Biskut Famous Amos

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
  2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
  3. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 selama 15-20 minit. bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.


Nota:
  • Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)
  • Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 
  • Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

Kredit resepi : Kak Azie
Anonymous 1/31/2018 09:18:00 pm
Read more ...
alhamdulillah.. disebabkan kes semalam harini buat donat Parmesan pulak, tak puas semalam tarik popiah, harini kita tarik donat pulak ya. nampak tak ada donut normal ada donat gemuk. yang gemuk tu shu letak parmesan di dalam nya. :)



Donat Parmesan

Bahan-bahannya :
  • tepung gandum
  • susu pekat manis
  • yis
  • garam
  • air masak
  • minyak masak
  • mentega/marjerin

Cara-caranya :
  1. bancuh air masak bersama yis dan garam. air tak terlalu panas, tak terlalu sejuk.
  2. satukan tepung gandum, susu, mentega/marjerin dan minyak masak. gaul hingga tiada ketulan.
  3. masukkan bancuhan yis tadi. adun buat seketika selama 3 minit.
  4. biarkan selama 20 - 30 minit bertutup.
  5. bila adunan sudah mengembang, tumbuk sikit buang angin dalam badan adunan tu.
  6. boleh canai ikut kehendak masing-masing. boleh letak bersama parmesan, coklat, atau pun guna acuan donat.
  7. biarkan seketika di dalam bekas yang sudah di tabur tepung agar doh tak melekat.
  8. goreng hingga donat kekuningan.
  9. sedia untuk dihidangkan.
  10. untuk frozen, goreng sekejap untuk mematikan yis. boleh simpan di tempat beku bila donat sudah sejuk.


nota : tarik masa donat masih panas, hahaha best!


Anonymous 1/27/2018 06:00:00 pm
Read more ...
alhamdulillah.. haritu ada order dominos pizza topping extra Mozzarella, encik suami kemain suka lagi topping macam tu, sedap katanya. esok siap belikan shu Parmesan buat stok. apa lagi melompat ke bintang lah shu pun. orang cakap rezeki jangan ditolak, utilize sepenuhnya!

terus capai kulit popiah buat cucuq!



Popiah Ayam Parmesan

Bahan-bahannya:
  • kulit popia secukupnya 
  • dada ayam (bahagian tulang ayam pun boleh kalau nak tercekik tulang)
  • cream of Chicken and Mushroom Campbell's 
  • 1 labu bawang besar-potong kiub 
  • 5 ulas bawang putih-cincang halus 
  • 1 tin cendawan butang-potong nipis 
  • 1 batang karot-parut kasar 
  • parutan parmesan
  • serbuk lada hitam 
  • serbuk lada sulah 
  • garam dan gula 

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan ayam cincang dan kacau rata hingga ayam masak. 
  3. Masukkan karot. Biarkan sekejap.
  4. Kemudian masukkan cendawan butang.
  5. Akhir sekali masukkan Cream of chicken mushroom dan gaul rata.
  6. Tambahkan sedikit air. 
  7. Perasakan dengan sedikit garam jika perlu, serbuk lada hitam dan lada sulah dan sedikit gula.
  8. Balutkan popia, bersama parmesan, gamkan hujungnya dengan bancuhan tepung gandum dan simpan sekejap dalam peti ais supaya krim jadi pekat. 
  9. Kemudian bolehlah di goreng.

nota : sedap makan popiah parmesan ni sebab bila tarik tu. hihi cubalah! susah shu nak explain. 


