Dangerous Love Oleh Nisaamuttalib (2020)

 55778104. sy475
Sinopsis :
 
Firash Aryan – Namanya cukup menggerunkan sesiapa sahaja... baik kawan, apatah lagi lawan. Membuatkan semua ketakutan saat mendengar nama lelaki itu. Seorang lelaki yang memiliki aura yang tersendiri. Berkarisma, kacak dan hebat. Tapi, tiada sesiapa pun yang tahu kerja ‘kedua’ lelaki itu. Kerja ‘yang cukup menakutkan dan menggerunkan. Membuatkan sesiapa sahaja yang mengenali sisi ‘gelap’ lelaki itu, tidak berani masuk campur urusan ‘kedua’nya. 
 
Iman Aulia – Seorang gadis polos yang mudah diperdaya. Cantik namun naif. Kerana sikapnya yang penuh belas kasihan dan begitu mempercayai orang lain, dia dijual oleh seorang lelaki yang digantungkan seluruh pengharapan. Tidak memiliki sesiapa untuk dijadikan pembela, dia pasrah. Sehinggalah satu malam... peluang yang sangat cerah untuk dia melarikan diri dari tempat ‘neraka’ itu. 
 
Berjumpa dengan seorang lelaki dingin beku membuatkan hidup seorang Iman Aulia berubah 180°. Dia sudah selamat. Dia sudah lari dari semua masalah itu. Namun tanpa sedar, masalah baharu datang tanpa disedari. Perwatakan lelaki itu yang dingin dan sentiasa berubah membuatkan dia pening. Lelaki itu mempunyai masalah jiwa! 
 
Mereka disatukan atas kerelaan hati mereka sendiri. Cinta antara mereka hadir tanpa diduga. Membawa sinar baharu dalam hidup kedua-duanya. Dengan adanya seorang bidadari membuatkan hidup seorang Firash Aryan juga berubah. 
 
Persoalannya, adakah Iman Aulia boleh menerima sisi ‘kedua’ suaminya itu? Apakah reaksi Iman Aulia sekiranya dia tahu mengenai sisi gelap lelaki itu?

10 comments:

  1. Salam perkenalan juga, done follow blog ini. Sisi gelap lelaki itu ?? Misteri nusantara itu kan. huhu.Tapi cinta itu sejati, gelap atau cerah, pasti kita akan cuba menerima seadanya asalkan ia tidak menganggu hidup kita. betul kan kak. hihi.

    ReplyDelete
  2. sharing kasih sayang.. mampu kahhh

    ReplyDelete