Terjebak dengan review kak Sha, mengenai drama Kingdom (2019) ni, akhirnya semalaman melayan cerita ni, serius menarik. Tak sangka zombi ni akan bersembunyi pada waktu siang, malam berjaga.

Terima kasih kak Sha, buat shu terjebak jugak. hahaha

Cda 1/31/2019 09:47:00 am
Read more ...
Segala-galanya mesti disesuaikan pada keadaan zaman.
Cda 1/31/2019 07:28:00 am
Read more ...

Review :
4/5 rate. Sukma seorang gadis yang tanpa mengenali erti belas, mendendami Hanna. Berikutan Fitri menyukai Hanna tanpa tuan badan mengetahuinya. Setelah melalui detik hitam dalam hidupnya, Sukma telah di hantar ke luar negara untuk mencari ketenangan.

Namun tibanya ke tanah air dengan kejutan dan misi yang kejam mencari lelaki bernama Nazim, dan kawan-kawannya. Hanna dan Fitri tak senang duduk dibuatnya bila teringatkan kisah lama mereka dan Sukma.

Pengakhiran cerita yang amat menyayat hati serta sedikit kisah cinta kembali bersatu. (baca: 29-Jan-19)






Cda 1/30/2019 02:53:00 pm
Read more ...
Tergoda untuk melakukan kejahatan
Cda 1/30/2019 08:07:00 am
Read more ...

Review:
4/5 rate. Kisah cinta yang menarik, Tun Rania Raudhah seorang genius dan cantik sangat rapat dengan lima sepupu lelakinya. Demi mencari cinta yang suci, Rania menukar identiti menjadi gadis montel 130kg. Dalam misi tersebut, Rania terpikat dengan Raqib, namun terpaksa menelan setiap herdikan dan cacian non-stop dari Raqib sehingga Rania kembali ke kehidupan asalnya bersama sepupu yang lain.
 
Tanpa sedara, Maliqi salah seorang sepupu yang tinggal bersama keluarga Rania, mula menaruh hati. Sanggup berulang alik dari Johor- Terengganu, setiap minggu semata-mata hendak melepas rindu. (baca: 28&29-Jan-19)
Cda 1/29/2019 11:10:00 am
Read more ...
Fuhhh! Terasa luas alam semesta bila dapat update blog guna PC. Oklah memandangkan kami sudah siapkan kerja hakiki boleh lah kami online/update blog sat. Selalu update melalui handphone di awal pagi sebelum drive ke tempat kerja, blogwalking memang takda jawabnya.

Selepas temujanji pada 23/01 tempoh hari, kami ada menyatakan pakar meminta untuk melalukan pemeriksaan lebih detail. Dan hasilnya pada 26/01 yang lepas, kami diminta untuk membuat Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Tau tak apa itu MRI? Boleh klik link ini.

Takut we memula katil tu masuk dalam terowong menora tu. Brader tu siap pesan kalau tak selesa picit button yang dia serahkan ditangan kami, jangan bergerak dan benda ni dibuat selama 30minit. Mana tidaknya terasa macam sempit langit. Dalam hati dah pikir negative kalau-kalau benda tu rosak, macam mana nak lepaskan diri. Astaghfirullah…

Selesai semuanya kami tunggu turn untuk berjumpa pakar bersama dengan result MRI. Dan alhamdulillah semuanya normal, kemungkinan sakit biasa saja. Pakar terus discaj iolls. Katanya sekiranya sakit kembali kerap, boleh call untuk set appointment dengan beliau semula.

Terima Kasih kepada semua staff dan pakar yang terlibat pada 14/01 , 23/01 dan 26/01 tempoh hari. Sampaikan boss kami cakap kami p interbiu lah sebab cuti di tengah minggu. Disebabkan iolls ni pekerja berdedikasi (kasi sangattt), iolls ambik cuti biasa. Muahahaha.
Cda 1/29/2019 10:27:00 am
Read more ...
Sekiranya anda tidak pandai memperbaiki sesuatu, janganlah pecahkannya.
Cda 1/29/2019 08:27:00 am
Read more ...
Kelakuan dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan
Cda 1/28/2019 08:26:00 am
Read more ...
Pasangan yang jodoh akan bertemui betapa pun jauhnya
Cda 1/27/2019 08:10:00 am
Read more ...
Orang yang beri nasihat, tetapi diri sendiri tidak membetulkan sebagai yang dinasihatkannya
Cda 1/26/2019 08:04:00 am
Read more ...

Kisah 23 haribulan yang lepas, kami ada appointment dengan pakarMemandangkan ini first time membuat appointment di sana, kami macam rusa masuk kampung. Ikutlah apa yang di minta walaupun ke hulu hilir dengan Sofia dan Jijoi. Bila buat appointment ni sepatutnya awai lah datang, kami sampai pun sudah jam 8.30 pagi, makanya kena tunggu hingga jam 11.15 pagi baru dapat berjumpa pakar.

Alhamdulillah semuanya sihat. Cuma next appointment pakar cadangkan buat pemeriksaan lebih mendalam.

Mohon semuanya selamat dan sihat. 
Cda 1/25/2019 04:59:00 pm
Read more ...

Review :
4/5 rate. AMRIL NUQMAN menyimpan dendam terhadap lelaki yang di sangka telah menyebabkan kematian kembarnya. Namun, hasratnya untuk membalas den dam tidak kesam paian kerana lelaki itu telah meninggal dunia. Dia kemudian menggunakan Aimi Rozana, adik lelaki tersebut sebagai galang gantinya.

Namun, Amril silap perhitungan. Dia terjerat dengan pe rasaan sendiri apabila jatuh cinta dengan gadis itu. Aimi Rozana pula menerima cinta Amril dengan ikhlas. Baginya, Amril seorang lelaki yang bisa membahagiakan dirinya. Akhirnya, mereka dijodohkan oleh keluarga masing-masing.

Kebahagiaan yang diharapkan rupa-rupanya menjadi duri dalam hidup Aimi. Apa yang diangankan kosong sematamata. Dirinya dilayan seperti patung bernyawa.

Hanya dipandang, tapi tidak bisa disentuh. Sikap Amril semakin lama membuatkan Aimi menjadi sangsi dan kecewa.