Anonymous 1/26/2018 11:00:00 pm
Read more ...
entri sebelum ni, shu nak cerita pasai kes bungkusan aluminium susu (kotak) Enfagrow A+ terkoyak. kejadian ni sebenarnya dah lama berlaku, jadi Shu update gambar google. bukan gambar dari Shu sendiri.
ceritanya macam ni, Shu beli bungkusan (kotak) susu Enfagrow A+ 600g dipasaraya dekat rumah Shu, kebetulan hujung bulan, terpaksa beli kotak :) , selalunya Shu beli dalam tin 1.7kg tu. balik rumah Shu buka kotak dan dapati bungkusan aluminium tersebut koyak di bawah. 

kelam kabut + takut jugak apa Shu perlu buat kalau kes ni terjadi. sebab risau kandungan yang terdedah dan kesan setelah bungkusan terkoyak

  • call customer service Mead Johnson pada keesokan hari nya untuk buat aduan dan buat claim.
  • kenal pasti bar code kotak susu, tarikh luput, tarikh dikilang, semuanya tercatat dalam kotak susu itu sendiri, jangan susah payah p google pulak.
  • selepas dapat kenal pasti bar code yang terlibat. pihak Mead Johnson akan dapatkan alamat kita, untuk proses penukaran kotak yang terkoyak dengan kotak baru.
  • simpan dan jangan usik mana-mana bahagian kotak tersebut sehinggalah Mead Johnson hantar kotak yang baru. jangan memandai p potong ka p buang kotak ka. paham? (nada amaran)
  • selepas 3hari waktu bekerja (kalau tak silap Shu) abam pos yang hensem akan datang bersama kotak besar paras lutut Shu. bersama surat aduan dan sekotak susu yang baru, yeay!
  • walau macam mana keadaan sekalipun, suruh/paksa abam pos untuk tunggu kita packing dan pulangkan semula pada waktu yang sama. di sini, free of charge ok.
  • jikalau abam pos sudah balik, esok pergilah sendiri pejabat pos untuk pos semula kotak tu. :p

maka kejadian ini lebih kurang seminggu baru settle. nak tak nak terpaksa beli kotak yang lain sementara kes ni settle. :) nak tunggu kotak baru jugak, mau kebuluran Sophea ni.


terima kasih kepada pihak Mead Johnson kerana menyediakan servis yang terbaik ini. ini buat Shu tak nak bertukar ke susu lain ni. hehehe
Anonymous 1/21/2018 08:41:00 pm
Read more ...
lepas makan, kita makan lagi. sementara boleh makan, makan saja apa yang ada. kalau takda pun kita buat bagi ada.


Kek Marjerin

Bahan-bahannya:
  • 4 biji telur*
  • 1 cawan gula halus* (ni pun sudah manis)
  • 1/4 cawan gula perang*
  • 1sb ovalet*
  • Esen vanila*
  • marjerin
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk baking powder

Cara-cara:
  1. satukan kesemua bahan bertanda * dan pukul hingga gebu gebas.
  2. kemudian masukkan minyak masak dan pukul selama 2 jam minit.
  3. sementara itu, panaskan oven suhu 170 selama 10 minit sebelum bakar.
  4. ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.
  5. masukkan bahan ayak tadi kedalam adunan sikit-sikit. sebatikan.
  6. masukkan adunan yang sudah siap tadi kedalam oven dan bakar suhu 180 selama 45 - 50 minit.

kalau nak berwarna, boleh letakkan warna kesukaan korang, shu sebab main masak-masak dengan anak dara ni, jadinya ada macam-macam warna.

nota : sukatan gula memang shu kurangkan dalam setiap masakan shu, sekiranya shu nak bekalkan kepada mak mertua. 
Anonymous 1/21/2018 05:43:00 pm
Read more ...
harini minum petang bersama anak terasa nak buat roti puri viral tu. barang semua complete, jadi shu teruskan buat roti puri viral.


Roti Puri

Bahan-bahannya :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sdt yis
  • 1sdt gula
  • 3sdb minyak masak
  • 1/2 sdt garam
  • 3/4 cawan air panas

Cara-cara :
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air panas. Gaul hingga berderai-derai
  2. Masukkan air panas dan uli selama 3-5 minit. Shu uli dengan tangan je.
  3. Buat bulat-bulatkan sebesar bola ping-pong
  4. Biarkan selama 30 minit.
  5. Panaskan minyak masak.
  6. Gelekkan doh yang dibentuk tadi. Semasa menggoreng, siram-siramkan minyak pada roti hingga kembung dan balik-balikkan.

