Assalamualaikum  


Pacat ingin menjadi ular :- Orang yang miskin berlagak jadi orang yang kaya.


Cda 9/30/2019 11:22:00 am
Read more ...
Assalamualaikum


Omong Kosong :- Percakapan yang tidak berfaedah.

Jean dan Lean minum di Restoran Mewah sambil omong kosong.


Cda 9/29/2019 08:21:00 am
Read more ...
Assalamualaikum


Otak Udang :- Orang yang bodoh.

Cda 9/28/2019 10:18:00 am
Read more ...
Assalamualaikum


Otak beku :- Orang yang bodoh.

Ajarlah dia secara berperingkat-peringkat kerana dia otak beku.


Cda 9/27/2019 08:16:00 am
Read more ...
Assalamualaikum


Otak Cair :- Pandai / cerdik.

Habsah otak cair dan dia dapat menjawab semua soalan dengan tepat.


Cda 9/26/2019 02:13:00 am
Read more ...
Assalamualaikum


Orang Rumah :- Isteri.

Orang rumah saya sangat suka memasak.


Cda 9/25/2019 09:07:00 am
Read more ...
Assalamualaikum  

Sambil memasak semalam ternampak satu aktiviti di facebook, yang berkaitan antara hasil kerja anak-anak dengan keupayaan mereke memberi fokus ketika belajar. Sumber Pn.Ainizal Abdul Latif / azila ghani - 📖 Genius Dari Syurga

IBU BAPA AMBIL PERHATIAN!
"Langkahnya, ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah then bagi arahan untuk anak warnakan bulatan tersebut..just arahan "warnakan bulatan itu".
Untuk anak 3 hingga 6 tahun ye.

Take note ye parents, fokus adalah kemahiran. bila sebut kemahiran ni, anak boleh belajar melalui aktiviti-aktiviti semudah menuang air dari bekas ke bekas, bermain penyepit baju dll..yang penting kita dapat tahu keupayaan & tahap fokus anak..jangan compare antara satu sama lain.. "

Sofia yang tengah khusyuk layan cerita Little Pony, di ajak mewarna bulatan ini. Ibu buat seperti yang diarahkan dan biarkan dia buat sendiri.

Ibu : Sofia warnakan bulatan ini ya..
Sofia : Okay. Sofia nak warna oren lah. Sofia nak guna pen ni (sambil pegang highlight oren).
Ibu : Guna pensel warna, baru cantik. Pen ni nanti dakwat habis (merujuk highlight oren).
Sofia : Tak peeeee ibu. Kalau habis Sofia tukar pensel lain (muka takda perasaan sambil mewarna).

Selesai mewarna, Sofia panggil Shu.
Sofia : Ibu, Sofia dah siap warna circle ni. Tapi tak cantik, Ibu kena lukis star dengan heart dekat sini dan sini.
Ibu : Ibu tengah buat ujian dekat Sofia ni. Kita buat pada kertas lain ya? Baru cantik.
Sofia : Tak peeee ibu. Sofia dah siap warna tadi. Ibu tengok dulu yang Sofia buat tadi, lepas tu ibu lukis la yang lain.

Hasilnya macam ni lah..


MENCONTENG DAN TIDAK MENGIKUT ARAHAN
Jika anak tidak mewarnakan bulatan tersebut, sebaliknya hanya menconteng keseluruhan kertas, bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.

MEWARNA SATU BAHAGIAN SAHAJA DARIPADA KESELURUHAN BULATAN
Bermakna anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita ajar perkara yang diminatinya. Anak takkan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.

MEWARNA SELURUH BAHAGIAN, TETAPI BANYAK YANG MELEPASI GARISAN BULATAN (TERKELUAR)
Bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar.

MEWARNAKAN BULATAN TERSEBUT SEPENUHNYA DAN TIDAK MELEPASI GARISAN
Tidak perlu ambil kira faktor kekemasan @ kecantikan warna, apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna anak mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukuan ke atasnya.