Sanggupkah Aimi meneruskan hidupnya sebagai isteri Amril setelah lelaki itu meletakkan dirinya di tahap yang paling bawah?


Cda 1/25/2019 12:55:00 pm
Read more ...
Menyatakan terima kasih atas pertolongan orang lain
Cda 1/25/2019 08:24:00 am
Read more ...

Review :
3/5 rate. Rindu – Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat.

Kasih – Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya.

Cinta – Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya?

Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?

Cda 1/24/2019 12:53:00 pm
Read more ...
Perempuan yang mudah mesra tapi akan menjauhkan diri apabila didekati
Cda 1/24/2019 08:23:00 am
Read more ...

Review :
3/5 rate. “Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

Cda 1/23/2019 12:50:00 pm
Read more ...

Review :
3/5 rate. Orang kata, cinta itu membahagiakan. Tapi bagi AFIA, cinta itu menyusahkan. Setiap hari asyik bergayut di telefon dan keluar berjanji temu hingga tiada masa untuk diri sendiri.
Tapi selepas dia mengenali ASYRAF, dia pun dua kali lima saja! Dia asalnya seorang yang kedekut kredit, jadi ketagih membalas pesanan ringkas siang dan malam.
Baginya, walaupun Asyraf hanyalah lulusan SPM, tetapi baginya, pelukis komik sambilan itu kadangkala menjadi pembahas yang cukup baik! Yang seronoknya, bila merajuk saja, dapat hadiah. Ini yang buat dia rasa nak merajuk selalu.
“Kalau awak nak saya maafkan awak, awak belikan bear ni untuk saya.”

“Nah.”

“Saya nak yang besar, bukan yang kecik macam ni.”

“Kalau saya ada duit yang banyak, bukan setakat anak patung beruang, beruang yang betul pun saya sanggup beli.”

Bagi Asyraf pula, dia tidak tahu apa yang Afia inginkan. Tidak dibelikan anak patung beruang, dia merajuk. Lambat balas mesej pun, dia merajuk juga. Jadi bagaimana?

Akhirnya, tiba-tiba sahaja Asyraf mendiamkan diri. Sudahlah tidak bergayut seperti pasangan lain, punyalah banyak pesanan ringkas yang dihantar tapi Asyraf cuma balas dengan ucapan selamat malam kemudian berdiam diri.

“Ooo… Kata sibuk, banyak kerjalah, itulah, inilah. Tapi main Facebook, ada pula masa.”

“Maaflah, saya ada hal tadi.”

“Saya tak nak tahu!”

Adakah perubahan sikap Asyraf ada kaitan dengan cinta lamanya, Marlina yang kembali menagih kasih Asyraf? Bagaimanakah pula dengan Syukri, yang masih mengharap kepada Afia?

Tapi... bukankah kalau tak bergaduh, bukan cinta namanya?

Cda 1/23/2019 12:49:00 pm
Read more ...

Review :
3/5 rate. Pertemuan pertama mereka sungguh ‘indah’, dihiasi dengan corak dan perisa kopi.

Sejak itu, Ain Zahra sentiasa dihantui ‘kopi’ walau ke mana dia pergi. Lebih teruk lagi selang seminggu, pasti dia akan bertemu dengan Encik Kopi.

Dia pening kepala.

SAKEENA mencoret kisah Ain Zahra yang berdepan dengan kebetulan demi kebetulan dalam perjalanannya bertemu dengan Anak Teruna Makcik Rahimah dengan bahasa yang santai dan mengusik hati.

Cda 1/23/2019 12:33:00 pm
Read more ...
Cakap besar di belakang-belakang sahaja.
Cda 1/23/2019 08:19:00 am
Read more ...

Review:
Rate 3/5. Amna yang sempoi dan selamba. Amna yang menjaga agama. Amna yang gila bola. 

Redza yang suka menyakat Amna. Redza yang sentiasa berusaha memikat Amna. Redza yang sentiasa ada untuk Amna. Redza yang berubah menjadi lebih baik setelah mencintai Amna. Redza yang melepaskan Amna bila ternyata hati Amna untuk Ahfan. Redza yang pernah terkhilaf. Redza yang sangat mencintai Amna. Redza yang bersedih bila dia tidak mampu membahagiakan Amna.

Kebahagiaan mereka tercalar sedikit pada mulanya kerana Amna disahkan mengandung baby Down Syndrome. Macam mana penerimaan Redza? Pada mulanya Redza tidak dapat menerima, tetapi ternyata dia malu. Dia menganggap itu ialah kifarah dosanya. (baca: 22&23-Jan-19)


Cda 1/23/2019 07:56:00 am
Read more ...

Review :
3/5 rate. Penantian itu menyeksakan...
Untuk melupakan, itu juga menyakitkan...
Tapi, tidak pasti dalam membuat keputusan, itu lebih perit!

Ini semua tentang hati YARA AISYA YAZID. Dia seorang PA yang sangat komited dalam kerjayanya. Bagi Yara, tiada yang lebih seronok di dalam dunia selain mejadi PA kepada Tan Sri Wazir. Namun keseronokan Yara tersekat apabila Tan Sri Wazir jatuh sakit dan melantik anaknya, Hanania sebagai pemangkunya.

HANANIA WIDAD WAZIR seorang yang sangat serius sehingga Yara sering merasa tertekan. Sejak itu, hidup Yara disaster. Kerja sebagai PA tidak lagi seindah syurga. Masalahnya, semua orang tidak berpihak kepada dia, namun hanya Onn saja yang memahami situasinya.

ONN ANDRE OTHMAN, pengurus kedai kopi yang sering dikunjungi Yara. Selama setahun dia cuba mendekati Yara dan akhirnya, Yara nampak usahanya. Oleh kerana hubungan yang masih baru, dia cukup bimbang kalau hati Yara beralih arah kepada Hanania Widad Wazir.

