Sinopsis :
Qistina Diyana, gadis manja ini hidup penuh ceria di samping Lynda dan Juraita, teman baiknya yang bermula di alam persekolahan. Namun, setelah meningkat awal dewasa, Qistina terpaksa melalui satu kehidupan yang tidak pernah terlintas di fikirannya. Tatkala kasih yang dibajainya sedang berbunga terhadap Izwan Firhan, Qistina dipaksa supaya melupakan jejaka yang telah lama bertakhta di hatinya. Rahsia keluarga yang selama ini tersimpan rapi akhirnya tersingkap dan memaksa dia akur untuk memenuhi satu permintaan saudara kandungnya, apatah lagi apabila ianya berkaitan pengorbanan yang pernah dihulurkan Haikal Hakimi, sahabat baik abangnya itu. Pertemuan semula di antara Haikal menjadi satu kejutan buat Qistina kerana tidak disangkakan mereka pernah bertemu dalam satu kejadian salah faham. Perancangan keluarga Qistina untuk menyatukannya dengan Haikal telah memulakan dan menimbulkan konflik dalaman di dalam dirinya. Apakah rahsia dan pengorbanan yang telah dilakukan Haikal Hakimi terhadap keluarga Qistina itu sehinggakan dia dipaksa menerima lelaki itu? Mampukah dia melalui kehidupan bersama lelaki yang tidak dicintainya itu malah untuk berkongsi kasih dalam satu ikatan di antara suami dan isteri? Benarkah rasa cinta itu dapat dipupuk setelah terbinanya mahligai yang dia sendiri tidak pasti akan bahagianya? 
 
Review :
3.5/5 rate. Perjalanan kehidupan seorang gadis yang telah ditakdirkan untuk berkahwin atas permintaan keluarga sendiri selepas abang kandungnya terhutang budi dengan lelaki tersebut, Haikal. Sepanjang perkahwinan mereka, Haikal melayan Ana dengan baik, sehingga terbit rasa kasih terhadap lelaki itu. Hanya kerana fitnah memisahkan mereka. Tatkala bertemu semula, sesuatu telah menimpa Ana. Tiada watak jahat keterlaluan, dan lebih kepada kisah kehidupan gadis itu. Jodoh maut ditangan Tuhan, tiada siapa yang tahu, begitulah penamatnya. (baca : 31-Dec-2018)


Cda 12/31/2018 06:01:00 pm
Read more ...

Lagu : Temberang 
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong 
Lirik : Ayda Jebat, Hael Husaini & Ezra Kong

Lirik 
CHORUS 
Duh’ aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Duh’ aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang

VERSE 
Bilang pada ku, Apa kau mahu, 
Mahu diriku, Dekat dekat tapi engkau malu 
Katakan saja, Ku yang kau punya 
Janji bahagia, Jangan biar tunggu lama-lama

PRE C/O 
Kerna ku mahu kau selamanya untukku 
Katakan engkau mahu

VERSE 2 
Hadir dirimu dalam hidupku 
Biar selalu malam - malam ku impikan kamu

Repeat PRE C/O

Repeat CHORUS 
Solo

CHORUS 
Duh’ aduh aduh aduh aduh abang 
Aduh aduh aduh aduh jangan 
Aduh aduh engkau temberang

BRIDGE 
Aku tahu kau suka kerna aku juga sama 
(Jangan kau temberang) 
Aku tahu kau suka kerna aku juga sama 
(Jangan kau temberang)

Jangan kau temberang 
Jangan kau temberang 


Cda 12/31/2018 11:38:00 am
Read more ...

Sinopsis :
Dania, Gadis polos yang tak punya apa-apa. Cintanya diburu oleh pasangan adik dan abang, Khaliff dan Afiff. Afiff - Bagi Dania, Afiff adalah lelaki paling poyo dan kurang adab yang pernah dia jumpa. Tapi siapa sangka, lelaki tak normal itu jugalah jodohnya. Apa yang tak kena pada Afiff? Luarannya nampak biasa-biasa. Dania ada jawapannya. Enam bulan bergelar isteri kepada lelaki perasan bagus itu, Dania tahu ada yang tak kena. Dia dikahwini untuk disimpan? Mampukah dia bertahan dalam syurga palsu ciptaan Afiff apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan lelaki lain?

Review :
3/5 rate. Watak yang dibawa oleh gadis bernama Dania ni buat kami rasa maruah wanita dimain-mainkan bila dicerai dan dikahwini oleh adik beradik tiri ini. Jalan cerita memanglah sedih, mengalir air mata teman. (baca : 29-30 Dec 18)

Cda 12/30/2018 10:57:00 am
Read more ...

alhamdulillah tahun 2018 sudah hingga ke penghujungnya, dan 2019 bakal menjelma hampir empat hari lagi. Ya berdebar-debar untuk melangkah ke tahun baru. Segala kenangan pada tahun 2018 akan sentiasa dikenang, dan dijadikan ikhtibar.

