Info : Pokok Belinjau jarang ditanam secara intensif. Kayunya dapat digunakan sebagai bahan papan. Daun yang muda, "bunga" (baik jantan mahupun betina) dan bijinya (baik yang muda mahupun yang sudah masak) boleh digunakan sebagai sayur (misalnya sebagai sayur ulam). Biji belinjau boleh dikisar menjadi tepung dan digoreng menjadi emping atau ditumbuk dan dijadikan kerepek binjai. Sebagai sumber makanan, biji belinjau mengandungi kadar urea yang agak tinggi dan oleh itu, tidak sesuai dimakan pada jumlah yang banyak terutama bagi mereka yang menghadapi masalah gout. - sumber
Harini dapat makan emping belinjau ni. Sedap kemain rasanya walaupun pahit. Namun kali ni shu dapat extra rasa, masin. Berkongsi rasa dengan officemate, sedar-sedar sudah habis. hee
Buah Belinjau/Melinjau |
- Buah belinjau diproses untuk dijadikan keropok atau emping. Daun dan buah belinjau dijadikan penyedap rasa dalam masakan.
- Pucuk mudanya dibuat sayur masak lemak atau masak air dengan rasanya agak manis. Buah belinjau yang muda sedap dimasak bersama daging cincang atau dibuat kari.
- Buah yang sudah masak direbus dan dimakan seperti kacang tanah rebus. Selain direbus, buah belinjau boleh dibakar dengan sabut.
- Ia kemudian dibuang kulit dan ditumbuk sehingga leper dan boleh terus dimakan seperti kerepek. Kayunya digunakan sebagai bahan membuat papan.
- Bahagian yang digunakan dalam perubatan tradisional ialah buah dan daunnya.
- Khasiat yang terdapat pada buah belinjau, setiap 100gm pucuk muda dan buah belinjau mengandungi air, protein, lemak, karbohidrat, fiber, kalsium, fosforus, ferum, vitamin A, niasin dan vitamin. Betapa banyak khasiat yang ada pada buah Belinjau.
selepas digoreng |
Sha cukup suka keropok nie.. Sha panggil keropok.. Walaupun rasanya pahit tapi sedap..
ReplyDeleteya kak, setiap kali makan kedai minang, pasni akan tapau keropok ni masuk ofis. hehe
DeleteBelijau acheh lemak manis..
ReplyDeletebetul3
DeleteOrg yg ada gout boleh makan tak
ReplyDeleteikut pada kawan cida yang ada gout makan, ok setakat ni. mungkin sekeping dua boleh la..
Delete