Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-64 Tahun | Assalamualaikum Alhamdulillah kita berkesempatan lagi menyambut hari bersejarah bagi negara kita ini. Sempena hari kebangsaan yang disambut tahun ini bersama-samalah kita menghayati erti sebenar kemerdekaan dan dapat meningkatkan semangat patriotisme cintakan tanah air.

Kemerdekaan bukan saja bererti kita bebas daripada penjajahan tetapi kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan minda dan jiwa yang dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk oleh empat aspek utama iaitu agama, bahasa, pendidikan dan sikap (akhlak).
 
Logo dan tema hari kemerdekaan bagi tahun 2021 masih dikekalkan sepertimana tahun sebelumnya (2020) iaitu ‘Malaysia Prihatin’. Rekaan logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang turut dikekalkan.

Cida ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-64 Tahun.

*Teringin melihat perarakan Hari Kemerdekaan walaupun hanya di dalam kaca tv seperti dua tahun lepas.
Cda 8/31/2021 01:45:00 am
Read more ...
Alhamdulillah.. baru hari ini diberi peluang merasa produk BubbleBee ni. Itupun order melalui grabfood. Cida order Bubblebee Kajang. Nak walk-in dengan keadaan sekarang, rasanya tak sanggup. 😐 Teringat BubbleBee teringat arwah Siti Sarah, Al-Fatihah. 


Honey Ice Cream - kesukaan Sofia, lapisan aiskrim dan cornflakes ni sedap kalau makan di waktu petang. Rasa rangup dan manis yang sedang elok. Cida nak rasa Golden Series Ice Cream sebenarnya, tapi dah unavailable. Takda rezeki nak merasa. 😉
Chocolate Brownies - kesukaan suami. Peminat coklat boleh cuba Chocolate Brownies ni. Sedap juga. Kena dengan tekak suami yang gemarkan manis. 
Caramalized Honey Golden Pearl - antara kesukaan Cida, sebab rasanya yang kurang manis. Rasa manis honey bila kunyah golden pearl ni. 

Untuk yang nak merasa, boleh layari laman web https://www.bubblebee.com.my/ dan dapatkan lokasi outlet-outlet bubblebee ni. Harga berbaloi. Minuman ni memang manis, kenalah dengan trademark nya "Sweet, As Your Smile!".
Cda 8/28/2021 10:12:00 pm
Read more ...
Tekanan adalah bagaimana otak dan badan kita bertindak balas terhadap permintaan. Segala jenis peristiwa, sama ada positif atau negatif, boleh menyebabkan tekanan, dan tekanan adalah sebahagian daripada kehidupan setiap orang. Tekanan biasanya dianggap berbahaya, tetapi sebenarnya, tidak semua tekanan itu buruk. Sebagai contoh, ia dapat memotivasi orang untuk menyelesaikan tugas yang sukar.


Tekanan mempengaruhi lebih daripada sekadar perasaan kita. Ia juga boleh mempengaruhi kesihatan fizikal kita. Salah satu contohnya adalah migrain, atau “sakit kepala stres.” Tekanan juga boleh mempengaruhi selera makan, tidur, meningkatkan tekanan darah kita, dan banyak lagi. Tekanan jangka panjang atau kronik boleh mempengaruhi sistem kardiovaskular, imun, pencernaan, dan gastrousus kita. Namun, terdapat banyak cara untuk mengatasi tekanan. Sebilangan mungkin berfungsi lebih baik untuk anda daripada yang lain, tetapi semuanya dapat membantu kita menangani tekanan dengan cara yang sihat.

Beberapa perkara mudah yang boleh anda lakukan ketika anda merasa tertekan termasuk:
  • Bercakap dengan seseorang mengenai apa yang anda rasakan
  • Berhubungan dengan orang yang anda sayangi dan yang mengambil berat tentang anda
  • Melakukan sesuatu yang menggembirakan
  • Bersikap aktif secara fizikal
  • Mencuba tidur yang cukup
  • Mempunyai makanan yang sihat dan seimbang
  • Mendapatkan udara segar
  • Menolong orang lain

Dengan beberapa perkara di atas, anda mampu mengurang tekanan dalam diri anda.
Cda 8/28/2021 10:07:00 am
Read more ...
Menceritakan pengalaman diri sendiri sebagai pesakit Covid-19 tak bergejala, hanya untuk perkongsian bersama.


21 Jun, disebabkan rasa kurang yakin dengan diri sendiri setelah hampir 80% officemate kena kuarantin kerana salah seorang positif pada 14 Jun, ujian swab test, PCR telah dibuat di sebuah klinik swasta. Untuk pengetahuan, walaupun agak rapat dengan pesakit Cida bukanlah close contact bagi kes ini. Sebab dari awal tahun sehingga sekarang, jadual penggiliran bekerja di rumah masih dipraktikkan. Kali terakhir berjumpa seminggu sebelum kejadian, SOP masih dijaga. Bila memikirkan anak Cida diasuh oleh mak mertua, perasaan kuatir dan bimbang makin menebal dalam diri ini. Lepas buat swab test, balik rumah terus asingkan diri dari anak dan suami sehingga result swab test keluar pada keesokkan harinya. Tambahan info, masa ini belum terima suntikan vaksin lagi.

22 Jun, result ujian swab test positif pada CT Value yang tinggi kebarangkalian untuk tersebar adalah kurang. Masa tu, down sangat dan termenung, sebab dalam seminggu tu masa banyak terluang dirumah. Syarikat dan rakan sekerja telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Suami terus buat ujian swab test PCR. Pada hari yang sama, temu janji swab test anak diperolehi melalui panggilan telefon dari KK berdekatan.

Pada 23 Jun, result swab test suami telah keluar, Alhamdulillah negatif.

Tengah hari 24 Jun ke Covid Assesment Center [CAC] untuk pakai gelang pink pada kadar oksigen dalam darah SPO2 98%, jadi Cida dibenarkan kuarantin dirumah atas nasihat doktor. Setelah selesai, balik rumah sambung kuarantin. Manakala suami dan anak berasingan ke KK untuk swab test anak dan mereka terus pakai gelang pink. Result anak diterima selepas 3-4 hari, Alhamdulillah negatif

Sehingga, 1 Julai tamatlah episod kuarantin di rumah di dalam bilik berasingan dengan anak dan suami. Berhubung melalui video call dan jerit-jerit di sebalik pintu bilik. Satu meja dan kerusi kecil ditempatkan di tepi pintu bilik sebelah dalam bilik Cida, segala makan minum diletakkan di atas meja. Pinggan dan cawan hanya guna yang pakai buang. Aktiviti semasa kuarantin, bangun, tido, makan, baca buku, tengok tv, dan bersenam sikit. Potong gelang pink di CAC yang sama dengan kadar oksigen SPO2 99%.

3 & 5 Julai suami dan anak potong gelang pink seperti dalam surat yang dinyatakan. 

6 Julai, Cida terima temu janji melalui apps MySejahtera untuk vaksin. Namun terpaksa tunda kerana status MySejahtera merah.

13 Julai, temu janji kedua vaksin dan lengkaplah vaksin bagi Cida dan suami.


Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anda positif Covid-19 :
  • Pastikan anda tahu nombor kecemasan, CAC dan PKD berhampiran tempat tinggal anda. Selalunya akan diberikan oleh klinik tempat swab test di buat. Disebabkan kes sekarang makin meningkat, urusan KKM makan masa, jadi jangan salahkan mereka, sekiranya perlu kita yang kena cari mereka. Cida call KK berhampiran maklumkan positif, dan keesokkan harinya terima temu janji untuk swab test anak.
  • Asingkan diri dengan ahli keluarga yang lain termasuklah bilik mandi. Sekiranya terpaksa berkongsi bilik air, pastikan selalu di cuci dan di sanitasi dan memakai pelitup muka.
  • Digalakkan guna pinggan cawan pakai buang, tong sampah dan bakul baju asingkan dan letak dalam bilik. Sekiranya nak cuci baju, bungkus dalam plastik kemudian bawa baju untuk dicuci bersama pencuci pembasmi kuman, sidai berasingan dengan baju ahli keluarga yang lain.
  • Banyakkan ambil vitamin C, makan buah buahan dan minum air yang banyak. Cida order air botol mineral 1 carton dan simpan dalam bilik.
  • Bekalan ubat, barang-barang seperti oxymeter semua tu hendaklah sentiasa ada dan mencukupi.
  • Paling penting, sentiasa maklumkan keadaan kepada ahli keluarga agar mereka sentiasa alert dengan keadaan pesakit.

Antara perkara yang pesakit Covid19 kena hadapi sehingga hari ini adalah pandangan orang sekeliling terhadap kita. Sekiranya kawan-kawan, masih diterima tetapi bila ahli keluarga sendiri ada yang menuturkan perkataan-perkataan yang tak enak didengar. Bertabahlah kita ya, walaupun kita tak minta untuk positif, ini adalah ujian yang perlu kita lalui. Alhamdulillah ahli keluarga Cida dikampung walaupun jauh, mereka masih bertanya khabar dan mengambil tahu keadaan Cida setiap masa sehingga ke hari ini. 

Cda 8/27/2021 06:41:00 pm
Read more ...

