Perkara Penting Jika Tinggal Serumah Dengan Parents / Mentua Selepas Berkahwin

 

“Hangpa dua nanti lepas kahwin duduk dengan mak ayah na. Rumah ni kan besar, semua barang dah ada. Lagipun nanti sunyi ja bila rumah tadak sapa”

Tinggal dengan mak ayah bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga ni sesuatu yang mudah dan dapat jimat bayar rumah sewa, serta barang keperluan pun sedia ada. Cuma topup sikit-sikit untuk keperluan harian.

Namun ada kalanya hangpa kena pikir sehabisnya sebelum membuat keputusan untuk tinggal serumah dengan mak ayah mahupun mak ayah mertua. Ini bukan hasutan. hee

Sebab Jangan Duduk Serumah Dengan Mentua Atau Mak Ayah Lepas Berkahwin

- Isu Aurat
Dalam budaya dan agama kita, isu aurat adalah isu yang tidak wajar dipandang remeh. Apabila tinggal serumah dengan orang lain, si isteri terutamanya, tidak mempunyai kebebasan untuk berpakaian sebebasnya, walaupun bertujuan untuk dilihat oleh suami saja. Lebih-lebih lagi jika ada ipar yang tinggal bersama, kenalah bertudung sepanjang masa. Nak keluar masuk bilik air pun rasa segan, apatah lagi nak bersantai tengok TV dengan pasangan.

- Kurang Privasi
Zaman bercinta tidak sama dengan kehidupan selepas berkahwin. Walaupun bercinta berpuluh tahun, namun tinggal serumah dengan pasangan adalah sesuatu yang berbeza. Bila dah tinggal serumah ni, hal-hal kecil pun boleh menimbulkan persoalan, kemarahan, pergaduhan, atau rasa sakit hati. Jika semuanya berlaku di rumah sendiri, lebih mudah diatasi kerana hampa punyai ruang dan privasi sendiri untuk menjiwai serta memahami perasaan pasangan dengan lebih mendalam.

- Tak Dapat Belajar Berdikari
Orang kata, shu tak kata. Selagi hangpa belum pernah pindah dari rumah mak ayah, bayar sewa rumah, bil, makan minum, dan keperluan sendiri, selagi itulah hangpa belum benar-benar belajar untuk berdikari. Semua pengalaman dan kesusahakan inilah yang akan mengajar hangpa erti tanggungjawab serta selok-belok kehidupan yang sukar didapati bila menumpang di rumah orang.

- Senang Berlaku Salah Faham
Hanya dengan cara jelingan mata, bahasa tubuh, dan gerak-geri, salah faham boleh berlaku antara ahli di dalam rumah. Sekalipun tiada sebarang maksud atau mesej yang ditujukan, begitulah mudahnya salah faham boleh berlaku.

- Sukar Membuat Keputusan
Rasa serba-salah akan sentiasa membelenggu diri apabila ada keputusan yang perlu dibuat, sama ada nak dahulukan ibu ayah/mentua atau pasangan. Kadang-kadang, kita pun tak perasan bahawa tindakan kita ada menyakitkan hati mereka atau buat salah seorang daripada mereka rasa tersinggung.


Tanggungjawab Terhadap Ibu Ayah Tetap Tidak Dilupakan
Pertimbangkan prioriti atau keutamaan hangpa dalam membuat keputusan untuk bawa pasangan tinggal serumah dengan ibu ayah atau mentua. Bukannya mahu melarikan diri daripada tanggungjawab menjaga ibu ayah, tapi fikirkan semula adakah kita yang menjaga mereka atau sebaliknya?

Cubalah hadapi kesusahan sendiri dan mulakan hidup hangpa di rumah berasingan walaupun terpaksa mengikat perut dan berjimat cermat.

Apapun, sekiranya keadaan betul-betul memerlukan hangpa untuk tinggal bersama kedua ibu bapa mahupun mentua, fahamkan cabaran yang bakal dihadapi dan buat persediaan mental. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil sebab ada juga pasangan yang bahagia apabila tinggal serumah dengan ibu bapa atau mertua.

Yang penting, sentiasalah berkomunikasi dengan sihat sesama ahli dalam keluarga dan bersedialah untuk bertolak-ansur sesama anda. Mudah-mudahan, semuanya elok-elok saja.

6 comments:

  1. Bila satu bumbung.....semua (keseluruhan ibu bapa/mertua..adik beradik,ipar,biras)mesti bersedia...berlapang dada dan fikiran..sabar.

    ReplyDelete
  2. aida x tinggal serumah dgn parents or parents in law.
    sebab memang dari awal husband da prepare kan rumah sewa.
    adalah lebih baik berdikari di permulaan perkahwinan.
    tau erti susah. dgn anak kecik. gaji kecik. dan sebagainya...
    kecuali... anak tunggal la. yg ni pada aida, seharusnya stay dgn parents.

    ReplyDelete
    Replies
    1. shu pun hanya sempat tinggal 6bulan, kemudian berpindah. huuu

      Delete
  3. Sha tak duduk dengan parents ataupun in law.. Cuma tahun lepas sejak Ramadhan, Mak mertua duduk dengan kami.. Suami yang uruskan semua keperluan mak dia.. Alhamdulillah, mula-mula tu susah juga tapi bila dah lama-lama dah terbiasa.. Cuma sekarang ini harapnya dapat lah pindah rumah bawah.. senang nak bawa MIL keluar ke klinik atau berjalan.. MIL Sha kena gerak guna kerusi roda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak sha. dan insyaAllah semoga dapat pindah ke rumah bawah dipermudahkan.

      Delete