Perth hari ke-tiga | hari ke-dua kami lebih masa dirumah biasakan diri dengan suhu disini. kebetulan ada makan-makan bersama student disini. jadi kami duduk di rumah sajalah.

1. keesokan pagi kami bertolak ke Caversham & wildlife park . perkara pertama nak tengok kanggaru dan panda. selebihnya takda. first time ibu dan ayah tengok dan pegang kanggaru, terlebih eksaited dari anak. haha






2. The Margaret River Chocolate Company. di sini coklat sedap pun sedap. tester belonggok disedia. makan sampai terberon. yang bestnya, takda orang tapau bawak balik even tester sebesar-besar dulang. hihi shu paling suka coklat.


3. Kononnya nak ke House of honey tapi tutup pulak haritu. jadi kami ke Swan Valley. masa amat singkat masa ni, dengan dak sophea terberon. haha


4. seterusnya, kami ke Mondo nougat & morish nuts. budak ni paling happy, ayahnya dah mula nak selesema. hihi 


tamat perjalanan hari ketiga.
Anonymous 3/28/2018 08:54:00 pm
Read more ...
  

Perth Hari Pertama | plan nak ke Perth last minit sangat sebab masa tu makcik shu hajak. alang-alang shu dan suami takda masalah kesihatan, kami pun on lah. masa tu ada promosi tiket murah lah sikit, 3 orang dalam RM2,000. bertolak pada 12 malam. sampai saja di Perth airport, keluar wap bila bernafas. hahaha masa tu jakun ya rabbi. 

jadual kami sangat padat sepanjang seminggu di sana. sebaik sampai terus ke pasar beli barang mentah. sangat murah, kalau convert memang tak makan. haha kemudian kami berjalan ke Fremantle Market. disebabkan terlalu letih, tak banyak benda dan gambar sempat amik. :D dak Sophea tu masuk kereta terus lelap sampai ke petang.

1 ketul ulat beluncas sampai Perth. ok nak cerita, kami jimat dari segi penginapan, pengangkutan dan makanan. sebabnya sepupu shu belajar di situ, kemudahan semua di uruskan oleh sepupu, kami hanya bayar saja. :D dan recommend sangat sapa yang nak bawak selimut, boleh beli di ikea, sangat murah dan tahan sejuk. dalam RM20 ke bawah kalau tak silap shu.

Anonymous 3/27/2018 11:15:00 pm
Read more ...

Jom Sihat bersama Kevin Zahri | pada awalnya shu hanya menggantikan office-mate sebab tak dapat attend program ni kemarin. office-mate shu baru lepas cabut gigi. kebetulan memang shu taktau apa kebenda program ni sebab first time join. jadinya ikut sajalah. hihi

program bermula jam 8.30 pagi. alhamdulillah selamat sampai jam 8.21 pagi. tu pun bagai nak tercabut jantung takut lambat. sebelum masuk ballroom dah nampak sarapan pagi. ok jamah dulu, lapaq. habis tu Kevin Zahri sampai, bergambar dulu sekeping dulu.

sesi bermula, Kevin sebagai motivator, terangkan cara amalkan gaya hidup sihat. sebagai orang yang kunon nak kurus ni kenalah bagi sepenuh perhatian. kami juga di ajar cara squat dan sit-ups yang betul dan tidak memberi tekanan kepada bahagian belakang badan.

program jom sihat tapi makanan yang disediakan terlalu sedap. bukan salah diorang, salah sendiri. haha masa lunch sudah bantai nasi kambing, ayam, ikan, sotong segala mak nenek. pencuci mulut pelbagai jenis kek. agak bila dah insaf, makan kuah spaghetti saja.:D minggu depan lah berdiet. hihi

target nak turunkan berat 12 kg selama 6 bulan ni, semoga harapan menjadi harapan. :)
Anonymous 3/21/2018 09:41:00 am
Read more ...

Penemuan Tau Sar Piah | akhirnya pencarian berakhir harini. pertama hakak office cari, kedua mak di kampung. haa harini dapat dari hakak office sebalang. dan pada hari yang sama mak dari kampung pos pelbagai kuih muih. 

sebenarnya bukan ibu mengandung yang mengidam. tapi ibu anak satu yang nak, lama sangat tak makan. dulu makan masa waktu sekolah, lebih berbelas tahun yang lalu. ni jumpa handmade dan tersangat sedap! serta lembut gebu gebas. 

kalau tanya harga, agak berbaloilah dengan cara nak menguli semua ni. berbaloi-baloi.


Anonymous 3/12/2018 12:48:00 pm
Read more ...

persekitaran baru | alhamdulillah syukur sangat lepas semua yang dilalui. syukur ada suami yang supportive kekadang tak jugak. yelah, ingat semua orang sempurna? huhu kami sendiri pun ada jugak tergelincir.

dulu masa kami tak bekerja kemain bercuti ke Perth. haha tu pun sebab tiket sudah lama beli dah jadi pekasam dah. kalu tak, memang duduk rumah tanam anggur saja. bila dah bekerja ni kenalah menyimpan semula, jadi bercuti di rumah buat sementara waktu ni. 

sebenarnya, malas tak sangga nak p kerja, bila lama sangat menternak lemak dari 55kg naik ke 67kg. dah macam ibu mengandung sudah. huhu mau tak naik, makan tidoq, makan tidoq.

petang tadi dak sophea cakap, "esok ibu sudah p work, nanti sophea duduk dengan ibu susu, mesti sophea rindu ibu" sambil buat muka sedih. awak ni, saja buat ibu serba salah tau. huhu ibu susu tu pengasuh dak sophea. nasib ibu susu dia rajin perosah, kadang-kadang anak ibu susu layan dak sophea bermain. rakan sebaya tak mai lagi bercuti sakan balik kampung, hikhik nak bagi kawan pun, belum ada rezeki lagi. eh! :)
Anonymous 3/04/2018 08:32:00 pm
Read more ...