Jadikan ini sebagai penanda aras untuk kenalpasti kemampuan fokus anak-anak. Mereka perlu difahami, barulah mudah untuk beri kefahaman kepada mereka..fokus adalah kemahiran yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Perlu lebih kreatif untuk anak lebih fokus ..pelbagaikan aktiviti untuk tingkatkan fokus mereka! 😊😊

Dan nak bagitau.. semalam masak tomyam Thai. hikss.


Sekian, terima kasih.

Cda 9/24/2019 01:00:00 pm
Read more ...
Assalamualaikum


Orang dapur :- Perempuan.

Hidangan ini disediakan oleh orang dapur saya, kata ayah kepada tetamu yang datang.


Cda 9/24/2019 08:05:00 am
Read more ...
Assalamualaikum


Orang luar :- Orang datang dari tempat lain.

Awak tak faham kerana awak orang luar.


Cda 9/23/2019 09:56:00 am
Read more ...
Assalamualaikum


Orang Kebanyakan :- Bukan orang bangsawan.

Putera raja negeri itu berkahwin dengan orang kebanyakan.

Cda 9/22/2019 09:43:00 am
Read more ...
Assalamualaikum  

Cerita bermula semasa ketiadaan suami empat hari lepas iaitu hari Isnin atas urusan kerja. Kami dua beranak tinggal bersama. Rutin harian berjalan dengan lancar pada hari Isnin, siap buat kek sarang semut.. walaupun tak menjadi sarangnya sebab tersalah resepi. Next time menjadi, kita kongsikan resepinya.

Kemuncak cerita pada hari Selasa yang lepas, balik kerja rutin harian memasak untuk makan malam berjalan seperti biasa. Disebabkan Sofia berkehendak spaghetti, maka semua barang disediakan sebelum sesi memasak berjalan.

Tikk tikk tikk tikk.. (bunyi bila petik dapur gas)

Dapur tak keluar percikan api. Dah sudah. Jam sudah 6.30 petang. Nak tak nak terpaksa mengadu pada suami, Jijoi. Setelah pelbagai usaha dibuat. Goyangkan tong gas kalau-kalau gas sudah habis. Berat lagi. Lap bahagian dapur kalau-kalau tersumbat dek minyak. Pelik sebab bahagian tu jarang sangat berminyak. Buntu. Jadinya spaghetti hari Selasa dimasak dalam periuk elektrik. hiks

Hari Rabu, malas cerita banyak. Beli makanan di pasar malam. Mudahnya hidup kami dua beranak.. haha

Hari Khamis kembali runsing sebab nak masak tapi dapur gas tak nak bekerjasama. Terpaksa minta tolong Jijoi tengokkan walaupun tahu dia masih letih kerana perjalanan yang jauh tadi. Setelah diperiksa, di angkat di tonggeng dapur tu. Kesudahan yang amat menyakitkan hati. Bateri dapur out of servis, tukar baru elok lah dia! aiseyman.. Disebabkan takut nak buat lebih-lebih, iolls tolong hulurkan bateri saja.

Ingatkan dapur gas ni seperti dapur yang selalu mak guna dikampung tu. Kalau banyak buat hal, hantar kedai besi buruk je. hee.. Rupanya tertanam bateri Eveready Heavy Duty di bawah perut dapur ni.

Cara tukar bateri dapur gas :-
  • Angkat dan periksa dibahagian bawah sebelah kiri dapur gas anda. Rujuk gambar di bawah.
  • Buka bahagian penutup bateri, dan gantikan bateri yang baru.
  • Petik dapur keluar percikan api is done....

Image result for cara tukar bateri dapur gas
Credit : Google

Naifnya isteri kamu, Jijoi. haha

Cda 9/21/2019 09:13:00 am
Read more ...
Assalamualaikum


Orang kanan :- Orang yang diharapkan.

Haliza menjadi orang kanan di syarikat itu setelah Pengurus Besarnya meletakkan jawatannya secara tiba-tiba.


Cda 9/21/2019 08:41:00 am
Read more ...
Assalamualaikum

Baru lepas install apps MyIPU di handphone. Alhamdulillah sesetengah tempat menunjukkan penurunan bacaan IPU. Masih ada tempat yang menunjukkan kenaikan kadar bacaan IPU, mari kita doakan mereka semua dilindungi.