“Saya booking diri saya untuk awak. What I need from you... is patience.” - Yara

“Saya sudah lama menunggu, kalau hanya untuk sebulan lagi, saya masih boleh menunggu. Lagipun pejam celik, pejam celik, dah sebulan. Saya harap nanti awak bawa balik jawapan untuk saya, jangan tinggalkan harapan.” - Onn

Soal hati, susah untuk dimengertikan. Yara cuba untuk tidak memilih, tetapi... kalau dia dipilih, macam mana? Sewaktu berada di Kalimantan, hatinya sudah mula berbelah bagi. Karakter Hanania Widad, mula meragut hati. Habis, macam mana dengan Onn? Susah untuk mematahkan hati orang. Baik patahkan tulang sebab tulang ada 206 batang dalam badan, tapi hati dalam badan cuma hanya satu.

“I already make my decision. I choose you.” - Hanania

Kalaulah pilihan itu hanya sesenang memilih kopi dan teh. Mana satu yang akan dipilih?

Cda 1/22/2019 12:48:00 pm
Read more ...

Review :
3/5 rate. Fazri, seorang usahawan muda terpikat dengan Fazira, anak seorang imam. Selepas beberapa pertemuan, akhirnya Fazri dan Fariza ditunangkan atas persetujuan dari kedua orang tua mereka kerana masing-masing mempunya kisah lama yang sangat kuat, bersahabat baik!

Kisah yang lalu membuatkan Fazira tidak mahu berkahwin dengan Fazri, namun Fazri terlalu mencintai wanita itu. Tanpa pengetahuan Fazira, Fazri sudah mengetahui kecacatan yang dialami bakal isteri beliau. 

Kebahagian yang dirasai mula diganggu gugat dengan kemunculan orang ketiga, Erin. Fazira dimadukan tanpa rela. Namun, cinta Fazri kukuh menjadi milik Fazira. Dalam kekalutan itu, kemunculan Fikri merawat hari Fazira yang rawan.

Pelbagai dugaan hinggap dan pergi, akhirnya Fazira sedikit demi sedikit mengenali sisi lain suaminya, Fazri. Kehidupan mereka bahagia ditambah dengan kehadiran kembar dan Fazira sangat mengasihi anak-anak mereka walaupun bukan dari darah dagingnya. (baca: 21&22-Jan-19)


Cda 1/22/2019 09:42:00 am
Read more ...
Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tiada lupa pada yang ditinggalkan.
Cda 1/22/2019 08:18:00 am
Read more ...

Review :
3/5 rate. Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”
“Jo..”
“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT.

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!

Cda 1/21/2019 11:55:00 am
Read more ...
Bersiar-siar / berjalan-jalan
Cda 1/21/2019 08:17:00 am
Read more ...
Membuat sesuatu pekerjaan dengan terpaksa
Cda 1/20/2019 08:30:00 am
Read more ...

Review :
3/5 rate. Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Cda 1/19/2019 12:58:00 pm
Read more ...

Review :
2/5 rate. Adriyana, pelajar kolej yang easy-going dan selalu blur. Mendapat keputusan peperiksaan yang sangat teruk. Pensyarah sudah mengamuk. Untuk menamatkan pengajian, Adriyana perlu belajar di bawah seorang tutor, Hakimi. Pesan BFF-nya, Rita Rudani dan Rafiq, jangan dekati lelaki itu. Hakimi adalah raksasa!

Perlahan-lahan Adriyana berubah. Dia dipaksa menyertai Kelab Pemerhati Bintang Amatur yang presidennya adalah Hakimi. Pelajarannya juga semakin baik. Adriyana tidak nampak di mana ‘raksasa’nya Hakimi itu.

Sehinggalah kemunculan Teelofa. Pada suatu hari, segala-galanya berubah. Hamiki Adam Song tiba-tiba hilang.

Enam tahun kemudian, Adriyana menerima poskad mister. Sepertinya Hakimi muncul kembali. Dan bersama-sama harapan untuk menemui Hakimi semula, nyawa Adriyana pula terancam. Ada orang mahu membunuhnya. Misteri zaman kolej mula terungkap. Siapa sebenarnya Hakimi, dan ke mana dia menghilang selama ini?

“Polaris tetap berada di langit utara. Kalau tiba-tiba saja ia hilang, pasti ada hijab yang menghalang kita daripada melihatnya di langit.”

Cda 1/19/2019 11:54:00 am
Read more ...
Berat sebelah
Cda 1/19/2019 11:29:00 am
Read more ...
Tetap hati dan bersugguh-sungguh
Cda 1/18/2019 08:29:00 am
Read more ...
 

“Hangpa dua nanti lepas kahwin duduk dengan mak ayah na. Rumah ni kan besar, semua barang dah ada. Lagipun nanti sunyi ja bila rumah tadak sapa”

Tinggal dengan mak ayah bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga ni sesuatu yang mudah dan dapat jimat bayar rumah sewa, serta barang keperluan pun sedia ada. Cuma topup sikit-sikit untuk keperluan harian.

Namun ada kalanya hangpa kena pikir sehabisnya sebelum membuat keputusan untuk tinggal serumah dengan mak ayah mahupun mak ayah mertua. Ini bukan hasutan. hee

Sebab Jangan Duduk Serumah Dengan Mentua Atau Mak Ayah Lepas Berkahwin

- Isu Aurat
Dalam budaya dan agama kita, isu aurat adalah isu yang tidak wajar dipandang remeh. Apabila tinggal serumah dengan orang lain, si isteri terutamanya, tidak mempunyai kebebasan untuk berpakaian sebebasnya, walaupun bertujuan untuk dilihat oleh suami saja. Lebih-lebih lagi jika ada ipar yang tinggal bersama, kenalah bertudung sepanjang masa. Nak keluar masuk bilik air pun rasa segan, apatah lagi nak bersantai tengok TV dengan pasangan.

- Kurang Privasi
Zaman bercinta tidak sama dengan kehidupan selepas berkahwin. Walaupun bercinta berpuluh tahun, namun tinggal serumah dengan pasangan adalah sesuatu yang berbeza. Bila dah tinggal serumah ni, hal-hal kecil pun boleh menimbulkan persoalan, kemarahan, pergaduhan, atau rasa sakit hati. Jika semuanya berlaku di rumah sendiri, lebih mudah diatasi kerana hampa punyai ruang dan privasi sendiri untuk menjiwai serta memahami perasaan pasangan dengan lebih mendalam.

