Assalamualaikum ♥ ♥ ♥
Watak Utama : Hyun Bin as Ri Jung Hyuk, Son Ye Jin as Yoon Se Ri/ "Sam Suk", Seo Ji Hye as Seo Dan, Kum Jung Hyun as Goo Seung Jun
Negara : Korea Selatan
Episod : 16
Kisah percintaan antara dua negara. Yoon Se Ri yang pada mulanya terlibat dalam kemalangan dan mendarat di tanah seberang, Korea Utara terjumpa Ri Jung Hyuk seorang anggota tentera Korea Utara yang pada mula bersetuju untuk menolong Se Ri untuk pulang ke Korea Selatan.
Dalam percubaan untuk menghantar Se Ri, Jung Hyuk bersetuju untuk berkahwin dengan Dan atas pilihan orang tuanya. Se Ri pula terikat dengan Seung-Jun. Entah macam mana, Seung-Jun bertemu dengan Dan.
Anak buah Jung Hyuk sangat masuk air. Kelakar. Mereka lah yang banyak menolong Jung Hyuk dalam misi menghantar dan menyembunyikan Se Ri dari dihidu pihak berkuasa.
Parent Jung Hyuk dalam diam tolong Jung Hyuk. Yelah, sebelum ni anaknya pernah terkorban, tinggal anak yang sorang tu saja. Proses untuk Se Ri pulang ke negaranya berjaya walaupun macam-macam rintangan terjadi.
Se Ri kemudiannya menyambung perniagaan yang telah lama ditinggalkan. Ketibaan Se Ri mengundang kejutan buat semua orang kerana sebelum ini, berita kematiannya telah tersebar luas. Terutama parent dia.
Dalam kesibukan Se Ri mengendalikan perniagaannya, Jung Hyuk pula bergelut dengan khabar angin berkenaan dirinya dan Cheol Gang. Risau pada keselamatan Se Ri, membawanya ke Korea Selatan. Tinggal bersama Se Ri. Sementara itu, rakan-rakannya pun datang ke Korea Selatan.
Dan pula makin rapat dengan Seung-jun.
Dalam kekalutan Jung Hyuk dan Cheol Gang, Se Ri pada mulanya ingin menyelamatkan Jung Hyuk dari ditembak akhirnya hampir menggadai nyawanya sendiri. Cheol Gang tewas.
Pegawai Korea Selatan cuba untuk merungkai permasalahan ini, tetapi kedua-duanya memberi cerita yang berbeza. Susah pulak pegawai tu nak buat kerja. Ketung ketang cerita.
Akhir sekali, Jung Hyuk nak kena pulang ke Korea Utara, Se Ri datang menghalang. Ececeh..
Pengakhiran cerita, mereka bersama dan dapat anak kembar.
Sekian, terima kasih.
Tak berkesempatan lagi nak layan drama romantik nie.. Tengah cari mood romantik.. hehehe
ReplyDeletebest kak.. kelakar banyak.. hehehe
Deleteyang last tu, tak nampak pulak. Dorang kata dalam trailer je.. =_=
ReplyDelete