Pengalaman Buka Buku Pink/Merah di Klinik Kesihatan

Assalamualaikum dan alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. Shu diberi peluang merasa nikmat mengandung buat kali ke-dua. Selepas pengalaman pertama, sewaktu mengandung dan melahirkan Sofia pada tahun 2015 yang lalu. Teringin tapi takut.


Pengalaman buka buku pink untuk kali ke-dua. Sehari sebelum raya yang lalu shu ke KK untuk buka buku pink memandangkan 3,4 kali buat UPT semuanya positif. Alhamdulillah.. 

Pagi-pagi sudah berdiri terpacak di depan KK sorang diri selepas hantar Sofia ke taska. Setelah nombor di panggil, bermulalah sesi mini interview. Banyak yang ditanya untuk misi masukkan data ke dalam buku pink tu. 

Apa kegunaan buku pink/ buku merah?

  • Rekod ini diberikan kepada kes baru ibu hamil yang pertama kali datang ke klinik kesihatan / hospital untuk pendaftaran.
  • Rekod ini disimpan oleh ibu dan perlu dibawa setiap kali menghadiri pemeriksaan sama ada di klinik / hospital kerajaan atau pun swasta.
  • Semua pihak yang memberi penjagaan kesihatan ibu hamil hendaklah mendokumentasikan maklumat dalam rekod kesihatan ibu. Maklumat-maklumat ini adalah untuk menilai kemajuan kehamilan ibu.
  • Pastikan penerangan yang mencukupi diberi kepada ibu mengenai kepentingan menyimpan rekod ini dan membawanya ke mana sahaja ia pergi untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
  • Sekiranya rekod ini hilang, satu rekod yang baru hendaklah diberikan kepada ibu dengan segera.

Apa yang akan rekod di dalam buku pink/buku merah?
  • Data pengenalan diri ibu
  • Data pengenalan suami
  • Perihal kandungan lalu
  • Ujian saringan antenatal
  • Riwayat kesihatan ibu dan keluarga
  • Status imunisasi
  • Perihal kandungan semasa
  • Borang kebenaran untuk pengambilan darah bagi saringan antenatal
  • Panduan sistem kod warna penjagaan antenatal
  • Senarai semak pengendalian ibu hamil
  • Carta pemantauan Hb
  • Carta pemantauan tekanan darah
  • Pemantauan tekanan darah dan tanda simptom preeklampsia
  • Senarai semak kriteria pengambilan ujian MGTT
  • Pemantauan kawalan glukos dalam darah (BSP)
  • Keputusan Pemeriksaan Ultrasound
  • Carta tumbesaran janin
  • Carta pergerakan janin
  • Pemeriksaan kandungan semasa
  • Maklumat kemasukan ke hospital
  • Perihal kelahiran
  • Rekod kelahiran bayi
  • Perihal postnatal - Ibu - Bayi
  • Senarai semak Pengendalian Postnatal
  • Senarai semak jaundis neonatal
  • Pemantauan kejadian jaundis neonatal
  • Senarai semak penyusuan susu ibu
  • Jagaan postnatal di klinik
  • Pendidikan Kesihatan
Alhamdulillah, untuk kandungan untuk kali ke-dua ni lain peelnya. Alahan terhadap bahan mentah tiada, cuma badan letih sokmo. Mungkin sebab trimester pertama masih belum terasa sebarang alahan. Masa mengandungkan Sofia dulu selepas 3 bulan baru buka buku pink. Adik beliau terlalu awal, minggu ke-8 dah buka buku.

Sekarang hanya amalkan susu dan acid folic sebagai makanan tambahan buat sementara ni.

9 comments:

  1. Tahniah, Kak Shu. Nak dapat baby nombor dua pula. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Shu. Jaga diri tau. Jangan buat kerja berat.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.Syukur.Tahniah Shu.jaga diri dan kesihatan ye..Sofia dah nak jadi kakak..yeyyyyy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. terima kasih kak PC. sofia, bila tau nak jadi kakak, rajin tolong ibu buat kerja rumah.

      Delete
  4. Alhamdulillah... tahniah shu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. terima kasih kakmim :D

      Delete
  5. aamiin..terima kasih sis :)

    ReplyDelete