- Tak Dapat Belajar Berdikari
Orang kata, shu tak kata. Selagi hangpa belum pernah pindah dari rumah mak ayah, bayar sewa rumah, bil, makan minum, dan keperluan sendiri, selagi itulah hangpa belum benar-benar belajar untuk berdikari. Semua pengalaman dan kesusahakan inilah yang akan mengajar hangpa erti tanggungjawab serta selok-belok kehidupan yang sukar didapati bila menumpang di rumah orang.

- Senang Berlaku Salah Faham
Hanya dengan cara jelingan mata, bahasa tubuh, dan gerak-geri, salah faham boleh berlaku antara ahli di dalam rumah. Sekalipun tiada sebarang maksud atau mesej yang ditujukan, begitulah mudahnya salah faham boleh berlaku.

- Sukar Membuat Keputusan
Rasa serba-salah akan sentiasa membelenggu diri apabila ada keputusan yang perlu dibuat, sama ada nak dahulukan ibu ayah/mentua atau pasangan. Kadang-kadang, kita pun tak perasan bahawa tindakan kita ada menyakitkan hati mereka atau buat salah seorang daripada mereka rasa tersinggung.


Tanggungjawab Terhadap Ibu Ayah Tetap Tidak Dilupakan
Pertimbangkan prioriti atau keutamaan hangpa dalam membuat keputusan untuk bawa pasangan tinggal serumah dengan ibu ayah atau mentua. Bukannya mahu melarikan diri daripada tanggungjawab menjaga ibu ayah, tapi fikirkan semula adakah kita yang menjaga mereka atau sebaliknya?

Cubalah hadapi kesusahan sendiri dan mulakan hidup hangpa di rumah berasingan walaupun terpaksa mengikat perut dan berjimat cermat.

Apapun, sekiranya keadaan betul-betul memerlukan hangpa untuk tinggal bersama kedua ibu bapa mahupun mentua, fahamkan cabaran yang bakal dihadapi dan buat persediaan mental. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil sebab ada juga pasangan yang bahagia apabila tinggal serumah dengan ibu bapa atau mertua.

Yang penting, sentiasalah berkomunikasi dengan sihat sesama ahli dalam keluarga dan bersedialah untuk bertolak-ansur sesama anda. Mudah-mudahan, semuanya elok-elok saja.

Cda 1/17/2019 05:33:00 pm
Read more ...

Review :
3.2/5 rate. “Aku tak peduli siapa pun dia. Aku nak berkenalan sangat dengan perempuan yang berjaya buat Am lupa pada Tuhan dia sendiri.” - HAIL HAIYAN.

Kesengsaraan yang dialami oleh adiknya memaksa Hail Haiyan menjadi seorang pendendam. Melihat adik kesayangan terseksa bukan impiannya. Jadi, dia harus melakukan sesuatu. Sesuatu yang dapat membela nasib adiknya.

Lantas, gadis bernama SUFI AWLIYA diheret untuk bertemu dengannya. Gadis yang dipercayai menjadi penyebab adiknya merana kini berada di hadapan mata. Namun, gadis itu keras menafikan.

“Mungkin saya punca semua ini berlaku, tapi bukan saya yang menyebabkan Am merana sampai begini sekali. Tuan pekakkan telinga untuk mendengar penjelasan saya dan tuan butakan mata hati tuan untuk kenal siapa saya yang sebenarnya. Tuan memang zalim!” - SUFI AWLIYA.

Demi keselamatan keluarga, rasa tanggungjawab terhadap sahabatnya dan yang paling utama demi sebuah kebenaran, Sufi Awliya sanggup menjadi tawanan Hail Haiyan! Namun, Hail Haiyan tiba-tiba nanar. Dendam yang menggunung, ranap dalam sekelip mata apabila kebenaran tersingkap. Dia terperangkap dalam jerat yang diciptanya sendiri. Dia jatuh cinta tanpa menyedari bila rasa itu hadir!

“Kalau pun antara kita tiada yang mengikat, saya akan cari cara untuk terus ikat awak dalam hidup saya. Saya takkan mengalah. Awak dah masuk dalam kehidupan saya dan saya akan pastikan awak akan terus terperangkap di sini.” - HAIL HAIYAN.

“Apa yang awak rasakan itu bukan cinta tapi perasaan bersalah. Rasa bersalah yang buat awak percaya itu cinta!” - SUFI AWLIYA.

Hail terus mengejar sedangkan Sufi cuba menghindar. Wujudkah cinta buat lelaki itu saat dirinya dijadikan cagaran untuk sebuah dendam? Adakah cinta berkuasa melenyapkan segala rasa dendam atau cinta hanya dijadikan cagaran untuk terus berdendam?

“Cinta memberi kekuatan bukan melemahkan. Cinta yang melebihi segalanya, itu bukan cinta. Itu kegilaan!” – SUFI AWLIYA.


Cda 1/17/2019 11:35:00 am
Read more ...
Yang kuat dapat dikalahkan oleh yang lemah.
Cda 1/17/2019 11:20:00 am
Read more ...
lebih seminggu blog dibiarkan bersawang, harini kami nak kongsi sedikit info berkenaan kesihatan. marilah kita sama-sama amalkan gaya hidup yang sihat.


1. Elakkan makanan lemak berlebihan



2. Elakkan makanan sejuk



3. Banyakkan minum air pada waktu siang



4. Tidurlah selama 8 jam



5. Urutlah tapak kaki awak dengan minyak sebelum tidur



6. Keraplah guna bawang merah



7. Kurangkan minum air pada waktu malam



8. Gantilah makanan ringan dengan sayur-sayuran



9. Kosongkan pundi kencing awak sebelum tidur



10. Keraplah guna kacang pea



11. Keraplah kumur dengan minyak bijan



12. Keraplah guna jus lemon



13. Keraplah guna lada hitam



14. Elakkan merokok



15. Elakkan garam berlebihan



16. Keraplah makan pudina


photo : facebook


Cda 1/17/2019 09:10:00 am
Read more ...

Review :
3/5 rate. Lisa adalah gadis biasa. Tiada istimewa pada dirinya. Dia hanya punya angan-angan dan doa. Dia mahu jadi cinderella yang sentiasa punya pari-pari membantunya tatkala dia berada dalam kesusahan. Namun, Lisa tahu itu mustahil. Kuasa tuhan mengatasi segala keajaiban di muka bumi.

