut
1. Kejadian aktual yang bersifat ekstrem, seperti: bencana alam, kemalangan
2. Kejadian oleh faktor manusia, seperti: sabotaj (tindakan jenayah), kecuaian
3. Perasaan fobia (ketakutan hal-hal tertentu yang bagi sesetengah orang tidak menakutkan), seperti: fobia naik pesawat
4. Lokasi atau tempat mistik seperti: tanah perkuburan, rumah berpenunggu
5. Rasa takut terhadap sesuatu yang tidak jelas, seperti: haiwan, tumbuhan dan manusia

Cara-cara untuk mengawal perasaan takut:
1. Cari waktu untuk menenangkan diri
Mengatasi ketakutan memerlukan minda santai dan kebebasan dari tekanan. Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menenangkan diri secara fizikal dan mental. Ini boleh dilakukan dengan mengambil nafas dalam, minum air, atau mencari jalan keluar dari ketakutan dengan berjalan untuk seketika atau mendengar muzik ceria. 

2. Kenali diri anda dan ketakutan yang anda hadapi
Jika anda merasa takut dalam situasi tertentu, cuba ingat dan perhatikan ketakutan dan kecemasan yang anda hadapi.

3. Berfikiran positif
99% perasaan takut yang dihadapi bukanlah disebabkan ianya realiti, ia hanyalah pemikiran sahaja. Fikiran yang selalu memikirkan mengenai kisah lampau, apa akan terjadi, kesan terhadap sesuatu yang dilakukan lebih banyak mendorong untuk berasa lebih takut. 

4. Ketahui punca ketakutan
Mengapakah berasa takut?? Apakah puncanya?? Adakah perasaan takut akan memberikan manfaat atau sebaliknya?? Untuk mengawal perasaan takut, perlu tahu jawapan bagi persoalan di atas. 

5. Sealiran
Apabila anda berasa takut, anda mempunyai pilihan untuk menolak atau sealiran dengan perasaan takut itu. Hasil daripada kajian, seseorang yang berperasaan takut dan cuba mengabaikan, menyembunyikan atau menolak perasaan itu akan menambahkan lagi ketakutan yang sedang dihadapinya. 

6. Kepercayaan
Kepercayaan terhadap diri sendiri adalah penawar untuk perasaan takut dan ianya amat penting kerana akan menyokong segala perkara yang dilakukan, mengambil berat terhadap diri sendiri, dan untuk perkembangan atau evolusi di dalam kehidupan seseorang

7. Lakukan perkara yang anda takut
Sekiranya perkara yang anda takut untuk lakukan memberi faedah terhadap diri anda, anda seharusnya mencabar diri untuk melakukannya. Sekiranya ia memberikan keburukan haruslah sebaliknya.

8. Olahraga, bersukan dan bersantai
Berolahraga menurut ahli kesehatan dapat membantu menghilangkan rasa cemas dan stres. Olahraga merupakan cara terbaik untuk menyegarkan pikiran.

9. Tingkatkan iman dan ketaqwaan
Mempelajari Islam adalah cara baku untuk meningkatkan rasa percaya diri, sekaligus untuk menghilangkan rasa cemas dan ketakutan di dalam hati. Karena apapun masalahnya, Islam selalu punya penyelesaiannya.

10. Kurangkan penggunaan gula dan kafein
Mungkin banyak diantara kamu yang tidak percaya bahawa makanan sehat boleh membantu melawan rasa takut dalam diri kita.
Memperbanyak buah-buahan dan sayuran adalah alternatif lain dari untuk mengurangkan penggunaan gula dan kafein. Kerana gula dalam darah berpotensi meningkatkan rasa cemas di dalam diri kita.

11. Hindari berusaha menjadi sempurna
Menerima kenyataaan, akan menjadikan lebih mudah membuat anda merasa tenang dan lebih sedia untuk menghadapi ketakuan. Oleh kerana itu penting untuk mengingati kejadian buruk terjadi secara wajar dan mengetahui tidak semua hal di dunia ini dapat anda hadapinya.

12. Jangan ragu meminta bantuan
Berbicara dengan orang terdekat tidak dapat menolong anda, maka jangan ragu untuk mencari pertolongan dari professional seperti menjalani terapi bicara atau kerohanian (psikoterapi).

13. Hindari melampiaskannya pada alkohol, obat-obatan, atau rokok
Kurangkan penggunaan rokok, alkohol dan ubat-ubatan terlarang jika anda merasa perlu menjauhi diri dari perasaan cemas. Sebagai ganti, cubalah cara yang lebih sihat seperti waktu istirahat dan tidur malam mencukupi untuk mengurangi rasa tertekan.

