Mempunyai lesung pipit? Ini 5 kelebihan dan Fakta menarik mengenai lesung pipit. Jangan terkejut!
"Betul ke kakak tadi dah 40tahun? Nampak macam muda je, sebab lesung pipit tu kot nampak muda, untunglah kan ada lesung pipit.."
Uniknya mereka yang mempunyai lesung pipit kerana setiap senyuman mempunyai aura yang isterimewa. Lekukan di pipi itu berupaya menambah kemanisan dalam wajah.
Disebalik kemanisan senyuman tersebut, ini merupakan beberapa fakta dan kelebihan lesung pipit yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini:
- Hanya 20% manusia memilikinya. Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipit yang sebenarnya merupakan satu kecacatan yang ramai orang impikan dan amat dicemburui.
- Ramai yang tertarik. Menurut kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah penambah daya penarik seseorang. Mereka akan tetap nampak cantik walaupun tak mekap.
- Kalau bergambar pula, bagaimana rupa atau mood anda ketika memandang kamera, wajah anda tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyuman yang dipaksa.
- Kelihatan awet muda. Para saintis menyatakan kelebihan mereka ada lesung pipit ni ialah tampak muda dari usia sebenar. Dengan kata lain mereka yang ada lesung pipit wajahnya ‘babyface’.
- Penyebar aura keceriaan. Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum orang yang melihatnya akan berasa senang hati. Kecomelan mereka yang berlesung pipit ini boleh menceriakan keadaan.
- Ramai selebriti jadi terkenal sebab ada lesung pipit. Laman web Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular.
Bagaimana kecacatan lesung pipit terjadi?
Ia dikatakan kecacatan disebabkan oleh otot wajah yang dinamakan Zygomaticus Major terbelah dua. Ia mengakibatkan otot wajah lebih pendek daripada biasa. Kesannya, apabila bercakap, senyum dan sebagainya, kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekuk pada pipi.
Lesung pipit bukan saja ada pada wajah, ia juga boleh berlaku di dagu (dagu terbelah) dan juga di punggung bahagian atas (biasa dilihat pada bayi baru lahir).
Comel orang yang ada lesung pipit nie..
ReplyDeleteAde sebelah je kira aci tak? haha
ReplyDeleteAkak salah sorang yang ada lesung pipit, hihi...
ReplyDelete