Cda 9/21/2019 12:47:00 am
Read more ...
Assalamualaikum


Orang harapan :- Orang yang boleh dipercayai.

Sarjan Haris menjadi orang harapan dalam misi yang berbahaya itu.

Cda 9/20/2019 09:37:00 am
Read more ...
Assalamualaikum

Jom kita kenali punca kolestrol dan simpton kolestrol tinggi melalui artikel ini. Bahaya yang menyerang kita tanpa sedar. 

Apa Itu Kolesterol?
Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang terdapat dalam darah untuk membantu tubuh badan anda berfungsi. Molekul kolesterol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein, terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu:
  1. Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) cenderung untuk termendap dalam pembuluh darah yang menyebabkan salur darah tersumbat dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Kolesterol ini kebiasaannya digelar sebagai kolesterol jahat.
  2. Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) mencegah salur darah jantung dari tersumbat dengan mengurangkan mendapan kolesterol dalam saluran darah. Ia menurunkan risiko serangan jantung. Kolesterol ini pula digelar sebagai kolesterol baik.  


Kolesterol penting bagi sel dalam badan anda. Kolesterol boleh dihasilkan daripada hati manusia. Namun, kolesterol juga boleh didapati daripada lemak yang berasaskan sumber haiwan.

Paras kolesterol yang tinggi boleh memudaratkan sehingga menyebabkan penyakit. Apabila paras kolesterol tinggi, ia akan berkumpul dalam arteri (pembuluh darah utama yang membawa darah dari jantung).

Pengumpulan kolesterol ini akan menyebabkan arteri anda menjadi sempit dan membuatkan darah sukar mengalir secara normal. Hal ini boleh membawa kepada pembekuan darah yang bahaya dan keradangan yang akhirnya menjadi serangan jantung dan strok. 

Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Darah
Sebenarnya, paras kolesterol yang tinggi tidak menjadikan anda sakit. Itulah sebabnya ramai yang tidak sedar bahawa mereka mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Hanya ujian darah sahaja yang boleh membantu anda mengesan tahap kolesterol dalam darah anda. Itulah sebabnya, anda sangat disarankan untuk menjalani ujian darah sekurang-kurangnya 1 kali dalam setahun.

Namun begitu, terdapat juga beberapa tanda yang mungkin berlaku akibat daripada kadar kolesterol yang tinggi dalam darah, antaranya: 
  1. Kebas Kaki :- Kaki sering kebas adalah salah satu gejala tahap kolesterol tinggi. Ini terjadi kerana salur darah tersumbat dan menyebabkan aliran darah ke kaki tidak lancar.
  2. Sakit Dada :- Apabila pembuluh darah sudah tersumbat, jantung tidak akan mendapat oksigen yang cukup dari darah. Oleh sebab itu, jantung terpaksa bekerja kuat untuk dapatkan bekalan oksigen yang mencukupi. Perkara ini akan menyebabkan anda terasa sakit di bahagian dada.
  3. Mengantuk :- Paras kolesterol yang tinggi akan menyempitkan pembuluh darah. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak berkurang. Hal ini menyebabkan anda kerap rasa mengantuk.
  4. Bintik Putih Kekuningan Bawah Mata :- Bintik putih kekuningan pada kulit terutama di bahagian bawah mata juga dikenali sebagai Xanthoma. Bintik ini terjadi disebabkan oleh penggumpalan lemak dan kolesterol yang tinggi dalam darah.
  5. Letih :- Badan anda memerlukan tenaga untuk melakukan pelbagai kerja. Dalam badan anda juga terdapat lemak yang boleh berubah menjadi tenaga. Tetapi, sekiranya kolesterol tinggi dalam darah, ia mengakibatkan bekalan oksigen tidak mencukupi untuk proses tersebut. Inilah yang menyebabkan anda terasa cepat letih.
  6. Sesak Nafas :- Sesak nafas boleh terjadi kepada orang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Ini kerana paru-paru tidak dapat bekalan oksigen yang mencukupi akibat kolesterol tinggi yang menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit.
  7. Badan Tidak Seimbang :- Pesakit kolesterol tinggi juga boleh mengalami masalah keseimbangan badan. Ini berkait rapat dengan masalah pembuluh darah yang tersumbat. Sekiranya terdapat pembuluh darah di bahagian otak yang tersumbat akibat kolesterol tinggi, saraf yang berperanan mengawal keseimbangan badan akan mengalami gangguan. 

