22021048 

Review :
2.5/5 rate.  Seorang gadis muda bernama Qistina Airisa. Mungkin terlalu muda dan belum cukup matang, banyak perangai yang beliau lakukan buat shu geram. 

Luqman Hakimi seorang bujang lajak, berminat dengan Qistina cikgu tempat anak buahnya belajar ke apa shu tak ingat. Seorang yang sabar dalam menambat hati budak belasan tahun. Atas wasiat ibu Qistina, mereka diijab qabul. 

Setelah beberapa kali baca baru nak hadam jalan ceritanya. Agak kurang menarik dengan watak yang dipegang Qistina. Blur ke terlalu muda sampai setiap keputusan yang dibuat, membuatkan shu "eh!". (baca 31 Jul 2019)


Cda 7/31/2019 11:41:00 am
Read more ...
Mempunyai cita-cita yang tinggi.
Cda 7/31/2019 08:12:00 am
Read more ...
Tidak ada yang sempurna sebenarnya.
Cda 7/30/2019 08:12:00 am
Read more ...
 
Review :
4/5 rate. Kerana satu amanat daripada arwah suaminya, Ku Azran, hidup Nur Sarah diserahkan sepenuhnya kepada Bonda Mariam dan Heritage. Namun kepulangan waris tunggal Heritage, Tengku Ammar Muiz, bekas adik iparnya dari pelarian dan secara tiba-tiba telah menyebabkan hidup Nur Sarah lintang-pukang.

Keadaan menjadi lebih parah lagi apabila Bonda Mariam membuat keputusan untuk menyatukan mereka berdua. Ku Ammar menentang dan Nur Sarah menolak. Tetapi kerana satu kesilapan dan demi Heritage, Ku Ammar dan Nur Sarah terpaksa akur. Kata-kata kesat digunakan tanda Ku Ammar langsung tidak bersetuju dengan perkahwinannya.

Nur Sarah pula hanya mampu bersabar dan bersabar... Demi amanat, dia kena kuat! Namun, belum dia temui kebahagiaan yang dicari, timbul pula isu Ku Ammar ingin mengahwini teman wanitanya, Lisanani. Hati isteri mana yang tidak terluka? Dek tidak mahu membiarkan Ku Ammar hanyut dalam dunia cintanya, Nur Sarah rela dimadukan! Sudah bermadu, hidupnya semakin sengsara dek madunya yang ingin membalas dendam.

Kerana fitnah yang ditaburkan oleh madunya sendiri, Nur Sarah pendamkan saja perasaannya yang mula tumbuh buat sang suami. Dia reda andai Ku Ammar melepaskan dia. Tapi pelik kenapa Lisanani beria-ia hendak menghalau Nur Sarah? Siapa Lisanani yang sebenarnya dalam hidup Ku Ammar? Tiadakah cinta buat Nur Sarah daripada suaminya? Kalau shu cerita ending dah tak surprise nak baca. hehehe (baca : Jul 2019)
Cda 7/29/2019 12:51:00 pm
Read more ...
Review:
3/5 rate. Hanya kerana salah faham, ego dan cemburu seorang lelaki bernama Khalish Ariq, Annur Qistina terpaksa menanggung akibatnya. Dia dimalukan di hadapan seluruh keluarganya tatkala Khalish tidak muncul pada malam pernikahan mereka. Kerana percayakan cerita Khalish, Qistina dihalau oleh ayah kandungnya sendiri.
Di pihak Khalish, biar kesalnya mencecah ke puncak gunung, namun semua itu belum mampu meraih keampunan Qistina. Kini Qistina bukan lagi si Barbie doll yang dahulunya lembut bicara, sang Barbie doll pujaan hatinya itu kini umpama singa yang terluka!

Cabaran kian getir buat Khalish apabila terpaksa bersaing dengan Fazwan Anuar sang CFO yang muncul dengan misi yang sama untuk menawan hati sang Barbie doll jelita. Khalish sedar pesaingnya bukan calang-calang orang, jadi dia perlu melakukan sesuatu jika mahu Qistina menjadi miliknya. Biar dihambur keras, langkahnya tidak akan goyah, dia rela! Lamaran dihulur kerana dia tahu di hati Qistina masih ada cinta untuknya disitu.

