Sinopsis :
Qistina Diyana, gadis manja ini hidup penuh ceria di samping Lynda dan Juraita, teman baiknya yang bermula di alam persekolahan. Namun, setelah meningkat awal dewasa, Qistina terpaksa melalui satu kehidupan yang tidak pernah terlintas di fikirannya. Tatkala kasih yang dibajainya sedang berbunga terhadap Izwan Firhan, Qistina dipaksa supaya melupakan jejaka yang telah lama bertakhta di hatinya. Rahsia keluarga yang selama ini tersimpan rapi akhirnya tersingkap dan memaksa dia akur untuk memenuhi satu permintaan saudara kandungnya, apatah lagi apabila ianya berkaitan pengorbanan yang pernah dihulurkan Haikal Hakimi, sahabat baik abangnya itu. Pertemuan semula di antara Haikal menjadi satu kejutan buat Qistina kerana tidak disangkakan mereka pernah bertemu dalam satu kejadian salah faham. Perancangan keluarga Qistina untuk menyatukannya dengan Haikal telah memulakan dan menimbulkan konflik dalaman di dalam dirinya. Apakah rahsia dan pengorbanan yang telah dilakukan Haikal Hakimi terhadap keluarga Qistina itu sehinggakan dia dipaksa menerima lelaki itu? Mampukah dia melalui kehidupan bersama lelaki yang tidak dicintainya itu malah untuk berkongsi kasih dalam satu ikatan di antara suami dan isteri? Benarkah rasa cinta itu dapat dipupuk setelah terbinanya mahligai yang dia sendiri tidak pasti akan bahagianya?
Review :
3.5/5 rate. Perjalanan kehidupan seorang gadis yang telah ditakdirkan untuk berkahwin atas permintaan keluarga sendiri selepas abang kandungnya terhutang budi dengan lelaki tersebut, Haikal. Sepanjang perkahwinan mereka, Haikal melayan Ana dengan baik, sehingga terbit rasa kasih terhadap lelaki itu. Hanya kerana fitnah memisahkan mereka. Tatkala bertemu semula, sesuatu telah menimpa Ana. Tiada watak jahat keterlaluan, dan lebih kepada kisah kehidupan gadis itu. Jodoh maut ditangan Tuhan, tiada siapa yang tahu, begitulah penamatnya. (baca : 31-Dec-2018)
No comments: