Cerita dan Idea Dalam Satu Narasi
Dah nama pun budak-budak, main berpisah tiada. Berbezanya jenis permainan berbeza 20 tahun dahulu dengan sekarang. Percayalah kita yang berumur 30tahun ni pun masih teringat dan teringin untuk rasai semula suasana dan permainan terdahulu.
Siapa saja tidak tahu akan permainan ini, Teng Teng. Anak zaman milenia pun tahu. Kerana permainan ini sangat mudah dan seronok. Boleh bermain secara beramai mahupun berseorangan. Cuma kalau berseorangan, tak meriah.
Galah Panjang antara permainan yang agak popular di sekolah, kerana menggunakan garisan yang ada pada court badminton. Terdiri daripada dua kumpulan, penjaga dan perempuh. Penjaga akan memijak garisan dan menghalang perempuh dari melepasi setiap garisan sehingga akhir dan berpatah balik. Sekiranya perempuh berjaya melepasi garisan akan dikira menang, dan begitulah sebaliknya.
Ini adalah permainan paling disukai, masak-masak. Permainan budak perempuan yang paling sopan. Habis semua pokok bunga dan periuk dapur yang lama dijadikan barang permainan. Part paling seronok bila nyalakan api untuk masak daun serta bunga yang telah dipotong. Bersepah. Belum buat rumah dari daun pisang.
Meriam Tanah ni permainan budak lelaki selalu main. Tin besar yang panjang dan ditebuk lubang di bahagian hujung bagi memudahkan api dinyalakan untuk menembak meriam dan ditanam. Campuran Kalsium Karbida dan Air menjadikan 1 gas yang mudah meletup apabila didedahkan dengan api.
Gasing antara permainan yang tak lekang dek zaman. Sehingga hari ini, gasing masih dimain cuma gasing sekarang pelbagai bentuk. Pemenang ditentukan melalui gasing yang paling lama berputar.
Pada waktu persekolah, permainan Rebut Tiang agak popular kerana tiang di sekitar koridor sekolah dijadikan perumah. Permainan ini dimainkan melibatkan 5 orang, 4 orang punyai rumah, seorang pemain akan berebut untuk mendapatkan rumah dari pemain lain yang akan bertukar-tukar rumah. Dalam perjalanan nak ke kantin pun boleh main.
Sepenuhnya dari : https://hargaemas.com.my/
Ceritanya petang kemarin/ semalam semasa sesi mengurut di rumah, timbul lah cerita berkaitan EMAS. Tapi sebelum itu, Cida nak ucapkan salam "sinar" kepada semua ahli KWSP :-) Nampaknya hari ini harga emas masih tidak berubah dengan harga semalam ya kawan-kawan.
Peminat emas bolehlah serbu mana-mana kedai emas. Pilih mana emas yang kalian suka.
A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out