Anonymous 10/30/2018 10:48:00 am
Read more ...
5 Buah Rendah Karbohidrat untuk Diet Snacks

Makan buah-buahan merupakan salah satu cara mudah yang dilakukan semasa melakukan program diet. Selain kandungan vitaminnya yang tinggi, buah-buahan juga kaya akan serat sehingga boleh membantu melancarkan pencernaan serta memaksimakan metabolisme.

Jadi, untuk kalian yang tengah melakukan diet rendah karbohidrat, berikut lima buah yang boleh dijamah:

1. Buah Strawberi
 
Strawberi adalah salah satu pilihan terbaik bagi yang ingin snek yang sihat di dalam program diet rendah karbohidrat anda. 100 gram strawberi hanya mengandungi kira-kira 8mg karbohidrat, sementara pengambilan karbohidrat maksimum disyorkan apabila diet adalah 20-100mg sehari. Strawberi juga tinggi antioksidan yang sangat berguna untuk menangkis radikal bebas supaya badan tetap sesuai walaupun diet.


2. Buah Tembikai
Tidak kurang juga dari strawberi, kadar karbohidrat dalam tembikai hanya 7.55mg dari 100gram. Kandungan serat yang rendah juga membuat kebanyakan karbohidrat diserap dengan baik supaya ia tidak memberi impak kepada kenaikan berat badan. Walau bagaimanapun, kandungan seratnya rendah, kandungan air yang tinggi dalam tembikai akan menjadikan tubuh lebih segar dan mengurangkan risiko penyahhidratan.

3. Buah Peach
Buah mirip apel yang banyak dijumpai di kawasan Asia Timur ini tak hanya lezat, namun juga rendah karbohidrat yang cocok untuk camilan saat diet. Dilansir NDTV Food, 100 gram buah persik hanya mengandung 10 miligram karbohidrat. Selain itu, buah dengan nama lain peach ini dikenal sebagai salah satu buah yang rendah gula serta memiliki skala IG (Indeks Glikemik) rendah sehingga bisa membuat perut kenyang lebih lama.

4. Tembikai Susu
Di sebalik rasa yang manis dan menyegarkan, tembikai susu ternyata hanya mengandungi kira-kira 9.09mg karbohidrat untuk setiap 100g. Bukan itu sahaja, makan semangkuk tembikai susu dapat membantu mengimbangi pH dan tekanan darah, dan memaksimumkan metabolisme tubuh kerana kandungan vitamin C dan kalium di dalamnya.


5. Avokado
Walaupun kandungan lemak tak tepu tinggi, tetapi jangan salah, avokado sesuai untuk makan semasa diet rendah karbohidrat. Dalam satu avokado bersaiz sederhana, hanya kira-kira 9mg karbohidrat yang terkandung di dalamnya. Kandungan lemak tepu yang sihat, avokado berguna untuk mengekalkan kesihatan jantung dan kulit.

kredit : google
Anonymous 10/29/2018 10:09:00 am
Read more ...

semalam dengar lagu ni di Melodi kalau tak silap, sedap jugak lagu ni. jom kita layan.

Lagu : Paku
Artis : Ara Johari

Sudah lama ku disini menantimu
Namun engkau tidak pernah memandangku
Hati ini tak mungkin akan menyerah
Tuk dapatkan tuk hanya memilikimu

Pandangan matamu
Membuatku terjatuh
Tersungkur didalam hatimu

Ku terpaku terkaku didepanmu
Degup kencang pikiran melayang
Sudah terkena panahan rasa cinta

Tapi tidak lupa pada Yang Satu
Bersujud meminta kepada-Mu
Bina mahligai di dunia di surga, ooh

Hati ini tak mungkin akan menyerah
Tuk dapatkan tuk hanya memilikimu

Pandangan matamu
Membuatku terjatuh
Tersungkur didalam hatimu

Ku terpaku terkaku didepanmu
Degup kencang pikiran melayang
Sudah terkena panahan rasa cinta

Tapi tidak lupa pada Yang Satu
Bersujud meminta kepada-Mu
Bina mahligai di dunia di surga, ooh

Ku terpaku terkaku didepanmu
Degup kencang pikiran melayang
sudah terkena panahan rasa cinta

Tapi tidak lupa pada Yang Satu
Bersujud meminta kepada-Mu
Bina mahligai di dunia di surga, woooohh

Sudah terkena cinta...
Sudah terkena cinta...

Anonymous 10/29/2018 09:38:00 am
Read more ...
Sila ambil perhatian | kepada semua penggemar manis, baik makanan mahupun minuman, pasti menjadi kebiasaan untuk mendengar semua jenis gula di bawah yang bakal shu kongsikan. kalau ada penambahan mahupun pembetulan, tolong bagitahu shu. takut ada yang tertinggal. hee..

12 Jenis Gula yang Popular

1. Gula Pasir

Gula pasir mungkin berada di urutan pertama, kerana hampir setiap hari kita selalu menggunakan gula. Gula pasir juga sudah menjadi salah satu bahan utama dalam memasak sehari-hari, selain untuk memasak, gula pasir sering juga digunakan untuk bahan tambahan minuman yang menyegarkan.

2. Gula Kastor

Gula kastor ini pada dasarnya adalah gula dengan butiran-butiran yang lebih halus daripada gula pasir biasa. Biasanya tujuan penggunaan gula ini adalah supaya gulanya lebih mudah larut, terutama dalam pembuatan kuih muih dan biskut.

3. Gula Bubuk (Icing atau Confectioners Sugar)

Hampir sama dengan gula kastor, gula ini diperoleh dari gula pasir biasa yang dihaluskan. Kadang kala gula jenis ini disebut dengan gula tepung, kerana bentuknya yang mirip dengan tepung. Gula ini banyak digunakan dalam pembuatan kuih kering, hiasan icing sugar, taburan pada cake atau kuih, dan sebagainya.

4. Gula Dadu

Gula dadu ini adalah gula pasir yang bentuknya kotak-kotak seperti dadu. Cara membuat gula dadu ini cukup mudah, Boleh membuatnya sendiri di rumah. Selain bentuk dadu biasa, anda juga boleh menambahkan warna dan rasa untuk menambah keceriaan yang berbeza untuk minum teh atau  bersama keluarga.

5. Gula Perang @Brown Sugar

Gula jenis ini adalah gula pasir yang proses pembuatannya belum selesai dan dibubuhi molasses sehingga berwarna keperangan. Gula ini beraroma karamel dan rasanya tidak semanis gula pasir. Penggunaan gula jenis ini pada cookies membuatnya menjadi lebih lembut kalau dibandingkan dengan menggunakan gula pasir. 

6. Gula Semut

Kenapa disebut gula semut? mungkin kerana tekstur dan wujudnya yang mirip dengan sarang semut. Gula ini berasal dari nira/sari batang bunga pohon aren. Berbutir seperti pasir halus dan berwarna coklat. Gula ini memiliki bau yang khas. Biasanya gula jenis ini digunakan untuk membuat fruit cake atau juga untuk campuran cookies.

7. Gula Batu

Gula batu ini hampir sama seperti gula pasir, tapi proses pengolahannya tidak sampai tahap kristalisasi. Bentuknya yang berupa bongkahan besar membuat gula ini tidak cepat larut dengan air panas. Untuk Anda penggemar teh poci, gula batu adalah adalah yang terbaik. Gula ini akan larut secara perlahan.

8. Gula Jawa

Salah satu pemanis yang sering digunakan di kalangan masyarakat adalah gula merah atau gula jawa. Gula jawa ini merupakan gula yang dibuat dari pohon aren yang mempunyai citarasa yang tersendiri. Kerana gula jawa ini berwarna coklat kehitaman, dan juga rasanya yang seperti gula dan kelapa. Gula Jawa ini banyak digunakan untuk kicap manis, pemanis minuman, dodol, atau kuih. 

9. Gula Merah

Gula merah dari tebu ini mempunyao rasa yang manis dan baunya yang seperti gula aren atau gula kelapa. Sekarang ini gula merah juga sudah menjadi keperluan masyarakat. Hampir setiap hari gula merah ini digunakan dalam berbagai keperluan. Selain itu, gula merah ini juga baik bagi kesihatan tubuh kita kerana gula merah merupakan sumber kalori dan karbohidrat, serta nutrisi lain yang diperlukan tubuh manusia.

10. Karamel

Karamel salah satu jenis gula yang cara pembuatannya dengan memanaskan gula pasir sampai gula pasirnya meleleh dan berwarna kuning kecoklatan. Banyak orang suka karamel ini kerana mempunyai rasa dan aromanya yang khas. Karamel ini biasa kita gunakan untuk tambahan pemanis kuih, roti, puding, atau makanan lain.

11. Gula Aren @Palm Sugar

Gula nipah ini cukup popular di kalangan masyarakat, kerana banyak ditemui. Gula ini berasal dari air nira atau sari bunga aren. Aroma gula ini juga sangat harum dan rasanya manis sesuai untuk dijadikan bahan tambahan cake atau cookies.

12. Gula Cair

Gula cair sering disebut dengan sirup gula, kerana bentuknya yang pekat seperti sirup. Pada mulanya, sirup gula ini adalah gula pasir yang diolah menjadi cair. Sirup gula ini biasa digunakan sebagai topping pada pancake, atau juga dijadikan sebagai bahan tambahan minuman.

terima kasih kerana berkongsi info kepada shu. 

kredit : google
Anonymous 10/26/2018 11:59:00 am
Read more ...