Kredit gambar : Kak Suzie 
sebab shu cicah puri bersama sardin, letak gambar bersama sardin. gambar sebenar tak sempat snap sudah ke perut.

Anonymous 1/19/2018 05:07:00 pm
Read more ...

genap seminggu mak mertua shu di hospital akibat serangan jantung kali kedua lepas operation 26/12/17 yang lepas. dua hari lepas keadaan mak mertua amatlah kritikal, namun harini sudah ada tanda-tanda positif. alhamdulillah berkat doa, yaasin dan solat hajat dari semua.

risau masih berbaki. semoga semuanya dipermudahkan. tahun 2012, arwah abah mertua meninggal disebabkan jantung juga. Allah, minta semua dipelihara.


Anonymous 1/09/2018 10:33:00 am
Read more ...
hampir ke penghujung hari bekerja buat minggu pertama tahun baharu 2018 ni, seronok sebabnya tahun baharu, azam baru dan semuanya serba baru.
kejadian yang paling ketara di minggu pertama tahun baharu adalah :

  1. typo memanjang bagi tarikh, terbiasa tulis dan taip 2017. :) nak menangis mak.
  2. semua system baru, seronok seperti kitalah pengasas sesuatu system tu, sebab belum ada history. kemain kau jah.
  3. sesuatu kerja yang diberi, bila di tanya "bila bagi?" jawapan nya "tahun lepas, 29 Disember lepas. (nak menangis rasanya)
  4. mood pun masih baru. kunon-kunon macam staff baru, buat-buat blur ja.
  5. nasiblah office/boss tak baru. kalau tak jenuh.


paling terasa bila tahun baharu umur pun makin bertambah 1 angka. nasib lah angka depan masih sama. masih kekal dengan angka "2" uolls. kalau dan tukar ke angka "3" fefeeling mak-mak dah. :)
Anonymous 1/04/2018 10:17:00 pm
Read more ...

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, adik Shu sudah menjadi suami orang. pada waktu tu Shu tidak dapat hadirkan diri atas sebab tertentu, sedih saja. namun adanya telekomunikasi yang makin maju ni, boleh la Shu tengok dari jauh secara live. :)

sedih memang lah sedih, gila kau semua adik beradik berkumpul, kita saja takda. :( nasib lah masing-masing paham, saling melengkapi. syukur.. selesai semua sebelah pihak perempuan, turn sebelah pihak lelaki pula. masa ni barulah Shu dapat sertai majlis.

Majlis bertandang sebelah lelaki, kami buat secara kecil-kecilan. disebabkan majlis perkahwinan terakhir dari keluarga kami, maka meriahlah sahabat baik sahabat ayah, abang, adik, kak ipar dan Shu sendiri.

majlisnya bermula pukul12 tengah hari sampai 6 petang. sophea sampai demam panas sebab cuaca terlalu panas dengan orang ramai. terpaksalah Shu bawak p KMC. iyalah, balik kampung baru nak sesuaikan diri, sudah push untuk main dengan sepupu, haa hamik kau, demam. haha nasib tak warded, kalau tak lagi naya.

penat melayan tetamu. alhamdulillah semua makanan cukup-cukup takda yang terbuang. :) selesai majlis lepas maghrib semua kami bergotong-royong cuci pinggan cawan mana yang masih berbaki. masa majlis, penanggah dah buat. nak-nak pengantin baru, siap terpijak paku lah ceritanya.

keesokkan harinya masih teruskan usaha membersihkan persekitaran rumah, memandangkan dikampung luas, maka hasilnya lambatlah selesai kerja-kerja pembersihan ni. hahaha sampai ke petang baru siap. 

selesai kerja tu semua, Shu pun berangkat balik ke KL, esoknya dah kerja. :)

Anonymous 1/03/2018 10:36:00 pm
Read more ...