Tuhan mendengar doa Lisa. Berkat kejujurannya tatkala bekerja sambilan, dia diberi ganjaran menyambung pengajian di Kolej Universiti Malaysia. Di sana sgala-galanya bermula. Hidup Lisa diduga.

Dia dihambat dan dibuli seorang jejaka yang dipanggil 'anak raksasa'! Mengapa Farid dipanggil anak raksasa? Mengapa pula Farid menggelar Lisa sebagai 'nenek kebayan'?

Itulah terjadi apabila gadis yang biasa-biasa sahaja bertemu dengan jejaka luar biasa!
Cda 1/16/2019 11:29:00 am
Read more ...
Kebaikan dihargai dengan kejahatan.
Cda 1/16/2019 08:21:00 am
Read more ...

Review :
3/5 rate. BERMULA dari satu cabaran, Ikmal bertekad untuk memikat Mia Sarah. Niat asalnya sekadar main-main tetapi hatinya pula yang terpikat dengan gadis kampung tersebut. Namun, gadis itu cukup payah untuk dilembutkan hatinya sekaligus membuatkan Ikmal berusaha memenangi sekeping hati milik Mia sarah.

“Nak buat apa saya beri dekat orang lain? Saya tak suka orang lain, saya suka awak. Sebab tu saya nak bagi dekat orang yang saya suka. Orang yang saya sayang.” - IKMAL

“Hesy... Awak jangan merepek boleh tak? Siapa yang sukakan awak?” – MIA SARAH

“Awaklah, Cik Mia Sarah.” - IKMAL

“Perasan...” – MIA SARAH

“Saya memang perasan pun.” - IKMAL

Cinta tidak boleh dipaksa namun Ikmal sering kali memaksa. Penolakan cinta dan tragedi dia dimalukan oleh Mia Sarah membuatkan Ikmal sanggup melakukan tindakan di luar batas. Tindakan yang didorong atas rasa malu dan dendam. Namun, perasaan bersalah tiba-tiba terbit dalam hatinya dan perasaan sayang pula makin bercambah. Kesalahan besar yang dilakukan harus ditebus. Mia Sarah wajib dinikahinya walau dengan apa cara sekalipun.

“Abang cuma manusia biasa, Mia. Dan sebagai manusia biasa, abang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Maafkanlah abang. Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya. Takkan Mia begitu keras hati tak ingin memaafkan abang? Abang akui kesilapan yang pernah abang buat tu. Please forgive me…”- IKMAL

“Saya pun manusia biasa juga. Dan sebagai manusia biasa, cukup susah untuk saya melafazkan maaf. Macam yang pernah awak cakapkan dulu, sorry seems to be the hardest word. Saya takkan maafkan awak sampai bila-bila. Awak telah menyakitkan saya. Saya takkan lupa apa yang awak pernah buat pada saya. Takkan pernah lupa...” – MIA SARAH

Keadaan menjadi lebih parah apabila Mia Sarah disahkan menghidap skizofrenia. Ikmal menjadi serba salah dan menyesal. Adakah semua yang berlaku ini berpunca daripadanya? Berjayakah Ikmal membuka pintu hati Mia Sarah? Dapatkah Mia Sarah memaafkan kesalahan besar yang dilakukan oleh Ikmal?


Cda 1/15/2019 11:59:00 am
Read more ...

Review :
3/5 rate. Kesat air matamu, Jelita! Orang yang sepatutnya menangis, Asfahan. Dia harus menjilat setiap dosa yang dia tinggalkan buatku. Luka ini terlalu lama. Kini, masa untuk melunaskan dendam. Bukan lagi meratap tangis. – Jelita

Aku ingin merasainya. Aku amat merinduinya. Biarpun hatiku telah digilis berkali-kali, aku tetap menyimpanmu jauh di sudut hati. Aku teringin menjadi yang dicintai dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Berikan aku sedikit cinta… - Lara

Adakah ini balasan yang adil buat aku? Ya ALLAH… sungguh aku manusia berdosa. Bila cinta itu masih boleh dipupuk, aku sia-siakan. Bila cinta itu jadi dambaan, aku ditolak seperti sampah yang kian membusuk! Maafkan aku kerana tidak mampu berhenti daripada terus mencintai kau! – Asfahan


Cda 1/15/2019 11:58:00 am
Read more ...
Orang kecil mahu menjadi orang yang hebat
Cda 1/15/2019 11:28:00 am
Read more ...

Sinopsis:
3/5 rate. Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.

Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.

Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?

Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida? (baca :13&14-Jan-19)

Cda 1/14/2019 09:27:00 pm
Read more ...
Menanggung malu akibat sesuatu kejadian.
Cda 1/14/2019 03:17:00 pm
Read more ...
Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara
Cda 1/13/2019 07:28:00 am
Read more ...
Semangat atau perasaan tidak sabar
Cda 1/12/2019 08:27:00 am
Read more ...

Review :
3/5 rate. Putus tunang, difitnah di pejabat dan kemudian abah tercinta meninggal dunia... semua dugaan ini datang bertimpa-timpa. Chempaka membawa diri mencari sesuatu yang berharga demi amanah yang dinotakan dalam diari arwah abahnya.

Di Vila Vanessa, dia dipertemukan semula dengan datuk yang tidak pernah dikenali. Dia mahu Tuan Basir menerimanya sebagai cucu dan memaafkan segala kesilapan silam arwah abahnya yang menyebabkan mereka terpisah.

Walaupun Tuan Basir membenarkan dia tinggal di situ, layanan yang diterima sangat dingin. Mujur ada Mak Kiah. Pembantu rumah itu sangat baik. Tetapi dia sering bertikam lidah dengan cucu angkat datuknya, Zafrie. Ada saja yang hendak digaduhkan. Padahal di hati lain dengan apa yang diluahkan di bibir.

Sejak Chempaka tinggal di vila itu, banyak kejadian sabotaj berlaku. Seolah-olah ada seseorang mahu dia berambus. Malah, mahu membunuhnya! Siapa yang memusuhinya? Sedangkan dia mula bahagia berada di vila itu.


