Hari terakhir | kami hanya pergi Chocolateria San Churros, Kardinya Coles, dan makan malam fish and chips yang terlalu besar portion dia. tak ingat nama tempat tu. dan yang terakhir beli cenderahati untuk di bawa balik ke Malaysia. (gambar takda)

sebenarnya masa makan fish and chips tu, sepupu shu siap tapau sos tomato dari rumah. ingatkan apalah dia bawak keluar dari kereta, rupanya sos tomato. hari terakhir gambar banyak, tapi tak pasti ada pada handphone siapa. ahahaha
sampai KLIA petang waktu Malaysia. dan kami berpisah dengan mak cik shu yang akan meneruskan penerbangan mereka ke Kedah. alhamdulillah, kami semua sihat. terutama dak sophea. :D

 
 

Anonymous 4/04/2018 02:20:00 pm
Read more ...

Perth Hari ke-6 | Itinenaries kami ke Spring Valley Organic Orchard, Balingup. pun perjalanan agak jauh dari rumah sepupu. masing-masing tidur. di sini, kami di ajar cara petik buah epal terus dari pokoknya. sebelum petik tu, makan dulu.


sangat luas ladang ni sebenarnya. dan selepas penat petik epal. kami ke kilang pembungkusan epal ni. cara buah epal di asingkan mengikut saiz. dan dapat rasa epal yang dikeringkan. sedap! sangat seronok bila semua epal yang dipetik, dapat bawak balik Malaysia. haha

Anonymous 4/03/2018 01:57:00 pm
Read more ...

Hari ke-5 | perjalanan kami jauh untuk harini  dimana kami ke satu tempat yang memang tercantik sekali di Perth, The Pinnacles. perjalanan sejauh 250km macam balik Kedah rasanya. jauh sangat. hihi

kami tapau nasi dari rumah, jadinya takda lah banyak berhenti makan. paling terasa kelainannya berbanding di Malaysia, bila kita tuang minyak. penduduk di situ akan tuang minyak dahulu baru bayar di kaunter. cer bayang di Malaysia kalau tuang minyak dulu. hahaha

seharian kami ke The Pinnacles, balik rest sekejap. pada malamnya kami keluar lagi dan ke Kings Park. menikmati keindahan malam di sana. tersangat cantik dengan angin yang sejuk terlalu sejuk menusuk ke tulang. dak sophea paling suka, ibu sudah menggigil masa bergambar ni.

Anonymous 4/02/2018 01:49:00 pm
Read more ...

Perth Hari Ke-Empat | letih tayah nak cerita, tapi seronok. sedar tak sedar sudah masuk hari ke-4 kami di sini. hanya kawasan terdekat saja, sebab keesokkan hari nak ke tempat lebih jauh. simpan kederat.

1. Perth's Blue Boat House. masa kami sampai pengunjung belum ramai lagi. dah puas bergambar, pengunjung mulai ramai. dalam rumah tu taktau ada apa sebab tak boleh masuk. :) terasa macam berjalan atas laut.


2. Murdoch University. p melawat tempat belajar sepupu sementara nak ke tempat lain.


3. King's Park & Botanic Garden.



4. Malaysia Hall Perth.


5. Chocolateria San Churros. malam tu kami makan di sini. dak sophea biasalah, saat genting macam ni dia tidoq.





6. ni bersebelahan tempat kerja sepupu. lebih kurang macam mydin jugak. tapi di sini barang yang kita beli kena scan sendiri dan bayar sendiri. macam mesin air tu.


sudah sampai rumah, baru jaga tidoq. bertabahlah ibu. haha

tamat hari ke empat..

Anonymous 4/01/2018 02:25:00 am
Read more ...