Qistina pula bingung, keliru. Mana satu yang harus dipilih? Kepada Joe, teman akrab yang paling memahami dihambur segalanya. Namun tanpa Qistina sedar, dalam diam temannya itu menyimpan rasa dan hasrat yang serupa. Rasa yang tidak pernah terzahir, hasrat yang tidak pernah terluah. (baca : 2019)
Cda 7/29/2019 12:44:00 pm
Read more ...

Review :
3/5 rate. Kisah Aufa yang dibesarkan oleh ibunya, manakala Qimie dibesarkan dirumah anak-anak yatim setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya semasa kecil. Pertemuan yang agak tragik buatkan mereka sering kali bertemu tanpa di duga. 

Kerana takut dengan kisah silam ditinggalkan ibunya, Qimie tidak mengambil berat terhadap Aufa dan kandungannya. Adik tiri Aufa yang sememangnya artis gedik mula menyebarkan gosip liar, dan menimbulkan cemburu dalam diri Aufa. Sampai satu tahap Qimie terlepas cakap dan Aufa membawa diri. 

Dalam keadaan sakit hendak bersalin, Qimie masih tidak pedulikan Aufa. Sehinggalah Aufa drive sendiri ke hospital untuk bersalin. Selepas bersalin, Aufa terus membawa diri ke Utara, dan kebetulan berjumpa dengan ibu Qimie.

Bila kebenaran terbongkar, Aufa yang dalam perjalanan untuk bertemu Qimie, terlibat dalam kemalangan. Hampir 90% terkorban. Qimie yang tahu, mulai menyesal kerana perbuatannya terhadap Aufa. Pengakhiran yang gimik sangat uolls..

Pengajaran yang kita dapat, past is past. Isteri amanah Allah, jagalah. (baca : 2019)

Cda 7/29/2019 11:50:00 am
Read more ...

Review :
3.5/5 rate. Kisah Zuyyin, seorang gadis sunti yatim piatu, tinggal bersama nenek dan datuk sehingga kehujung nyawa. Namun atas amanat dari arwah datuk yang meminta Akif berkahwin dengan Zuyyin, tanpa sedar telah menghancurkan satu hati, iaitu Aiman!

Aku jaga kau, jaga sampai kau mampu jaga diri sendiri…

Dengan dendam ibu mertua terhadap arwah ibunya, menjadikan Zuyyin bertambah perit. Tapi bagi Akif, datanglah sejuta dugaan sekalipun dia akan teguh untuk berdiri mempertahankan Zuyyin. Dan bagi Zuyyin sendiri, sejuta dugaan itu hanyalah sebahagian daripada prosesnya untuk menjadi isteri yang lebih baik untuk Akif.

Orang selalu cakap, sayang dan benci itu cuma dipisahkan oleh satu garisan halus, sangat halus hingga kita tak sedar yang orang kita benci itulah sebenarnya orang yang paling kita sayang. (baca : Jul 2019) 
Cda 7/29/2019 11:17:00 am
Read more ...
21854728 

Review :
3/5 rate. Kisah Sarah Nadya (Dhia) yang sangat berani bertemu degan Khalish Naufal kawan chatting di alam maya. Tanpa pengetahuan Naufal, Dhia sebenarnya bukan orang yang selalu berchatting dengan Naufal selama ni tapi si rakan sekerja Dhia, bernama Betty yang menggunakan akaun milik Dhia.

Naufal tahu Dhia bukan orang yang selalu chatting dengannya, dan dari situlah Naufal yang pada mulanya seperti Prince Charming menjadi Monster Beast kerana ingin tahu siapa Dhia yang sebenarnya. Dengan perangai Naufal yang kurang ajar buat Dhia tidak ingin bertemu Naufal lagi.

Disebabkan Dhia ingin melarikan diri dari Fariz, bekas kekasih aka abang tiri, membuatkan Dhia bertemu semula dengan Naufal. Tapi tidak disangka dari pertolongan tersebut membawa tragedi yang membuat Dhia hilang kesuciannya. Dhia disahkan mengandung. Naufal menyuruh Dhia menggugurkannya.