Cda 1/11/2019 12:57:00 pm
Read more ...
Mudah mencampurkan sesuatu hal yang tidak baik jika diperdekatkan.
Cda 1/11/2019 08:26:00 am
Read more ...

Sinopsis :
Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?
Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?
Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?
Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? 
Saya ada penyelesaiannya...
Orang untuk disewa!
Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
Anytime, Anywhere... I’ll be there.

Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.

“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.

“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.

Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?

Review:
3/5 rate. Memandangkan baru bulan Nov haritu novel ini telah diterbitkan dalam bentuk drama. Terbaik dan sangat menarik hati. (baca : 10&11-Jan-19)


Cda 1/10/2019 11:22:00 am
Read more ...
Kurus akibat sering melahirkan anak / seseorang yang dibenci oleh masyarakat.
Cda 1/10/2019 08:25:00 am
Read more ...

harini kami nak bagitau sesi blogwalking tak sempat sehari dua ini kerana kesihatan kami kian merosot. sakit kepala, sakit kepala, sakit kepala. itu sajalah yang selalu terpampam di dada buku rekod kesihatan kami. kebetulan bekalan ubat sudah habis, terus ke klinik untuk dapatkan ubat.

seawal pagi sudah terpacak didepan klinik, namun orang sudah ramai beb. agaknya musim berpenyakit, tunggu dengan sabar, sebab kami sudah request nak doktor kesukaan kami. tiba no giliran kami dipanggil. yes, seperti biasa check tekanan darah semuanya normal. seperti yang diminta, doktor terangkan satu persatu. semua OK! kecuali tekanan gula dalam darah.

Dapat refer letter ke KPJ. alhamdulillah semuanya dipermudahkan. call general line KPJ, dan terus disambungkan ke bahagian Neurologist, kemudian siap dengan date appointment. hanya dengan call. Terima kasih staff KPJ yang telah memudahkan urusan kami tadi.

Settle semua, masuk office. huhu


Cda 1/09/2019 12:12:00 pm
Read more ...

Review :
2/5 rate. ANDREA menjadi yatim piatu dek musibah yang tidak terduga. Dia diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga kaya. Dia terpaksa akur pada nasib yang menimpanya. Berbekalkan semangat yang kental, dia berjaya ke Dublin untuk mengejar cita-citanya sebagai doktor. Namun dalam mengejar cita-cita, dia dikejar oleh cinta yang tidak diundang. Ketika berada di persimpangan antara cita-cita dan cinta, dia terpaksa memilih cinta. Andi amat mencintainya. Tepatkah pilihannya itu sedangkan Ricky sentiasa menggamit memori lama?

Ricky nekad untuk menjejaki Andrea kerana amat merindui gadis itu. Namun usahanya sia-sia. Dia pulang dalam kehampaan. Malang sekali, kepulangannya menjadikan dia lelaki tempang dan menderita sakit mental. Kenapakah begitu berat hukuman yang diterimanya hanya kerana menyimpan cinta terhadap Andrea?

Yuli pula menyimpan perasaan benci dan cemburu terhadap Andrea semenjak gadis itu dipelihara oleh papanya. Dia menuntut Andrea ganti rugi segala perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membiayai pengajiannya dan juga atas kematian papanya. Ganti rugi itu adalah anak perempuan dan suami Andrea.

Sanggupkah Andrea melepaskan suaminya, Andi yang juga bekas kekasih Yuli dan anak mereka?


Cda 1/09/2019 11:52:00 am
Read more ...
Orang harapan di dalam sesuatu pertandingan
Cda 1/09/2019 07:24:00 am
Read more ...
Seseorang yang membuat kejahatan akhirnya akan dapat malu.
Cda 1/08/2019 01:23:00 pm
Read more ...
Review :
3/5 rate. Ellina Azura Abdullah, kisah anak gadis yang tidak tahu asal usulnya, sering terluka dengan pelbagai tohmahan. Paling perit tohmahan dari ayah angkat. Mujur dianugerahkan ibu, abang dan kakak angkat yang baik, Hajah Maisarah, Emran, Elliza, dan Ehsan.
Ehsan yang pada mulanya abang angkat, sudah terangkat. Masing-masing mula mencintai apabila mengetahui status Ellina. Namun percintaan mereka ditentang hebat oleh ayah angkat, Haji Idris.

Tindakan Ellina menjauhkan diri daripada Ehsan yang disangkakan jalan penyelesaian, menyebabkan Ehsan berjauh hati dan menerima cadangan ayahnya untuk menjodohkan Ehsan dengan Aqilah, gadis yang dikenali Haji Idris.
Namun setelah Ehsan bertunang, Ellina bertemu Shahrul dalam misi pencarian ayah kandungnya dipantai barat. Pertemuan yang tidak disangka itu, menambah sakit di dalam hati Ellina dengan penipuan Shahrul, kerana Shahrul sudah berkahwin.

Tertumpah kasih pada Faye, anak kepada Hanna menyebabkan Ellina bersetuju untuk berumah tangga bersama Hanna, sekaligus membuahkan bibit cemburu kepada Ehsan. Setelah apa yang terjadi, akhirnya Ehsan ditimpa kecelakaan. Semoga Ellina tabah. (baca: 7-8 Jan 19)

Cda 1/08/2019 10:21:00 am
Read more ...
Lebih diberi, lebih banyak lagi yang diminta
Cda 1/07/2019 11:28:00 am
Read more ...

Sinopsis
Tiga tahun. Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa. “Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Saya tak tahu apa salah saya.” - Aatiq “Sampai aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita. Dan, kalau kau nak tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.” - Raqib Tangan Aatiq berlumuran darah. Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu hilang. Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka? Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain yang muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul tanpa disangka. “Kedai kau, tapi kenapa aku kena bayar gaji kau?” - Aatiq “Sebab, kau nanti jadi Mrs. Shafiq.” - Shafiq Kata abah, Raqib sepatut ada dengan Aatiqnya. Tapi, kesakitan Raqib dan Aatiq kali ini bukan lagi sakit yang biasa bila Raqib tak mampu menahan Aatiqnya pergi.