Bahan kisar :
  • 1 biji bawang besar Holland - saiz besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 hirisan lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
Bahan bahan:
  • Kepala Ikan Merah
  • 2 batang serai - ketuk
  • 1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan 1 mangkuk air
  • 1 kuntum bunga kantan - belah 2
  • 7-8 sudu besar cili kisar - lebih kurang 1/2 mangkuk
  • 1-2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
  • Garam - jika perlu
  • 500 ml air
  • Minyak masak
Sayuran:
  • Bendi
  • Buah tomato - belah 4

Cara cara:
  1. Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan jumlah bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga garing dan naik minyak.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak garing dan naik minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan masak sehingga pecah minyak lagi sekali. Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai dan biarkan mendidih, baru dimasukkan ikan dan bunga kantan.
  4. Kemudian masukkan sayuran seperti bendi tomato atau apa sahaja yang disukai.
  5. Kecilkan api dan biar ianya merenih lama lama sehingga sayur separuh lembut. Sayuran akan terus menjadi lembut ketika kuah disejukkan. Saya suka sayur yang tidak terlalu lembut ketika dimakan.
  6. Masukkan Maggi Cukup Rasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Masukkan garam, jika perlu 

Resepi : https://www.aziekitchen.com/
Gambar : https://www.kuali.com/
Cda 8/27/2021 02:02:00 pm
Read more ...
Alhamdulillah.. bulan Ogos banyak peristiwa gembira dalam hidup Cida antaranya berkongsi bulan kelahiran dengan ahli keluarga yang lain dan juga tarikh bersejarah dalam kehidupan Cida. Tak banyak kisah cinta antara kami berdua sebelum dinikahkan, kerana kenal dan bercinta macam pjj lah juga. 😁


31 Mac 2010 - Berkenalan dan berkawan. Masing-masing masih belajar. seorang di Segamat, seorang di Chembong, N9. Selepas belajar, terus kerja. Suami pula pada tahun 2011, hampir kehilangan nyawa sebab terlibat dalam kemalangan, patah riuk tulang.

30 Jun 2012 - Bertunang. seminggu selepas arwah bakal FIL meninggal dunia. arwah antara orang yang paling teruja untuk ke kampung Cida. Pada mulanya, pihak keluarga sebelah perempuan beranggapan tarikh pertunangan akan ditunda. namun, keluarga mertua meneruskan majlis atas permintaan arwah sebelum menghembus nafas terakhirnya.


16 Aug 2013 - Bernikah. Selamat dinikahkan. Biasalah orang tua kita, kalau boleh tanak bertunang lama-lama sebab macam-macam dugaan yang mendatang. Setahun pun dah terlalu lama bagi mereka. Majlis sebelah perempuan, rombongan pengantin lelaki ditempatkan di homestay dan bekalan makanan disediakan, makanan tradisi orang Kedah iaitu sarapan dengan ikan pekasam bersama pulut dan kelapa parut. Kebanyakkan yang datang adalah muda-mudi, ramai tak pandai makan. 😝 hingga sekarang suami selalu cakap berkenaan ini, pengalaman pertama sarapan di Kedah katanya.

17 Aug 2013 - Majlis bersanding sebelah pihak perempuan. Dihadiri oleh semua sahabat dan ahli keluarga. Rombongan pengantin lelaki pun ramai memeriahkan majlis. Kawan belajar suami yang berasal dari sini pun turut hadirkan diri. Masa ni, kita jemput saja semua orang. 😄 paling advance masa ni jemputan melalui BBM & Facebook disamping kad jemputan.

24 Aug 2013 - Majlis bertandang ke sebelah lelaki. Semua ahli keluarga datang dari Utara. Ditempat di homestay dan habis majlis semua ke Soga dan Jalan TAR untuk shopping. 😍😍

https://www.ibucida.com/2019/08/ulangtahun-hari-bersejarah-1608-1708.html
https://www.ibucida.com/2012/06/al-fatihah-abah-azizul-hafiz.html
Cda 8/16/2021 10:49:00 am
Read more ...
 
Alhamdulillah..

Hari ini adalah ulangtahun kelahiran buat ayah tercinta yang berada di kampung. Yang dirindui oleh anak perempuan yang jauh serta tidak bersua muka hampir 2 tahun. November 2019 maka genaplah 2 tahun tidak bersua muka. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik kepada kedua orang tua ku, lindungilah mereka dari penyakit berbahaya dan lanjutkanlah usia mereka. Amat merindui peluk dan belai dari mereka.

Ucapan ringkas melalui telefon yang mampu Cida buat dan kejutan bersama adik beradik yang lain iaitu boquet buah buahan untuk ayah yang tercinta.
 
Disebabkan Cida hanya anak tunggal perempuan, manjanya melebihi adik yang bongsu dengan kedua mak dan ayah.😀 Orang nampak ayah selalu lebihkan Cida dari anak-anak lelaki, tapi takkk.. ayah sama rata, cuma anak perempuan minta lebih, dapat lah lebih. hihi 
 
Begitu juga mak, selepas habis SPM, bermula episod Cida hidup berdikari sehingga sekarang. Setiap hari akan telefon mak untuk bertanya khabar. Kekadang benda yang sama di cerita. Sejam tak sedar berlalu begitu saja. Sampai ada suatu hari, abang menjadi pelik bila mak tidak bergayut lama.

Itulah, Cida dan adik tinggal berjauhan dari kedua orang tua. Kami adik beradik bergantung harap pada abang dalam menjaga mak ayah yang kian meningkat umur. Ditemani oleh dua hero. Bersyukur kami.
Cda 8/14/2021 07:19:00 pm
Read more ...