Dipendekkan cerita, shu geram dengan sikap Dhia yang keras hati. (baca : Jul 2019)

Cda 7/29/2019 10:52:00 am
Read more ...
Mencontohi kelakuan orang yang terdahulu.
Cda 7/29/2019 08:11:00 am
Read more ...
Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.
Cda 7/28/2019 08:11:00 am
Read more ...
Sedih kerana berasa tersinggung.
Cda 7/27/2019 08:10:00 am
Read more ...
Menaruh sayang kepada seseorang.
Cda 7/26/2019 08:09:00 am
Read more ...
Tipu muslihat yang amat halus.
Cda 7/25/2019 08:09:00 am
Read more ...
 
Review :
3/5 rate. Kisah bermula bila Zureen, si gadis ditawarkan kerja sebagai seorang jururawat peribadi kepada Syed Redza, seorang lelaki yang telah dikecewakan oleh bekas tunang dan abang angkat tunangnya terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan Syed Redza koma. Zureen terpaksa bersabar terhadap perangai Syed Redza yang panas baran. Setelah sebulan berkhidmat, Syed Redza menunjukkan perubahan yang positif. 
Tanpa Zureen sedari, Syed Redza menaruh hati terhadapnya. Setiap kali abang angkat Zureen,  menghubunginya, Syed Redza pasti akan merenung tajam Zureen dan melayan Zureen dengan kasar. 
Cuma kurang menarik bila part Zureen membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Syed Redza dan berjumpa dengan Lisa tanpa berbincang dengan kedua orang tua dan bakal mertua dia terlebih dahulu. (baca : 24-25 Jul 2019)
Cda 7/24/2019 11:57:00 am
Read more ...
Membuat perkara tidak pada tempatnya.
Cda 7/24/2019 08:08:00 am
Read more ...
Orang yang sangat dikasihi.
Cda 7/23/2019 08:08:00 am
Read more ...
Alhamdulillah badan kembali sihat sedikit setelah seminggu berehat dan berpantang di kampung. Harini masuk kerja dengan semangat dan niat yang baru. InsyaAllah.. Harini shu nak kongsi sedikit info mengenai bagaimana pengurusan jenazah janin yang gugur.

Imam al-Khatib al-Syarbini menyebut dalam kitab al-Iqna` (Hlm. 290) pada membicara kes mayat yang tidak dimandikan dan juga tidak disolatkan:

“[Janin yang gugur dalam keadaan tidak mengeluarkan suara] yakni tidak diketahui tanda hidupnya dan tidak jelas rupa bentuknya (seperti manusia). Tidak boleh untuk disolatkan ke atasnya dan tidak wajib memandikannya. Sunat pula menutupinya dengan kain dan mengebumikannya. Adapun jika diketahui hidupnya dengan suara atau selainnya atau jelas tanda-tanda kehidupannya seperti menggigil atau bergerak-gerak maka hukumnya seperti kanak-kanak yang besar maka wajiblah dimandikan dan dikafankan dan disolatkan ke atasnya, dan dikebumikan, kerana tanda hidup dan matinya telah wujud secara pasti. Jika tidak diketahui hidupnya tetapi terzahir rupa bentuk (sebagai manusia) wajib untuk mempersiapkannya (yakni dimandikan, dikafankan dan dikebumikan) tanpa solat. Solat berbeza daripada selainnya kerana selainnya itu lebih luas medannya daripada solat. Ini juga berdasarkan dalil bahawa kafir dzimmi boleh dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tetapi tidak disolatkan ke atasnya.”

Maka difahami daripada ibarat di atas ialah, seperti mana yang disebut oleh Syeikh Muhammad al-Zuhali dalam al-Muʿtamad (1/629-630) :

  1. Jika janin yang gugur itu diketahui hayatnya, seperti keluar suaranya, menangis, dan kemudian mati, maka hukumnya sama seperti orang dewasa. Wajib dimandikan, dikafankan dengan tiga helai pakaian, disolatkan, dan dikebumikan.
  2. Jika janin yang gugur itu bergerak-gerak, atau menggigil, yang menunjukkan tanda hidup, tetapi tidak mengeluarkan suara, maka diambil kira kemungkinan wujudnya kehidupan. Justeru, janin itu apabila mati maka ia dimandikan, disolat, dan dikebumikan, atas dasar berhati-hati.
  3. Jika janin yang gugur itu tidak zahir padanya tanda-tanda hayat, sama ada tidak cukup empat bulan dan tidak zahir padanya rupa bentuk insan, atau cukup empat bulan dan zahir padanya rupa bentuk insan tetapi tidak bergerak dan tidak mengeluarkan suara, maka tidak boleh disolatkan. Tetapi wajib dimandikan, dikafankan dengan potongan kain dan dikebumikan.
  4. Jika wanita itu keguguran dan keluar seketul daging maka tidak sabit hukum kelahiran biasa. Justeru, tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disolatkan, hanya aula (utama) untuk ditutup. 
 