Pengalaman mencari kerja, di interview akan sentiasa tersemat di dalam diri. Terasa macam fresh graduate, setelah 8tahun bekerja. Sangat dihargai pengalaman berharga ni. Pengalaman kena drive kereta sendiri pergi dan balik kerja, sebelum ni membonceng motor saja. Culture shock sangat.

Pengajaran yang amat kami hargai adalah bila bergaul, walaupun berkenal rapat, jangan sesekali biarkan kepercayaan kawan/kenalan hilang dengan sikap kita. Bak kata pepatah, biar pecah diperut, jangan pecah dimulut. 

Rasanya setakat ini perkongsian dan luahan hati untuk tahun 2018. Semoga kita ketemu lagi di tahun baru 2019. InsyaAllah..

Assalamualaikum..
Cda 12/27/2018 09:18:00 pm
Read more ...

Info : Pokok Belinjau jarang ditanam secara intensif. Kayunya dapat digunakan sebagai bahan papan. Daun yang muda, "bunga" (baik jantan mahupun betina) dan bijinya (baik yang muda mahupun yang sudah masak) boleh digunakan sebagai sayur (misalnya sebagai sayur ulam). Biji belinjau boleh dikisar menjadi tepung dan digoreng menjadi emping atau ditumbuk dan dijadikan kerepek binjai. Sebagai sumber makanan, biji belinjau mengandungi kadar urea yang agak tinggi dan oleh itu, tidak sesuai dimakan pada jumlah yang banyak terutama bagi mereka yang menghadapi masalah gout. - sumber

Harini dapat makan emping belinjau ni. Sedap kemain rasanya walaupun pahit. Namun kali ni shu dapat extra rasa, masin. Berkongsi rasa dengan officemate, sedar-sedar sudah habis. hee
 
Buah Belinjau/Melinjau
  • Buah belinjau diproses untuk dijadikan keropok atau emping. Daun dan buah belinjau dijadikan penyedap rasa dalam masakan.
  • Pucuk mudanya dibuat sayur masak lemak atau masak air dengan rasanya agak manis. Buah belinjau yang muda sedap dimasak bersama daging cincang atau dibuat kari.
  • Buah yang sudah masak direbus dan dimakan seperti kacang tanah rebus. Selain direbus, buah belinjau boleh dibakar dengan sabut.
  • Ia kemudian dibuang kulit dan ditumbuk sehingga leper dan boleh terus dimakan seperti kerepek. Kayunya digunakan sebagai bahan membuat papan.
  • Bahagian yang digunakan dalam perubatan tradisional ialah buah dan daunnya.
  • Khasiat yang terdapat pada buah belinjau, setiap 100gm pucuk muda dan buah belinjau mengandungi air, protein, lemak, karbohidrat, fiber, kalsium, fosforus, ferum, vitamin A, niasin dan vitamin. Betapa banyak khasiat yang ada pada buah Belinjau.
selepas digoreng
Cda 12/19/2018 10:16:00 am
Read more ...
7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki
 
1. Memperbanyak Membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa billah
Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La Hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)


2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).


3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil Adziim
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


4. Membaca Surah Al Ikhlas
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)


5. Membaca Surat Al-Waqiah
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam , maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)


6. Memperbanyak Selawat ke atas nabi
• Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT .


7. Melazimkan Beristighfar
Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya ALLAH akan mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Doa Menjemput Rezeki
Ya Allah berikanlah kami Rezeki yang luas , yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami.

Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada dibumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakanlah
Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak anak yatim , fakir miskin dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan


Ya Allah kabulkanlah doa kami . Ya Allah Ya Robbal Alamin . Semoga Allah Mengabulkan doa kami.


Cda 12/16/2018 11:08:00 am
Read more ...

Mempunyai lesung pipit? Ini 5 kelebihan dan Fakta menarik mengenai lesung pipit. Jangan terkejut!

"Betul ke kakak tadi dah 40tahun? Nampak macam muda je, sebab lesung pipit tu kot nampak muda, untunglah kan ada lesung pipit.."

Uniknya mereka yang mempunyai lesung pipit kerana setiap senyuman mempunyai aura yang isterimewa. Lekukan di pipi itu berupaya menambah kemanisan dalam wajah.

Disebalik kemanisan senyuman tersebut, ini merupakan beberapa fakta dan kelebihan lesung pipit yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini:

  1. Hanya 20% manusia memilikinya. Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipit yang sebenarnya merupakan satu kecacatan yang ramai orang impikan dan amat dicemburui.
  2. Ramai yang tertarik. Menurut kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah penambah daya penarik seseorang. Mereka akan tetap nampak cantik walaupun tak mekap.
  3. Kalau bergambar pula, bagaimana rupa atau mood anda ketika memandang kamera, wajah anda tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyuman yang dipaksa.
  4. Kelihatan awet muda. Para saintis menyatakan kelebihan mereka ada lesung pipit ni ialah tampak muda dari usia sebenar. Dengan kata lain mereka yang ada lesung pipit wajahnya ‘babyface’.
  5. Penyebar aura keceriaan. Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum orang yang melihatnya akan berasa senang hati. Kecomelan mereka yang berlesung pipit ini boleh menceriakan keadaan.
  6. Ramai selebriti jadi terkenal sebab ada lesung pipit. Laman web Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular.