Punca Masalah Kolesterol 
  •  Pemakanan
 

Majoriti penyebab kenaikan tahap kolesterol dalam badan kita adalah berasal daripada gula, lemak tepu dan juga lemak trans yang diambil daripada makanan harian kita. Pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol seperti telur dan makanan laut, hanya sedikit mempengaruhi bacaan kolesterol dalam badan.

Beberapa makanan yang perlu anda kurangkan untuk mengelakkan kolesterol jahat meningkat di dalam badan adalah:
  • Gula dan makanan manis
  • Ais krim
  • Majerin
  • Mentega
  • Pastri
  • Daging merah
Perlu diketahui bahawa gula itu sendiri tidak mempunyai kolesterol. Tetapi apabila ia memasuki badan, produk yang terhasil daripada metabolisma gula adalah Acetyl CoA. Acetyl CoA sepatutnya digunakan untuk menghasilkan tenaga. Namun, jika ia tidak digunakan oleh badan, ia akan ditukarkan samada menjadi kolestrol ataupun lemak.

Manakala pengambilan lemak seperti lemak trans dan lemak tepu juga akan meningkatkan kolesterol dalam badan jika ia tidak digunakan.
  • Gaya Hidup
 

Amalan gaya hidup yang tidak sihat juga menjadi faktor utama masalah kolesterol tinggi dalam darah. Kurang bersenam dan tidak aktif akan menyebabkan kadar LDL (kolesterol jahat) meningkat dan menurunkan HDL (kolesterol baik). Selain itu, merokok juga boleh menyebabkan kadar HDL (kolesterol baik) menurun.
  • Keturunan
Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah pesakit yang mengalami masalah kolesterol tinggi disebabkan keturunan (Familial hypercholesterolemia). Di dalam pesakit ini, terdapat genetik yang meningkatkan penghasilan kolesterol dalam badan dengan sendirinya 
  • Usia & Jantina
Tahap kolesterol mula meningkat pada umur 20 tahun. Oleh sebab itu, anda perlu sentiasa berhati dan berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat apabila usia anda sudah mencecah 20-an untuk mengelakkan masalah kolesterol tinggi dalam badan.

Golongan lelaki juga lebih cenderung mengandungi tahap kolesterol yang tinggi berbanding wanita. 

Kesimpulan

Banyak masalah kesihatan yang boleh diselesaikan dengan hanya mengubah corak pemakanan kepada diet seimbang dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat. Begitu juga dengan masalah kolesterol tinggi.


Cda 9/20/2019 09:17:00 am
Read more ...
Assalamualaikum
Ilustrasi media sosial
Seperti cendawan tumbuh selepas hujan, media sosial kini berkembang seiring dengan peredaran zaman yang kian pesat membangun. Seingat Shu, mula berjinak dalam media sosial ni dengan Myspace, Friendster, YM dan Tagged. Myspace yang paling seronok sebab boleh tukar-tukar background, boleh dikatakan setiap hari nak bertukar warna dan update status. Ciwi masa ni!

Media sosial kian berkembang, berubah kepada BBM dimana pada masa tu trend menggunakan handphone Blackberry. Padahal kita sendiri tahu, BBM boleh saja install di dalam handphone biasa. Kemudiannya kita berubah kepada Facebook, Google Plus, Instagram, Pinterest, Flickr, Line, Linkedin, Whatsapp, dan banyak lagi.
Boleh dikatakan setiap seorang daripada kita adalah pengguna media sosial diatas. Samada digunakan secara berkala mahupun seharian. 
Seperti Shu, whatsapp antara medium komunikasi yang paling utama pada waktu bekerja kerana setiap arahan diterima dalam bentuk whatsapp terlebih dahulu sebelum email menyusul. Almaklum boss sering meeting kesana sini, tak selalu di pejabat. Dari segi kedatangan mahupun pergerakan staff semua dimaklumkan didalam group whatsapp. Memudahkan kerja kita sebenarnya.