Review
4/5 rate. Di awal nya pelik bila Raqib berdendam gila dengan Aatiq, sementara Aatiq langsung tak mengenalk Raqib. Namun lama-kelamaan perasaan itu bertukar kepada sebuah cinta. setelah kehilangqn Aatiq ke luar negara,  menjadikan Raqib bermuhasabah akan dirinya. Ketentuan Illahi, akhirnya mereka bertemu kembali dengan perasaan cinta yang tiada noktahnya. agak menyedihkan disaat Aatiq menerima setiap tohmahan terhadap diri.   (read : 3-5 Jan 19)
Cda 1/06/2019 11:53:00 am
Read more ...
Maksud :

Orang yang berkemampuan akan dapat mencapai sesuatu hajatnya.


Cda 1/06/2019 08:51:00 am
Read more ...
Maksud:
  1. Menghadapi masalah yang sulit. 
  2. Berada dalam situasi ataupun keadaan serba salah.

Cda 1/05/2019 08:03:00 am
Read more ...
Apa Tujuan Simpan Kuku Panjang?
Selalu sangat terserempak dengan kaum hawa berkuku panjang. Sengaja disimpan panjang. Ada juga yang potong tepi tapi tengah-tengahnya dibiarkan tajam. Kononnya cantik bila runcing.

Dia punya panjang, sampai terpaksa berusaha keras untuk tekan keyboard telefon bimbit. Salah tekan, terus typo. Nak tekan saya, jadi sayang. Jeng!

Ada juga kaum lelaki yang simpan kuku panjang di sesetengah jari. Tak tahulah apa tujuannya. Yang saya tak dapat bayang macam manalah waktu nak beristinjak dalam keadaan kuku panjang. Habis calar balar. Boleh bayang tak? Dah, dah tak payah bayang lagi.

Kuku ini kalau disimpan panjang, lebih kurang sama rupanya macam haiwan karnivor (maging). Alah haiwan pemangsa yang makan daging macam singa, harimau. Kan kuku panjang.

Baiklah, mari kita lihat hukumnya.

Hukum Memotong Kuku

Fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa memotong kuku adalah sunnah daripada sunnah fitrah manusia. Disunatkan bagi setiap orang muslim menjaga kebersihannya dengan baik. Hukum ini sama sahaja, terpakai kepada lelaki mahupun wanita.

Dalilnya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: “الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ”

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Dari 5 sunnah fitrah ialah khitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan memotong misai.”
[Hadis Riwayat Ibn Majah, no.292]

Juga hadis yang mengingatkan agar tidak membiarkan kuku panjang hingga lebih empat puluh hari.

وعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ، وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ، وَنَتْفِ الإِبِطِ، وَحَلْقِ الْعَانَةِ، أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ يَوْماً. رواه مسلم.

Daripada Anas Bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh hari.”

[Hadis Riwayat Bukhari, no.5889. Riwayat Muslim, no.257]

Boleh tak mahu kerat kuku, dikecualikan hanya ketika berlakunya peperangan sahaja.

Ini disebut pula dalam Kitab al-Fatawa al-Hindiyyah:

“Mengerat kuku adalah sunnah kecuali di masa peperangan, membiarkannya (ketika itu) adalah disunatkan.”

Beberapa hukum berkenaan kuku yang boleh kita ambil perhatian:

• Cara memotong kuku, sebaiknya dimulakan mengerat kuku tangan kanan terlebih dahulu barulah kiri. Begitu juga untuk kaki, hendaklah dimulakan dengan kaki kanan.

Sebagaimana apa yang Rasulullah SAW selalu ajarkan agar mulakan sesuatu dari sebelah kanan:

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: إِنْ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِي طُهُورِهِ إِذَا تَطَهَّرَ، وَفِي تَرَجُّلِهِ، إِذَا تَرَجَّلَ، وَفِي انْتِعَالِهِ إِذَا انْتَعَلَ

Daripada Saidatina ‘Aisyah r.a: “Rasulullah SAW lebih suka menggunakan sebelah kanan dalam urusan-urusan beliau; dalam bersuci, menyikat dan memakai sandal.”

[Hadis Riwayat Bukhari, no.231. Hadis Riwayat Muslim, no.268]

• Dilarang mengerat kuku bahagian tepi, dan meninggalkan bahagian tengah hingga kelihatan tajam dan meruncing kerana ia akan menyebabkan terkumpulnya kotoran.

[Sabah al-Samarrai’ (Dr.), hlm.76. Al-Farghani, jil.3, hlm.411]

• Makruh mengerat kuku menggunakan gigi. Hendaklah menggunakan pengepit kuku. Al-Farghani menyebut bahawa mengerat kuku menggunakan gigi antara punca menyebabkan penyakit.

[Nizamuddin, jil.5, hlm.358]

Islam itu indahkan? Cantik sangat. Hinggakan bab potong kuku pun diajar Rasulullah SAW.

Hikmahnya Potong Kuku

1. Mengerat kuku adalah bersesuaian dengan fitrah manusia yang sempurna. Ia juga adalah sunnah Rasulullah SAW. Bila sunnah, sudah pasti akan ada pahala menanti.

2. Bila dibiarkan panjang, maka akan terkumpullah segala sisa-sisa kekotoran biarpun dah bersihkannya. Kita mana nampak kumankan? Sudah tentu akan mendatangkan penyakit nanti. Bayangkan lagi, dengan kuku yang panjang itu diulinya tepung buat kuih dan roti canai. Padukan? Diramas-ramas pula santan pekat putih berubah jadi kelabu. Bayangkanlah kita makan makanan tu. Erk!

3. Bila kekotoran terkumpul, menghalang untuk kita bersuci sempurna (mandi hadas dan wudhuk) hingga sampai air ke lapisan kuku.

4. Mengelakkan orang Islam sama semacam orang fasik dan kafir dan juga semacam binatang buas.

Jadi… pesanlah kepada kawan-kawan, adik-beradik, saudara-mara yang simpan kuku tu. Tak cantik pun simpan panjang. Kitakan manusia. Potonglah, jangan tunggu panjang tau. Boleh tolong share dan tag ya.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita semua.
Cda 1/04/2019 06:23:00 pm
Read more ...
Maksud :

Tidak ada pengalaman.




