Kenali 4 Jenis Tepung Gandum

Tepung Gandum | menjadi satu kebiasaan bila membeli barang dapur, main capai apa yang nampak di depan mata. bila tiba waktu nak menggunakan barang tu, terpaksa berdepan masalah yang agak kelakar, contoh masak kuih tak rangup mahupun menggebu macam dalam gambar di google. haha ok jom kita kenali beberapa jenis tepung gandum dahulu.

Tepung Gandum (Wheat Flour)
Tepung ini diperbuat daripada biji gandum - wheat yang telah dikupas dan dikisar halus. Ia dibezakan atas kandungan proteinnya (gluten)Gluten ini mempengaruhi hasil olahan dan perlulah bijak memilih jenis tepung gandum yang sesuai mengolah makanan tertentu.

Contohnya ; Cap Sauh, Blue Key, Cempaka dan lain-lain.

Tepung Gandum Tinggi Protein
Tepung ini mempunyai lebih 12.5% kandungan protein. Tepung jenis ini banyak digunakan untuk membuat makanan yang dalam proses pembuatannya menggunakan yis. Adunan yang dibuat akan membentuk rangka untuk menyimpan gas. Oleh kerana daya penyerapan yang tinggi tahap cairan, glutennya akan mengembang dan membentuk adunan yang liat dan elastik seperti roti dan donat.

Tepung jenis ini juga digunakan dalam pembuatan mi (basah / kering), juga sesuai untuk membuat daging sintesis / tiruan buat orang-orang vegetarian.

Contoh : Blue Key, MFM dan lain-lain.

Tepung Gandum Tulen (Wholemeal Flour atau Whole-Wheat Flour)
Diperbuat dengan cara menggiling keseluruh bahagian biji gandum. Teksturnya lebih kasar daripada tepung gandum dan warnanya tidak putih tetapi agak kusam kecoklatan. Sangat menyerap cecair. Sering digunakan untuk membuat biskut atau roti tawar dengan rasa yang istimewa.


Tepung Gandum Sederhana Protein (All Purpose)
Sejenis tepung gandum yang dikatakan serbaguna. Kandungan proreinnya antara 10-11% sehinggakan boleh digunakan untuk segala keperluan. Biasanya digunakan untuk membuat aneka makanan seperti pisang goreng, apam balik, cucur, apam kukus, kek dan lain-lain.


6 comments:

  1. Terima kasih perkongsian....sebelum ni yang tahunya ada beza keperluan tepung beras...rupanya tepung gandum juga ya...nak mudah beli yang cap ros..

    ReplyDelete
  2. Selalu nampak tepung2 ni dekat rumah,, rupanya setiap tepung ni ada kelainan dia ya.. Baru ekin tahu.. Hehehe

    ReplyDelete
  3. kalau sha belikan tepung sha ambik je yang mana paling murah :p pastu nama sama je kan semua hahah

    ReplyDelete
  4. Selalu guna self rising flour tuk buat kek, malas nak fikir byk 😁

    ReplyDelete
  5. LZ guna tepung gandum faiza.. Sebenarnya baru tahu jenis tepung gandum ni, selalu asal ada perkataan 'tepung gandum' terus beli.. Terima kasih SS sudi kongsi info berguna ini..

    ReplyDelete