Jika Itu Takdirku Oleh F.H.Y . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ . Assalamualaikum ♥  

Judul: Tika Itu Takdirku Oleh F.H.Y (2021)
ISBN: 978-967-469-181-3
Halaman: 465
Penulis: F.H.Y

Anafisha, dan Ameena seperti kembar, kemana-mana mereka pasti bersama. Ada saja benda dijadikan bahan untuk bergaduh. Riuh rendah. Fish anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan kedua ibu bapa Ameena dari umur sembilan tahun. Rumah Ameena seperti rumah kedua Fisha. 

Arrayyan, abang kandung Ameena yang belajar di UK dengan muka bekunya. Seorang perahsia. 15 tahun meninggalkan tanah air, tiba-tiba pulang bersama agendanya.

Sesuatu telah terjadi ketika bermalam di rumah keluarga Ameena diantara Fish dan Ray. Bermula dari situ, Fish cuba melarikan diri dari Ray. Sehingga berbulan menghilangkan diri. Ahkhirnya Fish tewas dengan pujukan supaya berkahwin dengan Ray. Itupun selepas Aunty Alyah dimasukkan ke hospital kerana rindukan Fish yang menghilangkan diri selepas kejadian malam tu.

Sebulan sebelum perkahwinan antara Fish dan Ray berlangsung. Mereka disambut dengan kepulangan mengejut Nine, sepupu Ameena dan Ray dari luar negara yang sukakan Fish. Mana tidaknya, Nine meluahkan perasaan pada Fish. Dan sudah tentunya Nine terlewat, itupun selepas mendapat berita bahawa Fish dan Ray bakal disatukan. 

Dihari perkahwinan mereka berdua, Melinda muncul dengan tanda tanya. Siapa Melinda ni? 

Ray mula menghilangkan diri selepas kemunculan Melinda, dari berminggu-minggu kepada berbulan-bulan. Kesian Fish. Untung Fish ni seorang usahawan berjaya yang pada mulanya hanya pemilik restoran, kemudian mula berkembang ke bisness perhotelan. Kesedihan itu diganti dengan kesibukan menguruskan perniagaannya. 

Badai yang melanda rumah tangga mereka kerana Melinda belum lagi surut. Muncul pula Badri. Dok "Yang" "B". Oh no! Lepas satu, satu dugaan datang. Sesuatu yang tragis bakal terjadi. Bagaimana Fish menangani ini semua? Jangan lupa baca novel ni 😆
Cda 9/27/2021 02:30:00 pm
Read more ...
Imamku Lelaki Pendosa Oleh Umie Nadzimah (2020) . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ . Assalamualaikum ♥ Hari cuti dihabiskan dengan membaca dan duduk dirumah. 😉

Judul: Imamku Lelaki Pendosa
ISBN: 978-967-469-166-0
Halaman: 471
Penulis: Umie Nadzimah


Cahaya Malaika bukan anak kandung Encik Firdaus. Status ni disimpan oleh ibu Cahaya dan Encik Firdaus berpuluh tahun sehinggalah hari dimana Cahaya akan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Nik Safri. Pertunangannya dengan Nik Safri terputus gara-gara identiti sebenar Cahaya didedahkan, teruk dihina oleh keluarga mertua tak jadinya. 

Selepas pertunangan diputuskan. Nik Safri beriya nak berjumpa Cahaya. Ingatkan untuk apa, rupanya nak tayang kekasih baru ketiak berkarat kepada Cahaya dan dihadiahkan sekali pakej hinaan. Anggun kakak Cahaya, memang sudah panas hati dengan perbuatan Nik Safri ni. Sapa tak marah adik sendiri dihina di tempat umum. Seorang lelaki yang tak dikenali menjadi penyelamat Cahaya, fire Nik Safri dengan kekasih. Padan muka. 😆

Semasa majlis Alumni sekolah Encik Firdaus. ayahnya bertemu Datin Junaidah. Pertemuan ini membawa kepada pertemuan kali kedua antara Cahaya dan penyelamatnya, Dean Ilyas. Langsung Datin Junaidah ingin menjodohkan Cahaya dengan Dean. Dean pun tak membantah bila diminta untuk berkenalan dengan Cahaya. Sebelum ini ramai calon yang telah direjeknya.

Rupanya Datin Junaidah punyai agenda sendiri. Hanya mereka sekeluarga yang tahu.

Identiti sebenar Cahaya telah diketahui oleh Dean. Dan Dean sanggup menerima segala yang telah diaturkan oleh Encik Firdaus, tanpa banyak soal. Baik pula Dean. Mesti ada agenda tersembunyi, kan?

Jodoh. Cahaya dan Dean selamat dinikahkan. Malam pertama Cahaya menunggu Dean - kecewa. Itulah yang Cahaya dapat. Begitulah malam berikutnya. Honeymoon tak seperti honeymoon. Akhirnya Cahaya mengerti. Haishh. Geram kita dibuatnya, awak. 

Dean merayu supaya Cahaya tidak meninggalkannya. Cahaya menggunakan peluang ini sepenuhnya sebagai balasan dengan syarat yang ditetapkan. Mudah "mencintainya sebagai seorang isteri kerana Allah". Mampukah Dean untuk mencintai Cahaya sedangkan . . Jangan lupa untuk baca cerita seterusnya.
Cda 9/26/2021 08:43:00 am
Read more ...
Misi Terlajak Cinta Oleh Mytun Abdullah (2016) . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ . Assalamualaikum ♥ Esok review novel yang lagi satu. Sehari dua ni duduk melepak di rumah layan novel..

Judul : Misi Terlajak Cinta Oleh Mytun Abdullah
ISBN: 978-967-469-024-3
Halaman: 855
Penulis: Mytun Abdullah



Teja Iman - Interrior Designer, watak yang cuba dibawa oleh penulis seorang gadis yang sangat kuat dan tabah. Seorang anak yatim piatu, dibesarkan oleh tok ayah, mak tok, maksu dan paksu. Pernah bercinta dan peristiwa hitam hampir meragut kehormatan hidup dengan bekas teman lelaki, menjadikan dia sangat kuat. Teja memulakan kehidupan barunya dan cuba untuk melupakan semuanya. 

Uqail Wasim, mamat Benggali karpet yang hilang upaya untuk berjalan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya kerana cubaan untuk selamatkan perempuan berbaju merah. Berputus asa selepas kejadian itu. Rupanya perempuan tu adalah Teja. Ya Teja Iman Tajuddin! Double D tu. Sebab tu lah Teja terasa terhutang budi dan seterusnya melancarkan misi untuk bantu Uqail supaya boleh berjalan semula.

Setiap hari terpaksa menadah telinga dengan tiap patah kata yang keluar dari bibir mamat Benggali karpet ni. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Hari pertama sudah berplaster dahi tu kena buku terbang. Kemudian kaki berbalut. Seterusnya jari berplaster. Haishh macam-macam menimpa gadis cantik ni.

Muncul bekas kekasih Teja buatkan kehidupan dan misi Teja makin sukar. Perasaan takut mula menghantui Teja. Mana tak nya tetiba munculkan diri dirumah Uqail. Ditambah dengan sikap Datin yang anti Teja, Amni yang tangan ringan melempang orang. Sabarlah duhai hati.

Miscommunication berlaku antara Teja dan Uqail! Masa ni Teja sentap habis dengan Uqail. Misi pujuk memujuk pula berlangsung. 

Bila Teja sudah luahkan perasaan pada Uqail, lain pula jadinya. Sabarlah Teja.. dugaan demi dugaan menimpa gadis ini sehingga akhirnya . . . Teruskan membaca ya 😉
Cda 9/25/2021 08:51:00 pm
Read more ...
Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ . Assalamualaikum ♥ Jom meriahkan giveaway blogger Fariha ni.

Syarat Penyertaan :
https://www.farihajafri.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html

Tarikh Tutup :
10 Oktober 2021

Buku kecintaan Cida adalah : 
Syamnuriezmil
https://www.ibucida.com/2019/01/pa-untuk-dia-oleh-syamnuriezmil.html

Qhayra Qhayriesa
https://www.ibucida.com/2020/08/novel-suamiku-ketua-gengster.html

Anjell
https://www.ibucida.com/2021/09/novel-dia-tetap-sempurna-oleh-anjell.html

Cda 9/23/2021 11:56:00 pm
Read more ...
Ayam Masak Kicap . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ . Assalamualaikum ♥ Atas permintaan Sofia, nak makan ayam masak kicap. 


Bahan-bahan :
Minyak masak
3 ulas bawang putih (blend)
3 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang)
3/4 ekor ayam potong kecil
Kicap Istimewa Mudim
1 biji Bawang besar (potong bulat)
1 biji Tomato (potong 4)
Sedikit air

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat setelah masak.
  2. Tumis bawang putih, Cida suka blend bersama 3 sekawan tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan kicap dan sedikit air.
  4. Kemudian masukkan ayam goreng tadi. Biarkan seketika.
  5. Masukkan bawang besar dan tomato.
  6. Sedia untuk dihidang.
*bila guna kicap Istimewa Mudim, jarang cida letak garam ataupun perasa.
Cda 9/21/2021 02:30:00 pm
Read more ...
Aktiviti : 4M Solar System Planetarium . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ . Assalamualaikum ♥ Beberapa hari lepas, permintaan pertama untuk belikan Sofia Scruff-A-Love Pet telah berjaya. Setakat ini, Cida masih belum terima sebarang permintaan baru. Shopee 9.9 sempat Cida belikan 4M Solar System Planetarium untuk aktiviti tambahan Sofia di rumah sebelum persekolahan bakal dibuka pada Oktober nanti.

Sayangnya ibu pada anak ibu ni, siap belikan set universe pada Sofia. Ibu, where the moon and the earth?

Disebabkan aktiviti dari cikgu "Ibu" dia, banyak cabaran dan dugaan sebelum kelas bermula. Nak makan lah, nak ke tandas lah,  nak tengok tv lah. Sudahnya sekali ibu tengok kartun.


Bahan yang disertakan dalam set ni. Cida hanya sempat buat satu planet, dan selebihnya Sofia buat sendiri. Comot usah cerita, janji bahagia ibu dan anak.


"Ibu, let me do". Jadi, termenung disebelah dia yang kusyuk mewarna. Sambil mewarna, bertanya nama-nama planet. 
 

"Ibu, ibu rasa nak stay di planet mana?, kalau Sofia, Sofia nak duduk di bulan. Sebab ibu dari earth always see me" ni pickup line ke apa ibu pun tak pasti anak dara sorang ni




Cda 9/21/2021 10:32:00 am
Read more ...
Cinta Tak Setaraf Oleh M y n | Wattpad . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ . Assalamualaikum ♥ Semalam baca guna applikasi Wattpad dan pilihan cerita  yang pertama adalah :


Judul : Cinta Tak Setaraf
Penulis : M y n

Irsya Sakura seorang anak yatim piatu, kematian kedua ibu bapanya disebabkan oleh hasad dengki. Sudah jatuh ditimpa tangga. Akibat tamak dan sikap tak berhati perut bapa saudaranya, rumah Irsya dijual dan dia dihalau. Namun, takdir dipertemukan dengan keluarga angkat yang baik yang berkeinginan untuk memiliki anak perempuan.

Faez, lelaki yang dicintainya telah berjumpa dan berkasih dengan sepupunya sendiri. Sedih bukan kepalang.

Idlan, Idhan dan Adrian adalah adik beradik angkat Irsya. Mereka baik, kecuali Idhan. Kerana kisah silamnya berkait rapat dengan perempuan, dia menjadi anti perempuan termasuklah mamanya sendiri. Irsya menjadi mangsa, dipukul, dihina, dihardik, dimaki dan segala macam 'di' lagi. Silap sikit Irsya yang dipersalah. Cida baca sedih bila perempuan diperlakukan begitu sekali. Memang sangat sedih.

Menjadi titik kepada perhubungan yang rapat, apabila Irsya diculik oleh musuh lama Adrian dikampung semasa mereka sekeluarga pulang untuk mengadakan majlis sebelum perkahwinan Adlan. Dalam kejadian ni, penulis ada menyarakan keadaan Irsya yang dikerjakan oleh dua tiga lelaki. Tragik rasanya dipukul oleh lelaki.

Mereka dinikahkan setelah kedua-duanya bersetuju. Sehingga sesuatu berlaku pada Idhan. Kena baca untuk cerita seterusnya.
Cda 9/20/2021 10:38:00 pm
Read more ...
GIVEAWAY BY SHIDA RADZUAN . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ . Assalamualaikum ♥ Jom meriahkan suasana giveaway Shida. 


Syarat Penyertaaan :
https://www.shidaradzuan.com/2021/09/giveaway-by-shida-radzuan.html

Tarikh Tamat :
2 Oktober 2021

Menarik mengenai blog Shida :
Selain blog tutorial, blog Shida ada banyak tips yang menarik untuk dikongsi bersama. Cida ke blog Shida ni sebab nak intai warna tema template blog nya. 
Cda 9/19/2021 12:02:00 am
Read more ...
Dalgona Coffee Campur Milo . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ . Assalamualaikum ♥ Tahun ni Sofia nak buat dalgona.


Kisahnya beberapa hari lepas, ayah menyuarakan keinginan untuk minum dalgona. Ibu yang kunon agak sibuk terpaksa tunda-tunda sehingga ke hari ini. Sofia dengan senang hati berjanji dengan ayah nak buat projek dalgona mereka, ibu lega boleh rehat (impian). Impian ibu ranap sama sekali bila secara tak langsung dilibatkan dalam perjanjian dua beranak ni.

Kesudahannya, ibu tabur milo atas dalgona ibu. Mereka berdua pun nak juga.
Cda 9/18/2021 01:21:00 am
Read more ...
Selamat Hari Malaysia 16 September . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ . Assalamualaikum ♥ Alhamdulillah, hari ini merupakan cuti umum bersempena Hari Malaysia. Selamat bercuti bersama keluarga dan sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan. Tidak lupa juga Selamat hari lahir kepada yang menyambut hari lahir hari ini.
Sebagaimana yang kita tahu. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia. Pada tarikh yang sama tahun 1963 yang lalu, penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Dan akhirnya pengisytiharan dilakukan pada 16 September tahun yang sama.

Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. 

Sumber : Wikipedia
Cda 9/16/2021 11:51:00 am
Read more ...
Akulah Si Heroin! Oleh Syu Ariani (2019) | Assalamualaikum  kali pertama membaca novel hasil karya Syu Ariani ni.


Judul : Akulah Si Heroin!
ISBN : 978-967-469-124-0
Halaman : 493
Penulis : Syu Ariani


Jalan cerita ringkas dan pembacaan agak santai kali ini. Berkisar kisah cinta antara seorang pemilik kafe dan seorang penulis novel, Aliff Haq. Di awal perceritaan, Aliya dan Aliff ditemukan semula setelah bertahun-tahun tidak bersua muka. Asal berjumpa pasti bercakaran. 

Aliya Jasmine membesar bersama ayah dan abangnya. Bekas tunangan Fakhri yang suatu ketika dulu cuba melakukan perkara tidak baik pada Aliya. Aliya seorang yang berdikari, modal yang diberi oleh ayah dan abangnya untuk perniagaan kafe Mikro dibayar oleh Aliya setiap bulan.  Aliya dan pekerjanya sangat rapat, terutama kawan baiknya Farizul dan Suraya.

Aliff Haziq seorang lulusan luar negara. Pulang ke tanah air dan menjadi penulis novel. Seorang anak dan abang yang bertanggungjawab. Suka sangat bergaduh dengan Aliya. Menjadi kegilaan Aliya J pada masa sekolah dulu. 

Sejak pertemuan semula mereka, Aliff setiap hari akan ke kafe Aliya bersama laptop dia. Setiap harilah Aliya akan bergaduh dengan Aliff. Dari panggilan Miss Stalker, berubah ke Melur ada-ada saja gelaran yang Aliff beri kepada Aliya. 

Suatu hari, pandangan Aliya terhadap Aliff berubah. Diselamatkan daripada cubaan tidak baik ke atas diri Aliya oleh Naim. Ini menjadikan Aliya makin takut bila berhadapan dengan lelaki.

Berkali-kali lamaran Aliff di tolak oleh Aliya. Jodoh. Akhirnya mereka dinikahkan. Dalam berumah tangga pun masih bergaduh sehingga mereka di uji. Masih kuatkah kepercayaan antara mereka? Siapakan punca badai yang melanda kali ini? Sampai hati Aliff buat Aliya begitu. Siapa sebenarnya Aliya J? Teruskan membaca untuk ketahui kisah sebenarnya..
Cda 9/14/2021 08:13:00 am
Read more ...
Swab for PreOperative Surgery MIL | Assalamualaikum  Setelah badan kembali sihat dari minggu sebelum ini berikutan hempedu pecah dan bernanah. MIL akan menjalani pembedahan untuk membuang hempedu yang pecah itu pada keesokan harinya 14/09/2021. Sebelum pembedahan dijalankan, swab test perlu dibuat pada hari ini.


Semoga MIL dipermudahkan urusannya dan diberikan kesembuhan cepat. Aamiin
Cda 9/13/2021 09:39:00 am
Read more ...

Lirik Lagu Langkah Seiringan

Di kala ku keseorangan
Kenangan pun datang menjelma lagi
Terbayang saat-saat nan manis
Ketika bersama dahulu

Tak tertahan menanggung rindu
Disaat kau berjauhan dari ku
Wajahmu selalu datang menjelma
Membuat teguhnya cintaku

Oh sayangku hulurkan tanganmu
Bersama kita bergandengan
Berdua menuju arah bahagia

Melalui liku-liku kehidupan
Pahit manis kita hadapi bersama
Semoga kita berdua berbahagia

Di kala ku keseorangan
Kenangan pun datang menjelma lagi
Terbayang saat saat yang manis
Ketika bersama dahulu

Oh sayangku hulurkan tanganmu
Bersama kita bergandengan
Berdua menuju arah bahagia

Melalui liku-liku kehidupan
Pahit manis kita hadapi bersama
Semoga kita berdua berbahagia

Oh sayangku hulurkan tanganmu
Bersama kita bergandengan
Berdua menuju arah bahagia

Melalui liku-liku kehidupan
Pahit manis kita hadapi bersama
Semoga kita berdua berbahagia

Cda 9/13/2021 08:31:00 am
Read more ...
Novel | Mencari Si Pelengkap Hati Oleh Farisha Imani | Assalamualaikum novel ni telah Cida baca bulan lepas.


Judul : Mencari Pelengkap Hati
ISBN : 978-967-089-065-4
Halaman : 601
Penulis : Farisha Imani

Cerita kali ini antara cikgu dan anak murid. Nuha Huda seorang gadis yang dibenci ibu saudara sendiri setelah kematian ibu kandungnya. Cikgu Ihsan Zuhri yang telah menolong dan memberi perlindungan kepada Nuha dan memberi kehidupan yang baru bersama keluarga angkat Nuha. Nuha menolak cinta Cikgu Ihsan kerana baginya cinta tidak boleh dipaksa mahupun dipupuk.

Cikgu Ihsan yang cintakan Nuha telah membuat keputusan untuk melepaskan Nuha pergi jauh dari keluarga setelah Nuha masih teguh dengan pendiriannya itu.

Lima tahun Nuha menghilangkan diri. Kepulangan Nuha ke keluarga angkatnya dikejutkan dengan pelbagai berita yang menyedihkan. Mampukah Nuha untuk terima Cikgu Ihsan? Adakah jodoh milik mereka berdua?

Jom sambung membaca. (".)


Cda 9/12/2021 08:56:00 am
Read more ...

Lirik Lagu Untukmu Ibu

Oh, ibu kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini dan kesepian
'Kan aku bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kering tiada tempat kulayarkan
Hasratku ini masih belum sempat kubuktikannya
Padamu ibu tersayang kucurahkan rasa hati

Kutatapi potretmu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka di antara kekasih-kekasih-Mu oh ibu
Kau kasih sejati, kutaburkan doa untukmu ibu
Ampunilah dosaku sejak ku dilahirkan hingga akhir hayatmu
Di saat ini kuteruskan hidup tanpa bersamamu ibu

Tuhan Yang Esa ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka di antara kekasih-kekasih-Mu oh ibu
Kau kasih sejati, kutaburkan doa untukmu ibu
Ampunilah dosaku sejak ku dilahirkan hingga akhir hayatmu
Ibu
Kini aku hilang tempat mengaduh

Oh, ibu damailah engkau di sana
Kutaburi doa mewangi
Hanya dari anakmu

Ibu...

Cda 9/11/2021 08:23:00 am
Read more ...
Persediaan Kehadian Bekerja 80% di Pejabat | Assalamualaikum  Alhamdulillah..Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan itu memberi kelonggaran kepada penduduk lengkap menerima vaksin, termasuk kebenaran merentas daerah. Hmetro - Nak rentas tak boleh, mak ayah masih di Fasa 1. 😔 berhuhuhu lagi kita


Kadar vaksinasi di syarikat Cida boleh katakan hampir lengkap. Situasi ini menunjukkan keberkesanan proses vaksin pada pekerja telah berjaya mengurangkan risiko mendapat jangkitan Covid19. Pihak syarikat Cida menyarankan untuk kembali ke pejabat sehingga jumlah kehadiran mencecah 80% kehadiran. 

Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian bila mula bekerja adalah :
  1. Telah menerima suntikan vaksin lengkap dan melepasi tempoh dua (2) minggu
  2. Mesyuarat masih dilaksakan melalui video
  3. Aktiviti solat di surau bagi pekerja yang telah lengkap vaksin dibenarkan dengan SOP sedia ada.
  4. Pekerja perlu kemaskini profil risiko dalam MYSJ, dan ikut SOP sedia ada.
  5. Selebihnya berkaitan hal syarikat.
**seronok dapat kembali kerja di pejabat, sebelum ni jadual penggiliran WFO, buat kerja tak puas, printer rumah kecil berbanding printer di pejabat, dan bertambah risau fikirkan anak di pusat asuhan.

Sumber : 
https://www.malaysia.gov.my/
https://covid-19.moh.gov.my/faqsop/pelan-pemulihan-negara-sop-fasa-dua

Cda 9/10/2021 03:36:00 pm
Read more ...
Resepi Sup Ayam Bersama Suhun | Assalamualaikum atas permintaan anak dara Cida nan seorang ini. Sup ayam bersama suhun untuk seorang makan.


Bahan Kisar
  • 1/4 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
Bahan Tumis :
  • Minyak
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Buah Pelaga
Bahan-bahan
  • 4 ketul ayam
  • Air
  • Suhun (direndam)
  • Cendawan
  • Lobak Merah
  • Kentang
  • Daun Sup
  • Lada Hitam

Cara Memasak : 
  1. Panaskan minyak dalam kuali / periuk. Masukkan bahan tumis dan bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya. Biarkan sehingga hampir mendidih.
  3. Kemudian, masukkan ayam dan lada hitam yang ditumbuk kasar dan garam. Biarkan sehingga ayam masak.
  4. Masukkan sayur semua dan biarkan sekejap baru masukkan suhun yang telah direndam tadi.
  5. Rasa dan boleh tutup api

** lada hitam Cida tumbuk kasar kerana anak dara sorang tu tak makan pedas

Kredit : Google
Cda 9/10/2021 08:51:00 am
Read more ...
Semanis Tomato Oleh Freesia (2017) | Assalamualaikum  banyak hari nak update novel ni, tapi tak sempat.


Judul : Semanis Tomato
ISBN : 978-967-469-047-2
Halaman : 470
Penulis : Freesia

Setelah kematian ibu kandung, hidup seorang Zafeeya tak pernah manis dengan lelaki. Ayah sendiri pun bencikan dia. Namun, dia berkerjaya dalam bidangnya. Watak Zafeeya seorang yang independent, dia ada income sendiri. Cuma pelik kenapa dia tak beli kereta atau motosikal.

Watak Andriy ni bagi Cida, anak emak kekadang tu. Kenalah dengan watak yang dibawa oleh Zafeera.

Serius seram bila hobi Zafeera pergi ke rumah usang tu untuk cari ilham. Paling kelakar bila Zafeera rajin pula mengayuh basikal dari rumah nya ke rumah Andriy untuk menghantar tomato. Cer bayangkan setiap hari jamah tomato. Mau muka membulat macam buah tomato. hihi

Rasa-rasalah, hubungan antara Zafeera dan Andriy ni sampai ke tahap mana? Bercinta dan berkahwin atau sekadar berkawan saja? Kena baca sampai habis
Cda 9/10/2021 12:54:00 am
Read more ...

Lirik lagu Mountains - Yuna

I wish I meant something to you
Like you did to me
I wish I could stay as new
As when you first found me

Oh my head is tired
From just trying to hide my views
Or when I keep trying my best just to keep you

Place me in the corner (inside your heart)
So that you remember (baby when I'm gone)
Are you still having fun
Well I'm still waiting
Waiting for the mountains to fall
Waiting for the mountains to fall
Baby when I am gone
You were something
Waiting for the mountains to fall
Waiting for the mountains to fall

I'm not as smart as your books
But I know how to look out for you
I come with a head and a heart
Been using it from the start
And my brain is starting to suffer in coats from you
Still I am trying my best just to please you

Place me in the corner (inside your heart)
So that you remember (baby when I'm gone)
Are you still having fun
Well I'm still waiting
Waiting for the mountains to fall
Waiting for the mountains to fall
Baby when I am gone
You were something
Waiting for the mountains to fall
Waiting for the mountains to fall

Place me in the corner (inside your heart)
So that you remember (baby when I'm gone)
Are you still having fun
Well I'm still waiting
Waiting for the mountains to fall
Waiting for the mountains to fall
Baby when I am gone
You were something
Waiting for the mountains to fall
Waiting for the mountains to fall

Kredit : Youtube
Cda 9/08/2021 09:25:00 pm
Read more ...
Dia Tetap Sempurna Oleh Anjell (2020) | Assalamualaikum  Memandangkan novel ni tengah hangat dipasaran, meh kita review sikit.


Judul : Dia Tetap Sempurna
ISBN : 978-967-469-160-8
Halaman : 702
Penulis : Anjell


Kisah cinta antara Sunshine dan Orang Kacak. Pertemuan buat kali kedua antara mereka telah menjadikan mereka pasangan kekasih jadian. 

Kisah bermula bila Dara menerima jemputan alumni sekolahnya dan pada awal rancangan untuk menjadikan Audi teman lelakinya. Namun bila tiba hari kejadian, Orang Kacak yang kacak muncul. Cuba bayangkan harapkan yang lain, yang lain muncul. Fuhh nasiblah kacak. 😛

Eskandar menjadi penyelamat Dara setiap kali ditimpa peristiwa malang. 

Dara ni kekadang geram dengan watak yang dibawa, dah tahu masalah akan muncul jika dia berjumpa dengan bekas teman lelaki nya, lagi dia pergi berseorangan. Suka part ni, bila sudah berumah tangga dia berjaya menyelesaikan konflik dalaman keluarga mertuanya yang berlaku lebih 20 tahun yang lalu, antara mama, papa dan Eskandar.

Eskandar pula seorang yang berhati kering sepanjang berkawan dengan Dara, kau aku saja. Dalam kering tu, sentiasa alert dengan setiap pergerakan Dara. Tak disangka, rupanya Eskandar punyai satu rahsia besar yang hanya mereka bertiga yang tahu. Siapa mereka itu?

Jangan lupa baca sampai habis. 
Cda 9/07/2021 03:01:00 pm
Read more ...
Scruff-A-Luv Pet for Sofia | Assalamualaikum bila anak dara sorang ni minta mainan bermakna dia memang teringin sangat. Sebab Sofia jarang minta sesuatu. Jadi ibu ikutlah kehendak anak nan seorang ni.

Pet ni sampai tengah hari semalam. Cida sorokkan dulu. Entah macam mana terkantoi oleh si ayah, di dengar oleh si anak. Bermulalah drama-drama air mata nak bermain pet ini. Cida kenakan syarat siapkan semua homework lepas tu baru boleh bermain. Homework yang makan masa sejam boleh disiapkan dalam masa 20 minit. 