Cda 1/04/2019 07:05:00 am
Read more ...

Sinopsis :
Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia

“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial

“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri? 


Review :
4/5 rate. Dahlia seorang gadis yang ditinggalkan oleh tunang, Syafiq dihari pernikahan telah menerima Aariz didalam hidupnya (abang kepada Syafiq). Di awal perkahwinan mereka, sifat ingin mengenali satu sama lain menerbitkan satu perasaan yang indah. Tanpa sedar, masing-masing terpaut antara satu sama lain. Namun kepulangan Syafiq setelah agak lama menghilang diri telah sedikit sebanyak mengganggu-gugat keharmonian rumah tangga Aariz dan Dahlia. Pelbagai dugaan datang kerana perasaan sakit hati Syafiq terhadap Aariz. Hampir saja membuatkan mereka kehilangan ibu sendiri dan Dahlia mungkin terkorban. (baca : 2&3-Jan-19)


Cda 1/03/2019 05:56:00 pm
Read more ...

Sengkuang atau nama botaninya Pachyrhizus erosus tergolong dalam kategori sayuran. Rasanya manis dan sedikit berkanji. Sengkuang boleh dimakan secara mentah atau dimasak melalui cara goreng kilas, dibuat sup atau dicampur dengan makanan laut mahu pun daging. 

Di Malaysia, sengkuang dimakan bersama buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah. Ada juga yang memakan sengkuang dengan meletakkan sos dan menabur kacang hancur di atasnya. Tahukah anda, sengkuang banyak khasiatnya jika dimakan begitu sahaja. Berikut adalah kebaikan sengkuang. 

Merangsang Pencernaan Lebih Baik 
Sengkuang mengandungi sejumlah kandungan inulin. Inulin dikenali dengan kemampuannya menyembuhkan perut menentang keradangan. Manakala serat yang terdapat dalam sengkuang dikatakan mampu membantu menyerap zat yang masih ada dalam usus agar tubuh mendapat kebaikan daripadanya. Dengan memakan sengkuang, anda dikatakan mampu mencegah sembelit kerana terdapat kandungan serat yang tinggi di dalamnya. 

Merendahkan Tahap Kolesterol 
Serat yang terdapat dalam sengkuang dikatakan mampu mencegah usus daripada menyerap terlalu banyak kolesterol sekaligus mengurangkan pengambilan harian kolesterol oleh tubuh. Lebihan kolesterol itu akan keluar melalui air kencing. 

Mencerahkan Kulit 
Dikatakan orang Cina zaman dahulu telah menggunakan sengkuang sebagai bahan penjagaan kulit. Sengkuang mengandungi bahagian vitamin C yang tinggi dan dikatakan mampu membuatkan tubuh menjadi muda semula. Selain dimakan begitu sahaja, dikatakan anda boleh mencampurkan sengkuang dengan kunyit dan hancurkan keduanya sebelum disapu pada parut di muka atau tubuh. Dikatakan jika sering melakukan cara ini sedikit demi sedikit parut akan berkurangan pada wajah. 

Mengekalkan Gula Dalam Darah 
Tahap gula yang tidak stabil boleh membahayakan kesihatan terutamanya jika anda menghidap diabetes. Mungkin sengkuang adalah ramuan yang paling baik untuk tahap gula tidak stabil bagi mencegah diabetes daripada berlaku. Ini kerana kehadiran inulin di dalam sengkuang dikatakan hampir tidak ada kalori dan boleh menahan keperluan gula yang diperlukan tubuh tidak melebihi jumlah yang diperlukan. Gula berlebihan itu akan keluar melalui bentuk air kencing. 

Menguatkan Sistem Imun 
Vitamin C yang terdapat dalam sengkuang katakan mampu membantu menyembuhkan sel-sel dan tisu dalam tubuh sekaligus mampu merangsang sistem imun. Kelebihan ini mampu membantu tubuh untuk menentang penyakit bahaya yang mampu merosakkan tubuh. 

Membantu Menentang Kanser 
Kehadiran antioksidan dalam sengkuang amat baik untuk tubuh dalam pelbagai cara. Dikatakan sifat-sifat antioksidan dalam sengkuang boleh menjadi kunci untuk menentang radikal bebas yang membawa kepada pembentukan sel kanser. 

Mengekalkan Metabolisma Yang Menyihatkan 
Kandungan nilai pemakanan dalam sengkuang membenarkannya memperbaiki metabolisme. Dalam sengkuang terdapat folat, riboflavin dan vitamin B kompleks yang dikatakan mampu menstabilkan perut daripada sebarang rasa sakit. Ia juga dikatakan mampu memecahkan zat untuk diserap ke dalam aliran darah dan melepaskan tenaga menjadikannya penting untuk perut. 

Merangsang Kehamilan Sihat 
Selalunya ketika hamil, wanita perlu mengambil pil folat yang diperlukan untuk pembesaran bayi secara sihat sepanjang tempoh kehamilan. Ibu hamil juga boleh memakan sengkuang sebagai cara semula jadi dalam memenuhi keperluan folat yang diperlukan tubuh kerana sengkung mengandungi folat. 

Melindung Daripada Skurvi 
Skurvi sering berlaku apabila tubuh kekurangan vitamin C. Tanda-tanda awal simptom kekurangan vitamin C ini agak teruk sehingga membolehkan mereka yang mengalaminya perlu mendapatkan rawatan daripada doktor. Simptom-simptom skurvi termasuklah rasa lemah, tangan dan kaki lenguh serta mengalami rasa sakit pada bahagian belakang. Memakan sengkuang dikatakan mampu mencegah keradangan pada bahagian tubuh tersebut. 

Mengurangkan Berat Badan 
Makanan kalori rendah amat penting untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan. Dikatakan 100 gram sengkuang mengandungi lebih kurang 35 kalori. Selain itu sengkuang tinggi kandungan air dan serat yang pasti membantu anda rasa kenyang lebih lama. Sengkuang juga boleh dijadikan snek terbaik bagi mengurangkan selera makan dan menahan rasa teringin makan tanpa menambah sebarang berat badan atau kehilangan sebarang kebaikan nilai pemakanan.


Cda 1/03/2019 07:39:00 am
Read more ...