Amil Safwan

Kami sampai kampung jam 12.40 tengah malam pada hari yang sama, janin selamat dikebumikan atas semua nasihat imam dekat kariah shu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Janin dikebumikan di dada sedara lain yang telah meninggal dunia di tanah berkuburan yang sama. Sebelum tu, imam nasihatkan meminta izin ahli keluarga simati (nak tempatkan janin) terlebih dahulu. Dalam kes shu, ahli keluarga sendiri, maka urusan menjadi lebih senang. Selesai semua dalam jam 1 pagi. Percepatkan urusan kebumi sebab nak simpan hingga esok, tak manis rasanya. Dengan bantuan jiran dikampung semuanya selesai cepat. Terima kasih tak terhingga diucapkan.

Harini datang kerja, semua memberikan kata semangat buat shu. Alhamdulillah.. semangat telah pulih dan shu redha atas kehendakNya.

Cda 7/22/2019 04:25:00 pm
Read more ...
Bahaya jangan mencari.
Cda 7/22/2019 08:07:00 am
Read more ...
Memberi sesuatu yang baik sepatutnya pada tempat yang sesuai.
Cda 7/21/2019 08:07:00 am
Read more ...
Perbuatan yang buruk jangan dibiasakan.
Cda 7/20/2019 08:06:00 am
Read more ...
Jangan mengharapkan sentiasa dapat nasib yang baik.
Cda 7/19/2019 08:05:00 am
Read more ...
Jangan diajar oleh orang yang sudah tahu.
Cda 7/18/2019 08:05:00 am
Read more ...
Jangan terlalu mengikut kata-kata isteri.
Cda 7/17/2019 08:04:00 am
Read more ...
Perasaan yang sesungguhnya.
Cda 7/16/2019 08:03:00 am
Read more ...
Tanggal 11 Julai 2019, dalam perjalanan ke tempat kerja, kami telah kehilangan anak dalam kandungan. Sudah tertulis bukan milik ibu, ayah dan kakak sofia, kami redha. Setelah selesai semuanya, kami pun berangkat pulang ke kampung dan berpantang di sana.

Sampai di kampung dalam jam 12.40 tengah malam, kami kebumikan adik di tanah perkuburan di kampung. Atas nasihat dari imam masjid semuanya selesai sebelum jam 2 pagi.

Selang 2hari, si kakak tetiba menangis. Tanya ayah “mesti adik lemas, ayah letak adik bawah tanah” Allahu.. insyaAllah perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Di kampung ibu dan kakak berehat sepenuhnya untuk kembalikan semangat dan pulih dari sakit. Di kampung takda makcik pakcik bawang sangat, di bandar terlalu ramai makcik dan pakcik bawang. Kami tak kuat nak hadap. 
Cda 7/15/2019 01:48:00 pm
Read more ...
Amat penakut, tetapi sombong.
Cda 7/15/2019 08:03:00 am
Read more ...
Menemui sesuatu yang tidak ada penyelesaian.
Cda 7/14/2019 08:02:00 am
Read more ...
Memperoleh sesuatu yang sangat disukainya.
Cda 7/13/2019 08:01:00 am
Read more ...
Membuat kerja yang sia-sia.
Cda 7/12/2019 08:01:00 am
Read more ...
Kita yang berkerja, orang lain yang senang.
Cda 7/11/2019 07:59:00 am
Read more ...
Kira-kira 20% wanita mengadu mengalami spotting atau pendarahan ringan semasa 12 minggu pertama kehamilan. Ketahui mengapa pendarahan semasa mengandung terjadi dan apa langkah untuk mencegahnya.

