Bayam Goreng Belacan


Salam Nuzul Al-Quran pada semua. Semoga Ramadhan kita semua dilimpahi rahmatNya. Minggu ni bermula episod #WFH secara bergilir-gilir. Sofia masih bersekolah seperti biasa. Walaupun berpuasa, digagahkan juga ke sekolah. Balik rumah terus nak air, dahaga. Dipujuk-pujuk dapat juga bertahan sehingga waktu berbuka.  Alhamdulillah.

Hari ni masak atas permintaan anak dara sorang ni. Bayam Goreng Belacan. Tu belum minta nak ikan pekasam tok Kedah. 😄

Bahan-bahan:

  • Seikat bayam
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
  • Seulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • Sedikit ikan bilis (tumbuk kasar)
  • Cili kering (dikisar) sekiranya suka pedas
  • 1cm belacan bakar
  • Sedikit garam dan cukup rasa (ikut rasa)
  • Cili merah hiris


Cara-Cara Penyediaan

  1. Tumis bawang merah dan putih beserta belacan hingga naik bau.
  2. Masukkan bayam, ikan bilis serta sedikit air. Masukkan cili besar yang dihiris tadi. Gaul sekata.
  3. Perasakan garam dan cukup rasa. Sedia untuk dihidang.

Gambar : Google

3 comments: