Kisahnya bulan Oktober yang lepas...

Anak lelaki sibuk dengan keluarga masing-masing. Seorang tinggal di kampung bersama Mak dan Ayah merangkap jaga mereka, serta seorang lagi menetap dan bekerja di Perak. Anak perempuan tunggal ni memang tinggal jauh di Selangor bersama keluarga sendiri juga. PKP bermula sejak bulan 3 tempoh hari, semenjak tu sampai ke harini anak-anak tak balik menziarah mak dan ayah, hanya video call bertanya khabar. Rindu.. siapa tak rindu. 

Pada hari kejadian, plan dengan abang dan adik masing-masing nak buat kejutan sambutan kali ini. Masing-masing tak boleh balik kampung, jadi hantar orang lah wakilkan anak-anak yang jauh merantau ni. Takda perancangan awal, dengan bouquet buah-buahan bersama kek. Mak pun lupa haritu hari lahir mak.

Dengan ucapan Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak, kami anak-anak mendoakan mak dan ayah senantiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan diberi kesihatan yang baik. 

Mengharapkan Covid-19 cepat turun dan PKP dilonggarkan agar kami dapat balik bermanja dengan mak dan ayah. 
Cda 11/28/2020 10:08:00 am
Read more ...

Watak Utama : Kim Rae Won as Professor Hong Ji Hong, Park Shin Hye as Dr Yoo Hye Jung, Yoon Kyun Sang as Dr Jung Yoon Do, Lee Sung Kyung as Dr Jin Seo Woo
Negara : Korea Selatan
Episod : 20

Suka layan cerita bergenre macam ni. 

Park Shin Hye melakonkan watak sebagai Hye Jung. Masa kecil dia terdedah kepada masalah pelajar, bergaduh. Perempuan kaki fighter, itu pun sebab ada orang ganggu dia. Mempunyai keluarga yang bermasalah. Hye Jung dihantar dan ditukarkan ke sekolah yang lain, dijaga nenek Hye Jung. Di rumah nenek, Ji Hong sebagai guru juga menyewa disitu. Hubungan mereka makin rapat.

Kisah bertambah menarik, bila nenek Hye Jung meninggal dan kebetulan Ji Hong berpindah dari rumah tersebut. 

10 tahun kemudian, bertemu semula dalam bidang yang sama, perubatan. Hye Jung dengan motif utamanya bekerja di situ untuk mencari kebenaran kematian neneknya yang dulu.





Scene di dalam bilik pembedahan, suka bila kombinasi mereka berdua nampak serasi. :-)





Juga diselitkan beberapa kejadian menarik dalam menjadikan jalan cerita ini tampil menarik seperti cubaan membunuh ketua gangster, sakit mental, dan banyak lagi.





Penghujung cerita, happy ending! Cuma nampak Ji Hong lebih berumur berbanding Hye Jung. Tapi logik, sebab cikgu bercinta dengan anak murid, di alam realiti pun ado.. asalkan bahagia.. 
Cda 11/27/2020 10:58:00 pm
Read more ...
Assalamualaikum

Gambar ihsan Google

Masak Lemak kali ini tak bertumis, baru belajar dari Mak Njang. Sebelum ini, pasti ditumis dulu bahan masakan. Alhamdulillah, menjadi dan rupanya sama saja. hi hi hi..

Lala Masak Lemak Cili Api
Bahan bahan:
15 batang Cili padi - ikut pedas yang disukai
1 inci Kunyit hidup
5 bawang merah
2 bawang putih
2 serai - ketuk
2 cili hijau - belah dua
Santan pekat
1 asam keping
Garam
Gula

Cara-cara :
  1. Kisar cili padi, kunyit, bawang merah dan bawah putih.
  2. Panaskan air di dalam periuk. Agak panas, masukkan bahan kisar tadi bersama serai yang telah di ketuk.
  3. Masukkan lala dan masak sehingga ianya terbuka dan air agak kering kerana lala mengeluarkan air.
  4. Kemudian masukkan santan pekat.
  5. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Jika suka, masukkan cili hijau yang dibelah 2 sebagai hiasan. 

Tapi lebih suka cara menumis. 
Cda 11/22/2020 09:30:00 am
Read more ...

Sinopsis: Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.

Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.

Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.

Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

“Ketentuan yang tidak pasti... itulah meresahkan hati.”

Kesimpulan: Sikap Alana yang tak matang tu buat jalan cerita kureng sikit, sebab asal ada masalah, lari dan juga sikap suka mencerita masalah rumah tangga dengan orang luar, Fakhrul. Sikap suami ego yang dipegang oleh Zaim pun buat naik darah saja, kata sayang tapi masih sakitkan hati isteri. Itulah, kalau sudah jodoh tak ke mana.

Novel ini pernah ditayangkan pada tahun 2016.

Cda 11/20/2020 11:33:00 pm
Read more ...
Assalamualaikum

Jom kawan-kawan sertai segmen Segmen Bloglist Pertama Blog HayatiSukiDotCom ini ya..


Syarat Penyertaan seperti di bawah
https://www.hayatisuki.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog-hayatisukidotcom.html

Tarikh tutup penyertaan adalah
20 November 2020

Cda 11/07/2020 10:42:00 am
Read more ...