Pendarahan semasa hamil, bila ibu hamil patut risau?
Pendarahan semasa hamil boleh berlaku pada bila-bila masa, dari saat persenyawaan janin hingga ke akhir kehamilan.

Pendarahan ringan, atau spotting, semasa mengandung adalah perkara yang biasa terutamanya pada trimester pertama. Anda tidak perlu bimbang jika mendapati ada sedikit kesan darah yang keluar dari vagina.

Darah yang keluar tidak sepatutnya memenuhi satu pantyliner. 


Pendarahan yang teruk pula biasanya akan memenuhi pantyliner atau tuala wanita. Biarpun pendarahan semasa hamil itu ringan atau teruk, adalah lebih baik untuk menghubungi dan mendapatkan nasihat doktor. 

Punca pendarahan semasa hamil
Pada awal kehamilan, kebanyakan pendarahan semasa hamil disebabkan oleh telur yang cuba melekat pada lapisan dalam rahim. Ini akan menyebabkan pendarahan ringan atau spotting.

Pendarahan ini selalu disalah anggap sebagai darah haid sebelum wanita sedar dirinya hamil.

Satu lagi punca pendarahan semasa hamil adalah kerana polip serviks (pertumbuhan yang tidak berbahaya pada serviks), yang berkemungkinan berdarah apabila wanita hamil disebabkan paras estrogen yang lebih tinggi.

Ini berlaku apabila ada peningkatan jumlah saluran darah dalam tisu di sekitar serviks semasa hamil. Oleh itu, aktiviti yang bersentuhan dengan bahagian serviks seperti hubungan seks atau ujian faraj dengan pakar wanita boleh menyebabkan pendarahan. 

Salah satu punca mengapa pendarahan semasa mengandung boleh berlaku. 

Walaupun tanpa kehadiran polip serviks, pendarahan juga boleh berlaku selepas:
  • hubungan seks
  • ujian melalui faraj
  • senaman yang fizikal

Walaupun pendarahan semasa hamil tidak semestinya tanda masalah, adalah penting untuk menghubungi doktor jika ia berlaku.

Berita baik ialah sebanyak 50% wanita yang telah mengalami pendarahan akhirnya berjaya melahirkan anak yang sihat.

Bila anda perlu risau jika terjadi pendarahan semasa hamil?
Pendarahan atau spotting semasa trimester kedua dan ketiga. 

Hubungi doktor jika anda mengalami pendarahan teruk yang sama seperti datang haid untuk mengelak sebarang komplikasi kehamilan contohnya kehamilan ektopik.

Pendarahan yang tidak normal pada akhir kehamilan adalah sangat serius kerana ini tanda masalah ibu hamil dan bayi. Jadi hubungi doktor anda dengan segera, dan doktor anda mungkin akan memastikan serviks anda masih tertutup dan memeriksa jika anda ada masalah polip serviks.

Langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan pendarahan semasa hamil
  • Banyaklah berehat untuk mengurangkan pendarahan semasa mengadung.
  • Rehat atas katil atau lebih banyak tidur
  • Rehatkan kaki
  • Pastikan diri sentiasa terhidrasi
  • Hadkan aktiviti fizikal anda
  • Naikkan kaki anda dengan lebih kerap.
  • Elakkan mengangkat barang-barang yang beratnya lebih dari 10 paun

Kebanyakkan wanita yang mengalami spotting masih berjaya melahirkan anak yang sihat.

Walaubagaimanapun, jangan biarkan fakta ini menghalang anda daripada menghubungi doktor anda jika berlakunya pendarahan semasa hamil. Sentiasa peka dengan kesihatan diri anda untuk tidak menjejaskan bayi dalam kandungan.


Cda 7/10/2019 10:28:00 am
Read more ...
Orang tua yang bersikap seperti orang muda.
Cda 7/10/2019 07:58:00 am
Read more ...
Perempuan yang menjaga pelacur untuk mendapatkan duit.
Cda 7/09/2019 07:58:00 am
Read more ...
Assalamualaikum dan alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. Shu diberi peluang merasa nikmat mengandung buat kali ke-dua. Selepas pengalaman pertama, sewaktu mengandung dan melahirkan Sofia pada tahun 2015 yang lalu. Teringin tapi takut.


Pengalaman buka buku pink untuk kali ke-dua. Sehari sebelum raya yang lalu shu ke KK untuk buka buku pink memandangkan 3,4 kali buat UPT semuanya positif. Alhamdulillah.. 

Pagi-pagi sudah berdiri terpacak di depan KK sorang diri selepas hantar Sofia ke taska. Setelah nombor di panggil, bermulalah sesi mini interview. Banyak yang ditanya untuk misi masukkan data ke dalam buku pink tu. 

Apa kegunaan buku pink/ buku merah?

  • Rekod ini diberikan kepada kes baru ibu hamil yang pertama kali datang ke klinik kesihatan / hospital untuk pendaftaran.
  • Rekod ini disimpan oleh ibu dan perlu dibawa setiap kali menghadiri pemeriksaan sama ada di klinik / hospital kerajaan atau pun swasta.
  • Semua pihak yang memberi penjagaan kesihatan ibu hamil hendaklah mendokumentasikan maklumat dalam rekod kesihatan ibu. Maklumat-maklumat ini adalah untuk menilai kemajuan kehamilan ibu.
  • Pastikan penerangan yang mencukupi diberi kepada ibu mengenai kepentingan menyimpan rekod ini dan membawanya ke mana sahaja ia pergi untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
  • Sekiranya rekod ini hilang, satu rekod yang baru hendaklah diberikan kepada ibu dengan segera.

Apa yang akan rekod di dalam buku pink/buku merah?
  • Data pengenalan diri ibu
  • Data pengenalan suami
  • Perihal kandungan lalu
  • Ujian saringan antenatal
  • Riwayat kesihatan ibu dan keluarga
  • Status imunisasi
  • Perihal kandungan semasa
  • Borang kebenaran untuk pengambilan darah bagi saringan antenatal
  • Panduan sistem kod warna penjagaan antenatal
  • Senarai semak pengendalian ibu hamil
  • Carta pemantauan Hb
  • Carta pemantauan tekanan darah
  • Pemantauan tekanan darah dan tanda simptom preeklampsia
  • Senarai semak kriteria pengambilan ujian MGTT
  • Pemantauan kawalan glukos dalam darah (BSP)
  • Keputusan Pemeriksaan Ultrasound
  • Carta tumbesaran janin
  • Carta pergerakan janin
  • Pemeriksaan kandungan semasa
  • Maklumat kemasukan ke hospital
  • Perihal kelahiran
  • Rekod kelahiran bayi
  • Perihal postnatal - Ibu - Bayi
  • Senarai semak Pengendalian Postnatal
  • Senarai semak jaundis neonatal
  • Pemantauan kejadian jaundis neonatal
  • Senarai semak penyusuan susu ibu
  • Jagaan postnatal di klinik
  • Pendidikan Kesihatan
Alhamdulillah, untuk kandungan untuk kali ke-dua ni lain peelnya. Alahan terhadap bahan mentah tiada, cuma badan letih sokmo. Mungkin sebab trimester pertama masih belum terasa sebarang alahan. Masa mengandungkan Sofia dulu selepas 3 bulan baru buka buku pink. Adik beliau terlalu awal, minggu ke-8 dah buka buku.

Sekarang hanya amalkan susu dan acid folic sebagai makanan tambahan buat sementara ni.

Cda 7/08/2019 10:37:00 am
Read more ...
Perempuan yang membesarkan seseorang seperti anaknya sendiri.

Cda 7/08/2019 07:57:00 am
Read more ...
Orang melarat dapat pertolongan.
Cda 7/07/2019 07:56:00 am
Read more ...
Seseorang yang nakal dan suka mengganggu orang lain.
Cda 7/06/2019 07:56:00 am
Read more ...
Walaupun kecil tetapi berani.
Cda 7/05/2019 07:55:00 am
Read more ...
Telah dilakukan menurut adat yang biasa.
Cda 7/04/2019 07:54:00 am
Read more ...
Bekerja tiada berhenti-henti siang dan malam, sentiasa sibuk.
Cda 7/03/2019 07:53:00 am
Read more ...
Orang miskin yang perlu sentiasa bekerja.
Cda 7/02/2019 07:52:00 am
Read more ...
Tempat harapan yang sentiasa memberi pertolongan.
Cda 7/01/2019 07:51:00 am
Read more ...