Sinopsis:
Tiga tahun. Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa. “Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Saya tak tahu apa salah saya.” - Aatiq “Sampai aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita. Dan, kalau kau nak tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.” - Raqib Tangan Aatiq berlumuran darah. Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu hilang. Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka? Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain yang muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul tanpa disangka. “Kedai kau, tapi kenapa aku kena bayar gaji kau?” - Aatiq “Sebab, kau nanti jadi Mrs. Shafiq.” - Shafiq Kata abah, Raqib sepatut ada dengan Aatiqnya. Tapi, kesakitan Raqib dan Aatiq kali ini bukan lagi sakit yang biasa bila Raqib tak mampu menahan Aatiqnya pergi.
Review :
4/5 rate. Di awal nya pelik bila Raqib berdendam gila dengan Aatiq, sementara Aatiq langsung tak mengenalk Raqib. Namun lama-kelamaan perasaan itu bertukar kepada sebuah cinta. setelah kehilangqn Aatiq ke luar negara, menjadikan Raqib bermuhasabah akan dirinya. Ketentuan Illahi, akhirnya mereka bertemu kembali dengan perasaan cinta yang tiada noktahnya. agak menyedihkan disaat Aatiq menerima setiap tohmahan terhadap diri. (read : 3-5 Jan 19)
Rasanya pernah nampak karya Rehan Makhtar di kedai buku tapi saya tak pernah lagi beli karya beliau.
ReplyDeleteooo kira love story jugakla yang ni kan..
ReplyDeleteingatan Aatiq tu lelaki juga..