Bagaimana kecacatan lesung pipit terjadi?

Ia dikatakan kecacatan disebabkan oleh otot wajah yang dinamakan Zygomaticus Major terbelah dua. Ia mengakibatkan otot wajah lebih pendek daripada biasa. Kesannya, apabila bercakap, senyum dan sebagainya, kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekuk pada pipi.

Lesung pipit bukan saja ada pada wajah, ia juga boleh berlaku di dagu (dagu terbelah) dan juga di punggung bahagian atas (biasa dilihat pada bayi baru lahir).

Cda 12/06/2018 08:47:00 am
Read more ...

Review :
2/5 rate. Bila hati telah retak,
Hidup berteman si air mata,
Bila laut tak bergelombang,
Segunung pujuk tiada berguna.
Terjerat ke kancah perkahwinan tanpa rela, separuh jiwa aku menerima Encik Zafrul Amri merangkap bos di tempat kerjaku sebagai suami. Diakah bakal pelindungku? Diakah bakal membawaku ke jalan syurga?

Arief Rachman Haqeem, jejaka kacukan dari seberang terpaksa aku kecewakan. Bunga-bunga sayang yang sedang mekar mewangi dan putik-putik cinta yang baru berkembang, berguguran bersama deraian air mata.

“Saya tak sangka kesudahan kita jadi begini. Saya sayangkan awak, Wiesha. Saya cintakan awak!” ~Arief Rachman
“Selamat tinggal, Arief. Saya tahu awak lelaki yang tabah. Jangan kerana saya, awak tutupkan hati untuk orang lain. Doakan kebahagiaan saya…” ~Dahlyana Darwiesha

Pasrahku membawa derita. Encik Zafrul menikahiku hanya kerana aku seiras kekasih lamanya. Aku menjadi galang ganti cinta Encik Zafrul bersama Kak Mylia yang tidak kesampaian. Kembalinya Kak Mylia kepada Penciptanya menambahkan kemelut di jiwa. Encik Zafrul terus hidup dalam bayang-bayang kenangan silam bersama bekas kekasihnya yang telah pergi.

“Lyana bukan Kak Mylia, Lyana tak boleh ubah diri Lyana jadi orang lain!” ~Lyana
“Abang mengaku cinta abang pada Mylia tak pernah mati. Arwah Mylia merupakan kekuatan abang. Lyana… pelengkap hidup abang. Abang sayangkan Lyana dan abang tak boleh terima kalau ada lelaki lain yang mahu rampas Lyana dari abang.” ~Zafrul

Akibat cemburu dan sering salah sangka, bayi yang aku kandung selama enam bulan lamanya tak sempat menjengah dunia. Kecewanya aku. Salahkah aku minta dilepaskan?

‘Mak pesan, jangan kasar-kasar lagi dengan suami’
‘Pesan along, belajarlah memaafkan!’

Encik Zafrul cuba meraih cintaku kembali. Akan tetapi... sekeping hati yang telah retak, bolehkah dicantum semula? Ceritera cinta dan air mata seorang Darwiesha, mungkinkah ada penamatnya?

Cda 12/05/2018 11:50:00 am
Read more ...
 




Review :
2.5/5 rate. SOFIA percaya bahawa cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Cinta tidak mengajarnya menjadi lemah, tapi membangkitkan kekuatan.Cinta tidak mengajarnya menghina diri, tapi menghembuskan kegagahan dan semangat.

Perlukah Sofia mendambakan cintanya kepada Robert? Dia tidak mahu perkahwinan yang bakal dibina semata-mata kerana cinta, sebaliknya lelaki itu perlu mendalami Islam yang sebenar. Namun, dia tidak menolak bahawa dia amat menyayangi dan mengasihi lelaki itu. Dia buntu...

Idham tidak pandai bermadah seloka. Namun, dia yakin dapat menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada Sofia. Namun, mengapa hati gadis itu masih ragu-ragu? Aduhai, jiwanya bergetar tatkala mereka bertentang mata.

Kehadiran Haikal bagaikan suatu rahmat dalam hidup Sofia. Haruskah dia terus berjuang untuk dinobatkan sebagai juara dalam pertempuran cinta ini? Ini akan terbukti bila dia melafazkan akad nikah dengan gadis pujaannya itu.
Cda 12/04/2018 11:25:00 am
Read more ...