Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2021 di MiaLiana.com bermula pada 10.00 pagi 29/12/2020 sehingga 10.00 pagi 30/12/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2020.

** jom support Mia Liana....

Cda 12/29/2020 10:31:00 pm
Read more ...

Aktiviti yang tak dijangka pun pada mulanya. Ex-officemate ajak serta dia untuk tengok awan karpet di Bukit Sg Long. Disebabkan cida bukan kaki hiking, dua tiga kali juga minta izin suami untuk pergi hiking. Kalau tak dapat keizinan, memang duduk melingkor di rumah saja.

Malam sebelum kejadian, suami bagi greenlight, dan Sofia dijaga oleh suami. Alhamdulillah..

Selepas cida sarapan ringan di rumah. Kami berkumpul dan mulakan misi kami pada jam 8.00 pagi. Orang yang tak pernah mendaki ni pada mulanya eksaited di depan, lama kelamaan mula kebelakang, sebab mula penat. hihi Masa ni, kaki masih kuat.

Dalam perjalanan naik ke atas, dapat hirup udara yang segar. Daun menghijau. Sejuk! Suasana ni dapat rasa bila balik kampung ja. Terleka sekejap. Sedar-sedar sudah sampai level 4 (kalau tak silap), awan sudah menipis. Nampaklah kerja-kerja pembinaan dibawah sana.

Kami buang masa sambil berborak. Sudah lebih empat bulan tak berjumpa. Paling tak boleh diterima bila ada yang bawa haiwan peliharaan bersama dan mengganggu ketenteraman dengan menyalak. Seram we. Kaki melatah paling terkesan lah! Nak sekeh ja tuan dia tu.
Gambar kenangan pasti di ambil. Sebagai bukti yang cida pernah sampai di atas Bukit Sg Long. Entah kurun ke berapa pula nak pergi hiking lagi. haha

Dan jangan tak tahu, tuan blog saja tak mahu update lepas turun Bukit Sg Long dia kemana pula? haha dia p pekena nasi daging dan nasi kandaq. Sekian!
Cda 12/28/2020 08:24:00 pm
Read more ...

Lirik : Parah Parah - Ayda Jebat

Harus aku berdiam saja
Kerna ku tak mampu kata apa-apa
Sungguh tak ku tersangka dia
Jejaka pendusta kau berkayu tiga

Kau satu dalam sejuta
Cik abang kau OK?
Jadi apa kurangnya aku?

Hatiku parah parah pa-parah parah
Parah keranamu
Kini berdarah darah da-darah darah
Darah keranamu

Jangan kau kata kau benar-benar cinta padaku
Hatiku parah parah pa-parah parah
Parah kerana kamu

AJ
Ke-ke-kerna kamu
Kamu

Parah kerana kamu
(kerana kamu)

Lama sudah kamu mendua
Ternyata semua hanyalah sandiwara

Ku satu dalam sejuta
Cik abang kau OK?
Jadi apa kurangnya aku?

Hatiku parah parah pa-parah parah
Parah keranamu
Kini berdarah darah da-darah darah
Darah keranamu

Jangan kau kata kau benar-benar cinta padaku
Hatiku parah parah pa-parah parah
Parah kerana kamu

Kerana kamu
Parah kerana kamu
Parah kerana kamu

Hey!!!
AJ!!!
Kerna kamu!!!

Ingat aku kisah engkau siapa?
Sudah engkau bukan siapa-siapa
Look at you now look at me kau rasa

Ku tak tak tak
Takkan pernah kerna kamu

Hatiku parah parah pa-parah parah
Parah keranamu
Ku…parah parah pa-parah parah
Parah keranamu

Parah parah pa-parah parah
Parah keranamu

Dahlah
Tak tak tak
Takkan parah kerna kamu
Cda 12/27/2020 08:00:00 pm
Read more ...

Resepi semalam, tapi hari ini baru sempat upload dalam blog. Kali ini buat ujikaji masak lemak campur ikan bilis sikit. Bukan ujikaji sebenarnya, lebih kepada backup plan lepas pada mulanya nak buat jemput-jemput tapi penyakit M singgah. Terus jadi masak untuk makan tengah hari.

Masak Lemak Cili Padi Telur
Bahan-bahan 
  • 20 biji cili padi (lebih jika suka)
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • sejemput ikan bilis
  • 1 keping asam keping
  • 5 biji telur (siap rebus dan dibuang kulit)
  • Santan
  • Perasa

Cara Penyediaan

  1. Blend cili padi, bawang putih, bawang merah, ikan bilis bersama kunyit hidup.
  2. Panaskan minyak untuk menumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak bersama serai yang telah di titik.
  3. Kemudian masukkan telur tadi dan sedikit air biarkan seketika.
  4. Masukkan asam keping dan kemudian masukkan santan bila kuah sudah mendidih.
  5. Perlahankan api, dan sesuaikan rasa. Tambah sedikit garam jika perlu.
Cda 12/27/2020 09:26:00 am
Read more ...
Hai kawan-kawan, hari ini nak cerita sikit berkenaan citarasa cida bila buat masak kicap. Cida jarang letak bahan perasa sekiranya masak kicap menggunakan kicap Mudim, sebab rasa kicap Mudim ini sedang-sedang elok saja. Tak percaya boleh cuba kicap Mudim. 

