entri sebelum ni, shu nak cerita pasai kes bungkusan aluminium susu (kotak) Enfagrow A+ terkoyak. kejadian ni sebenarnya dah lama berlaku, jadi Shu update gambar google. bukan gambar dari Shu sendiri.
ceritanya macam ni, Shu beli bungkusan (kotak) susu Enfagrow A+ 600g dipasaraya dekat rumah Shu, kebetulan hujung bulan, terpaksa beli kotak :) , selalunya Shu beli dalam tin 1.7kg tu. balik rumah Shu buka kotak dan dapati bungkusan aluminium tersebut koyak di bawah.
kelam kabut + takut jugak apa Shu perlu buat kalau kes ni terjadi. sebab risau kandungan yang terdedah dan kesan setelah bungkusan terkoyak
- call customer service Mead Johnson pada keesokan hari nya untuk buat aduan dan buat claim.
- kenal pasti bar code kotak susu, tarikh luput, tarikh dikilang, semuanya tercatat dalam kotak susu itu sendiri, jangan susah payah p google pulak.
- selepas dapat kenal pasti bar code yang terlibat. pihak Mead Johnson akan dapatkan alamat kita, untuk proses penukaran kotak yang terkoyak dengan kotak baru.
- simpan dan jangan usik mana-mana bahagian kotak tersebut sehinggalah Mead Johnson hantar kotak yang baru. jangan memandai p potong ka p buang kotak ka. paham? (nada amaran)
- selepas 3hari waktu bekerja (kalau tak silap Shu) abam pos yang hensem akan datang bersama kotak besar paras lutut Shu. bersama surat aduan dan sekotak susu yang baru, yeay!
- walau macam mana keadaan sekalipun, suruh/paksa abam pos untuk tunggu kita packing dan pulangkan semula pada waktu yang sama. di sini, free of charge ok.
- jikalau abam pos sudah balik, esok pergilah sendiri pejabat pos untuk pos semula kotak tu. :p
terima kasih kepada pihak Mead Johnson kerana menyediakan servis yang terbaik ini. ini buat Shu tak nak bertukar ke susu lain ni. hehehe
ilmu yang bergunaa
ReplyDelete