harini minum petang bersama anak terasa nak buat roti puri viral tu. barang semua complete, jadi shu teruskan buat roti puri viral.
Roti Puri
Bahan-bahannya :
- 2 cawan tepung gandum
- 1sdt yis
- 1sdt gula
- 3sdb minyak masak
- 1/2 sdt garam
- 3/4 cawan air panas
Cara-cara :
- Campurkan kesemua bahan kecuali air panas. Gaul hingga berderai-derai
- Masukkan air panas dan uli selama 3-5 minit. Shu uli dengan tangan je.
- Buat bulat-bulatkan sebesar bola ping-pong
- Biarkan selama 30 minit.
- Panaskan minyak masak.
- Gelekkan doh yang dibentuk tadi. Semasa menggoreng, siram-siramkan minyak pada roti hingga kembung dan balik-balikkan.
Kredit gambar : Kak Suzie
sebab shu cicah puri bersama sardin, letak gambar bersama sardin. gambar sebenar tak sempat snap sudah ke perut.
semua makann sis buat nampak sedap meyh..
ReplyDelete