Kicap keluaran Bumiputera!



Cida suka Kicap Istimewa Mudim dan Sos Cili Mudim. Selalu buat stok bila balik kampung, botol paling besar (2.5kg) dengan harga yang sangat berpatutan. Serius! Boleh ke laman web Mudim untuk membeli secara atas talian (https://mymudim.my/beli/).

Sos Mudim ada kandungan bawang putih dan sedikit pedas dari sos jenama lain. Buat jemput-jemput, sesuai sangat cicah bersama Sos Cili Mudim. Sedap!

Dulu suami cida bising sebab selalu beli jenama Mudim, sekarang dia sudah serasi dengan Mudim, apa-apa cari Mudim dulu. Balik kampung pasti diborong walaupun tahu kicap ini sudah ada di Mydin, Tesco, CS dan Aeonbig. Masih setia dengan Mudim


Cda 12/26/2020 11:24:00 pm
Read more ...


Hari ini kita main masak-masak. Memandangkan rumah ini ada seorang budak kecil yang tak makan makanan pedas, masakan ini khas untuk budak kecil ni dan ibunya yang suka masak kicap. Cili padi dibiarkan tanpa dipotong agar budak kecil tu dapat makan tanpa banyak soal. :)

Ayam Masak Kicap
Bahan-bahan
  • Ayam yang telah siap digoreng
  • Kicap Mudim
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 ulas bawang besar 
  • Serai
  • Halia
  • Lengkuas
  • Bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis
  • Tomato
  • Daun limau purut
  • 3 cili padi

Cara Penyediaan

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih.
  2. Panaskan minyak. Masukkan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis bersama bahan kisar tadi.
  3. Kemudian masukkan juga serai, halia dan lengkuas sehingga naik bau.
  4. Masukkan kicap dan ayam goreng, gaul rata.
  5. Masukkan sedikit air, bawang besar, tomato, daun limau purut serta cili padi.
  6. Biarkan sehingga mendidih dan ayam masak sempurna.
Cda 12/26/2020 10:48:00 pm
Read more ...
Ceritanya tadi semasa waktu rehat tengah hari tadi, Cida pergi cuci kereta yang sudah seminggu tidak bercuci. Dalam menunggu kereta siap dicuci, sempatlah order melalui aplikasi KFC dan kemudian pandu ambil saja. Disebabkan ini adalah kali pertama buat pesanan melalui kaedah self collect ni, Cida rasa sangat senang.

Pengguna boleh laras waktu untuk di ambil. Senang kan?


Durian balls pada cida sedap lah, dengan cheese nya. Filling rasa durian, Alisya suka pula. Jawabnya habis sebelum ayah dia nampak, baik bayang-bayang mahupun bau durian tu.


Nasi Atuk KFC pula cida hanya jamah sedikit dan selebihnya berkongsi rasa dengan officemate yang lain. Sambalnya kurang pedas. 


Alisya request ibu buat Durian balls di rumah. Ibu terus pening kepala. hikhik
Cda 12/23/2020 11:42:00 pm
Read more ...


Syarat penyertaan adalah seperti di link bawah :
https://www.ezaboomboom.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html

Tarikh tutup pada 27 Disember 2020

Reason nak tambah dan sokong segmen yang diajurkan oleh Eza.

Cda 12/17/2020 09:33:00 pm
Read more ...
Bila lirik lagu sudah meniti di bibir anak dara, si ibu baru mula nak mencari lirik lagu ini. Cantik dan comel penyanyinya.


Lirik Lagu Teman

(Pilih pilih lagi pilih pilih hati hati hati)

Rama-rama hinggap di bunga taman
Langitan biru di takluk awan
Senangnya bila berdua-duaan
Saat berjauh rindu-rinduan

Mudah-mudahan ku dipertemukan
Dengan si dia yang ku idamkan
Kini aku kesunyi-sepian
Berbantal panjang sebagai teman

Oh cinta yang indah mekar
Kini gugur bila dibiar
Ku tertanya-tanya mengapa hanya sementara

Aku pilih-pilih lagi
Pilih-pilih hati
Puas ku mencari

Bergilir-gilir ganti
Gilir-gilir janji
Yang dimungkiri

Ku pilih-pilih lagi
Pilih-pilih hati
Puas ku mencari

Dan jika kau berkenan
Jadikan ku teman
(Teman teman teman)

Berteman dan meneman
Bukan sekadar kawan
(Teman teman teman)

Ku timang-menimang dalam fikiran
Haruskah ku terus mengimpikan
Adakah kita kan berkekalan
Mungkinkah kita tak sehaluan

Oh cinta yang indah mekar
Kini gugur bila dibiar
Ku tertanya-tanya mengapa hanya sementara

Aku pilih-pilih lagi
Pilih-pilih hati
Puas ku mencari

Bergilir-gilir ganti
Gilir-gilir janji
Yang dimungkiri

Ku pilih-pilih lagi
Pilih-pilih hati
Puas ku mencari

Dan jika kau berkenan
Jadikan ku teman
(Teman teman teman)

Berteman dan meneman
Bukan sekadar kawan
(Teman teman teman)

Ooo…
Gugur di biar….

