Gulai Ikan Bawal


Malam tadi kami buat kari/gulai ikan bawal hitam bersama brendi. Alhamdulillah Sofia bertambah makan. Sekarang makanan kegemaran Sofia adalah ikan. 

Bahan Hirisan :
  • Bawang merah
  • Bawang putih
Bahan kisar (untuk menumis) :
  • Dua biji bawang besar size sederhana
  • 4 ulas bawang putih
  • Halba campur
  • Rempah kari
  • Daun kari
Bahan-bahan lain :
  • Ikan bawal hitam
  • Bendi
  • Tomato
Cara-Caranya :
  1. Tumis sampai wangi bahan tumis tadi dan masukkan rempah yg dikisar tadi dengan halba campur lagi secubit. Masak sampai pecah minyak.
  2. Dah pecah minyak masukkan santan. 
  3. Dah masukkan santan. Boleh masukkan sesudu besar asam jawa. 
  4. Dah mengelegak boleh masukkan ikan, garam dan sedikit gula, Kemudian, masukkan bendi, tomato.
  5. Siap Gulai Ikan Bawal


4 comments:

  1. Sedapnya.. kuah tu boleh cicah roti atau cekodok.. pergh..

    ReplyDelete
  2. ya Allah !! ini fevret ni. the best adalah yang arwah tok sediakan.
    tapi since dia xdak mana2 pun jadi sedap. ikan bawal fevret !!

    ReplyDelete