Hari Rabu yang lepas ulang alik depan tauhu telur. Nak buat, takut tak menjadi, tapi teringin sangat nak makan. huhu lepas dapatkan tips dari office-mate cara untuk masak tauhu ni, baru keyakinan tu ada. Balik rumah dah siap masak semua, rupanya anak dan suami i tak makan benda lembik-lembik.
Bahan-bahannya:
- Tauhu telur
- Bawang putih – cincang
- Serbuk lada hitam
- Udang / isi ayam
- Sos tiram – anggaran 2 sudu besar
- Cendawan shimeji / fresh shitake
- Lobak merah – hiris halus memanjang
- Daun sup – hiris
- Tepung ubi – bancuh dengan sedikit air (kalau nak ganti dengan tepung jagung pun boleh)
- 2 biji telur – pukul dengan garfu
- Garam
- Serbuk perasa (kalau suka)
Cara-cara :
- Potong tauhu telur seperti dalam gambar, dan gorengkan di dalam minyak yang panas, bila kekuningan baru alihkan supaya tauhu tadi tidak hancur. Sila berhati-hati kerana semasa menggoreng minyak akan terpercik. hihi
- Tumis bahan menumis hingga naik bau, masukkan udang/ayam dan serbuk lada hitam.
- Masukkan sos tiram, air dan cendawan dan tunggu hingga mendidih.
- Masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam.
- Tuang bancuhan tepung ubi sambil kacau kuah sup agar pekat.
- Masukkan tauhu tadi, kemudian perlahankan api. Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran. Biarkan beberapa saat, baru tutup api.
- Tabur daun bawang.
Kredit : Siraplimau
sedapnya
ReplyDeletesedap masa panas2. hehe
DeleteKak PC boleh makan tapi kena makan hangat-hangat..kalau dah sejuk tak boleh masuk tekak..memang sedap..halus je macam taufu fa kan....
ReplyDeleteaah kak, kalau sejuk tak tertelan rasanya.
Deletewahhhh.. sedap :)
ReplyDeletesedap.. hehe
Deletenak tanya.. kalo goreng dulu tauhu telur tu kenapa CT nye dia x jadi elok cemtu ?
ReplyDeleteada trick ke macam mana ? banyak kali cuba sebab suka. mesti hancur jadinya..
shu potong-potong mcm saiz gambar kat atas, lepas tu panaskan minyak biar sampai betul-betul panas, pastu masukkan tauhu ni agak tenggelam dalam minyak. biarkan dlu dah merah baru alihkan. lembut tekstur nya, shu alih perlahan-lahan.
Delete