Aku pilih-pilih lagi
Pilih-pilih hati
Puas ku mencari

Bergilir-gilir ganti
Gilir-gilir janji
Yang dimungkiri
 
Ku pilih-pilih lagi
Pilih-pilih hati
Puas ku mencari

Dan jika kau berkenan
Jadikan ku teman
(Teman teman teman)

Dan jika kau berkenan
Jadikan ku teman mu dan bukan
(Bukan)
Bukan sekadar kawan
(Teman teman teman)

Oh bukan…
Bukan sekadar kawan
(Teman teman teman)

Kredit : youtube
Cda 12/17/2020 09:22:00 pm
Read more ...


Drama: Tale of the Nine-Tailed
Country: South Korea 
Episodes: 16
Watak Utama : Lee Dong Wook as Lee Yeon/Mountain Spirit of Baekdudaegan, Jo Bo Ah as Nam Ji Ah/Ah Eum, Kim Bum as Lee Rang, Kim Yong Ji as Ki Yoo Ri, Hwang Hee as Gu Shin Joo, Kim Jung Nan as Taluipa(Gatekeeper), Ahn Kil Kang as Hyun Eui Ong(Taluipa husband), Lee Tae Ri as Imoogi 

Nam Ji Ah adalah pengarah yang selalu mencari legenda bandar bertemu Lee Yeon. Ji Ah sedang mencari ibu bapa yang telah lama hilang. 

Di pulau yang mencurigakan, Pulau Eohwa, Ji Ah menemui beberapa petunjuk tentang kehilangan ibu bapanya. Tetapi Rang yang muncul, dan Yeon melanggar pantang larangnya demi menyelamatkannya.

Yeon akhirnya menemui Ah Eum. Tetapi dia tidak menceritakan keseluruhan kisahnya kerana dia mahu hidup sebagai manusia. Kemudian mereka berangkat mencari ibu bapa Ah Eum. Yeon mendapat tahu bahawa gabenor ada kaitan dengan kehilangan ibu bapanya


Yeon dan Ji A pergi ke Korea Folk Village untuk mencari gabenor. Gabenor enggan memberikan maklumat mengenai ibu bapa Ji Ah yang hilang, dan dia mula menyerang Yeon. Sementara itu, Rang berada di Korean Folk Village, mencari barang yang membolehkan seseorang melihat kehidupan masa lalu mereka.

Imoogi yang dilahirkan semula mula menghampiri Ji Ah dan Yeon. Yeon masuk ke rumah Ji Ah untuk tinggal dan melindunginya setiap masa. 

Ji Ah melihat kehidupannya yang lalu dan bagaimana dia dibunuh oleh Yeon. Pada suatu hari, seorang wanita misteri muncul di restoran Snail Bride. Dia mengajukan satu pertanyaan yang sama kepada semua orang, “Apa yang paling kamu takuti?



Ji Ah bertemu kembali dengan ibu bapanya dalam mimpinya dan mula melupakan kenangannya dengan Yeon. Ji Ah mengunjungi Taluipa untuk bertanya di mana ibu bapanya terperangkap.







Pengakhiran cerita di mana Yeon telah membunuh Imoogi dan dirinya sendiri. Kehidupan Rang berubah kerana kejadian itu. Ji Ah hampir setiap hari datang merayu ke rumah Taluipa bagi mengembalikan Yeon. Adakah Yeon dilahirkan semula menjadi manusia biasa, Yeon yang dahulu ataupun Imoogi? jeng jeng
Cda 12/15/2020 09:27:00 pm
Read more ...

Syarat penyertaan adalah seperti berikut 
 https://ejulz.blogspot.com/2020/12/giveaway-by-ejulz-faizzahamir.html
 
Tarikh tutup penyertaan pada 25 Disember 2020


Cda 12/11/2020 01:20:00 am
Read more ...

Syarat penyertaan adalah seperti berikut : 
http://syeedasaniey.blogspot.com/2020/12/sayang-giveaway-by-syeeda-saniey.html

Tarikh tutup penyertaan adalah 25 Disember 2020
Cda 12/10/2020 10:45:00 pm
Read more ...

 


Jom meriahkan giveaway dari Cuya, hadiah menarik bakal menjadi milik yang bertuah. :)


Syarat Penyertaan seperti berikut :

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html


Tarikh tutup penyertaan adalah 05 Januari 2021



Cda 12/10/2020 10:34:00 pm
Read more ...