Happy Birthday Ayah @ 14 Ogos

 
Alhamdulillah..

Hari ini adalah ulangtahun kelahiran buat ayah tercinta yang berada di kampung. Yang dirindui oleh anak perempuan yang jauh serta tidak bersua muka hampir 2 tahun. November 2019 maka genaplah 2 tahun tidak bersua muka. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik kepada kedua orang tua ku, lindungilah mereka dari penyakit berbahaya dan lanjutkanlah usia mereka. Amat merindui peluk dan belai dari mereka.

Ucapan ringkas melalui telefon yang mampu Cida buat dan kejutan bersama adik beradik yang lain iaitu boquet buah buahan untuk ayah yang tercinta.
 
Disebabkan Cida hanya anak tunggal perempuan, manjanya melebihi adik yang bongsu dengan kedua mak dan ayah.😀 Orang nampak ayah selalu lebihkan Cida dari anak-anak lelaki, tapi takkk.. ayah sama rata, cuma anak perempuan minta lebih, dapat lah lebih. hihi 
 
Begitu juga mak, selepas habis SPM, bermula episod Cida hidup berdikari sehingga sekarang. Setiap hari akan telefon mak untuk bertanya khabar. Kekadang benda yang sama di cerita. Sejam tak sedar berlalu begitu saja. Sampai ada suatu hari, abang menjadi pelik bila mak tidak bergayut lama.

Itulah, Cida dan adik tinggal berjauhan dari kedua orang tua. Kami adik beradik bergantung harap pada abang dalam menjaga mak ayah yang kian meningkat umur. Ditemani oleh dua hero. Bersyukur kami.

8 comments:

  1. lamanya cida xblk kg.. arapnya nt blh blk kg ye.. =)

    happy birthday utk ayah cida..
    semoga ayah cida diberi kesihatan yg baik.. n murah rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. lama rasanya. rindu mereka semua.

      Delete
  2. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt ayah Cida ya.

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday buat ayah akak. Semoga sihat selalu. Aaminnn...
    Dari jauh dapat juga kirimkan sesuatu untuk ayah.

    ReplyDelete