Namun, masih ada segelintir pengguna media sosial menyalahguna kemudahan ini seperti :-

1. Menceritakan masalah peribadi
Ini selalu dilakukan oleh banyak nitizen. Sebolehnya masalah peribadi diceritakan kepada yang lebih berhak, bukan untuk tatapan umum. Contoh yang selalu nampak, marah dengan anak jiran, rakan sekerja salah buat kerja, suami pandang perempuan lain semua hendak dicerita didalam media sosial. Cuba bayangkan dalam sehari semua itu dicerita dalam media sosial, apa pandangan rakan media yang lain? Iolls tak berani nak bergaul takut nanti cerita berkenaan iolls yang keluar di status medsoc. hehehe

2. Sengaja merendahkan/ memalukan orang lain
Selalu nampak "saya akan ceritakan kisah aib budak ni kalau cecah 10 like". Makcik pakcik bawang pasti akan like. Walaupun kisah itu memalukan kawan sendiri, mahupun keluarga sendiri. Walaupun setinggi mana kita berada, jangan memandang rendah orang. Belajarlah bersyukur andai aib kita masih di simpan kemas.

3. Upload gambar tak beretika
Gambar berpeluk cium suami isteri diupload untuk simpanan, dan kenangan. Tanpa sedar masih ada insan yang iri hati terhadap keharmonian rumah tangga kita. Minta dijauhkan. Gambar-gambar kemewahan yang kita kongsi, mungkin ada yang tidak berkemampuan untuk memilikinya.
Media sosial yang paling Shu suka adalah Twitter, sebab tiada gambar yang perlu dimuat naik seperti Instagram, dan cerita yang panjang seperti Facebook.

Terima kasih
 
Cda 9/19/2019 09:50:00 pm
Read more ...
Assalamualaikum

 
Nyawa-nyawa ikan.
Maksud : Hampir-hampir mati.
 
Cda 9/19/2019 02:27:00 pm
Read more ...
Assalamualaikum


Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 September 2019, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga hari esok, 11.30 pagi 19 September 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 September 2019.

** jom support Mia Liana....


Cda 9/18/2019 04:06:00 pm
Read more ...

Assalamualaikum



Pernah antara kita dengar kisah yang pernah popular suatu masa dahulu mengenai "Kubur lima beradik mangsa telur ikan kurau"? Namun kejadian 43 tahun lalu itu masih segar di ingatan kita semua.

Menurut sumber, kejadian menyayat hati pada 1 Disember 1974 itu, lima beradik iaitu Noraini Kassim, 11, Mohd Syukur, 8, Rohana, 6, Hijrah, 4, dan Norasyikin, 3, tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas menikmati lauk asam pedas telur ikan kurau sebagai hidangan tengah hari.

Ekoran kejadian itu juga, Kassim Alauddin (bapa mangsa) dikejarkan ke hospital termasuk Fatimah Hussein (ibu) serta tiga adik-beradik yang lain dan beberapa orang lagi terdiri daripada ibu saudara dan sepupu mangsa.






https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/11/23/maut-makan-telur-ikan
http://sukashares.blogspot.com/2017/11/sayu-kisah-di-sebalik-5-beradik-temui.html
Cda 9/18/2019 03:16:00 pm
Read more ...
Assalamualaikum


Malu-malu kucing.
Maksud : Berpura-pura malu di depan orang.

Cda 9/18/2019 09:11:00 am
Read more ...
Assalamualaikum


Membuka pekung di dada.
Maksud : Membocorkan keburukan sendiri atau keluarga-keluarga.



Cda 9/17/2019 09:11:00 am
Read more ...
Assalamualaikum


Merdu bagai buluh perindu.
Maksud : Suara yang bagus dan enak didengar.


Cda 9/16/2019 09:09:00 am
Read more ...
Assalamualaikum


Nasi sudah menjadi bubur.
Maksud : Kerosakan yang tidak boleh dibaiki lagi.

Cda 9/15/2019 09:07:00 am
Read more ...
Assalamualaikum

 

Nasi masak, periuk pecah.
Maksud : Keputusan yang akhir.


Cda 9/14/2019 10:09:00 am
Read more ...
Assalamualaikum


Naik tak bertangga, turun tak berpintu.
Maksud : Lakukan sesuatu perbuatan yang salah.

Cda 9/13/2019 09:05:00 am
Read more ...
 Assalamualaikum


Naik pitam.
Maksud : Pening.

Cda 9/12/2019 09:34:00 am
Read more ...
Assalamualaikum



Syarat di sini

Tarikh tutup 21 Sept 2019

Cda 9/11/2019 10:02:00 am
Read more ...

Naik basuh kaki saja
Maksud : Mengerjakan sesuatu perkara dengan mudah.
Cda 9/11/2019 09:24:00 am
Read more ...
Assalamualaikum



Syarat di sini

Cda 9/11/2019 09:15:00 am
Read more ...
Assalamualaikum


Lirik : Pura-Pura Bujang (2019)

Kantoi sekali lagi
Ada cinta tiga segi
Adakah dah bertunang dah berbini


Hati berbicara
Makin lama makin rasa
Sesuatu yang tak kena dengan dia


Kau fikir ku tak tahu
Tak payah nak menipu
Kau pecah tembelang

Mengapa oh mengapa jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba kau menggoda
Jangan sayang pura-pura bujang


Dia atau aku
Yang mana pilihanmu
Katakan saja aku ingin tahu


Baru kau nak peninglah
Kerut-kerut kening
Guling guling, guling guling
Macam tenggiling
(Guling guling, guling guling)
(Macam tenggiling)


Kau fikir ku tak tahu
Tak payah nak menipu
Kau pecah tembelang


Mengapa oh mengapa jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba kau menggoda
Jangan sayang pura-pura bujang


Berwas-waslah bila bercinta
Jangan dipatuk kasih pria berbisa
Jangan sekali dibelitnya


Mengapa oh mengapa jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba kau menggoda
Jangan sayang pura-pura bujang


(Jatuh cinta)
Sedangkan kau sudah berpunya


Jangan sayang pura-pura bujang
Jangan sayang pura-pura bujang
(Pura-pura bujang)
Cda 9/11/2019 09:09:00 am
Read more ...
 Assalamualaikum

Alhamdulillah tamat sudah perlawanan antara Malaysia dan UAE malam ini. Nampak perubahan dalam skuad negara kita. Makin bertaring. Tahniah kepada semua pemain malam ni yang telah memberi saingan yang sengit kepada UAE.

Kekalahan 1 - 2, bukanlah sesuatu yang mudah. Kita telah berjaya! 



Cda 9/10/2019 11:22:00 pm
Read more ...
Assalamualaikum


Masih berbau pupuk jerangau.

Maksud : Tidak ada pengalaman.

Cda 9/10/2019 09:01:00 am
Read more ...
Assalamualaikum


Masam muka.

Maksud : Tidak bertegur sapa.

Cda 9/09/2019 10:00:00 am
Read more ...
Assalamualaikum

 

Lurus akal

Maksud : Jujur

Cda 9/08/2019 09:13:00 am
Read more ...
Assalamualaikum

 

Lembut hati.

Maksud : Orang yang mudah menerima nasihat.



Cda 9/07/2019 04:06:00 pm
Read more ...
Assalamualaikum

 

Pahit di luar, manis di dalam

Maksud : Kata-kata yang kasar tetapi maksudnya baik dan menguntungkan.
 

Cda 9/06/2019 03:59:00 pm
Read more ...
Assalamualaikum

Putri, diberi gelaran seperti Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Image result for drama sweet dream

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Genre : Drama Keluarga Cinta Komedi
Ditulis oleh : Nazri M Annuar
Pengarah : Michael Ong
Pelakon : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee
Lagu Tema : Ilusi - IamNEEta
Episod : 20* episod (*tambahan 4 episod)
Waktu siaran : Isnin - Khamis 10 malam
Saluran Penyiaran : Astro Ria (Slot Megadrama)

* Terlayan cerita ni 2 minggu terakhir. Sofia orang paling menghayati malam tadi siap menangis. Jiwang sangat anak dara ni. Lepas tu kena buat peperiksaan online.

Cda 9/05/2019 08:47:00 pm
Read more ...