Pet berbentuk bulat ni beserta beberapa aksesori. Arahan dinyatakan guna warmwater, ibu belum sempat cakap apa, anak lagi laju. Air paip pun jadi.


Ibu, can i borrow your hairdryer. Dengan berbekalkan muka eksaited dia. OK. Pakej kain batik ibu digunakan.


Siap. Semua dilakukan sendiri oleh Sofia. Hairdryer tu Cida terangkan bagaimana untuk guna. New experience.


Settle semuanya, laju mengemas semua peralatan yang digunakan. Ambil hati ibu dan ayah katakan. 
Cda 9/06/2021 07:53:00 pm
Read more ...
Happy Birthday Twins @ 3 September | Assalamualaikum Alhamdulillah.. Tiga tahun lepas twins telah selamat dilahirkan. Rupanya keturunan ayah ada twins tanpa disedari. Main keturunan-keturunan nampak entri kali ini. Syukur semuanya selamat dan dipermudahkan. Sepasang, rezeki adik sekeluarga.


Dengan ucapan : Happy Birthday Twins!
Cda 9/05/2021 11:09:00 pm
Read more ...
BIRTHDAY GIVEAWAY SHEILA INSPIRE | Assalamualaikum  


Syarat Penyertaan :
https://www.sheilainspire.com/2021/08/birthday-giveaway-sheila-inspire.html

Tarikh Tutup :
21 September 2021

Jom sama-sama meriahkan giveaway rakan kita ni.
Cda 9/05/2021 07:19:00 pm
Read more ...
FOBIA PADA KUCING, AILUROPHOBIA | Assalamualaikum makhluk yang satu ni memang comel, tapi bila dia mendekat terasa macam akan ada kerusi atau meja bakal arwah sebab tak mampu tampung berat badan orang. Pernah dengar sesetengah orang fobia pada kucing?

Mungkin ia kedengaran agak mengada-ngada. Hey! Makhluk yang sebegitu comel pun awak takut? No No jangan dicuba-cuba kenenkan kami ya?

Pengalaman semasa umur Enam tahun, sebelum kejadian kami berdua memang rapat. Makan bersama, borak bersama. Namanya Oreng, dan tentulah sebab bulunya berwarna oren dan bermata biru. Dikira anak angkat mak Cida, ceh tanak mengaku adik angkat, guna nama mak pula. 

 

Oreng tetiba menyerang Cida tanpa usul periksa. Habis dicakar dan digigit kain sekolah. Sampai satu tahap I pun langkah seribu tinggalkan dia. Siapa sangka, kuku dia sangkut pada kain I, apa lagi terseret sekali si Oreng masa Cida larikan diri dari dia. Sambil melalak melolong bagai dikejar hantu. Sejak insiden tu, SOP sentiasa di jaga. Masa pendemik ni kita kekalkan jarak 1 meter, Cida amalkan jarak 5 meter dengan Oreng. 

Sekarang mode standby Cida auto on bila nampak makhluk yang satu ni. Berbeza dengan Sofia suka dan nak pelihara. ohhh! maafkan ibu kerana proposal awak itu ditolak awal-awal.
Cda 9/04/2021 09:31:00 am
Read more ...
Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100 | Assalamualaikum


Syarat Penyertaan :
https://www.busyratakiyudin.com/2021/08/giveaway-busyrakongsirezeki-wang-tunai.html

Tarikh Tutup :
10 September 2021

First time ke blog sis Busya ni. Salam Perkenalan.
Cda 9/02/2021 06:28:00 pm
Read more ...
SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA | Assalamualaikum  Mari ramai-ramai kita memeriahkan giveaway yang dianjurkan oleh Aien. Tahniah dan selamat berpantang buat ibu Aien.


Syarat Penyertaan : 
https://www.aienienka.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

Tarikh Tutup : 
 2 September 2021

Surprise yang Cida terima tahun ni adalah kiriman dari seorang sahabat iaitu ex-officemate yang tinggal di Sg Buloh. Brother Grab tu cakap 'jiran' akak bagi hadiah. Dalam hati sudah pelik sambil pandang kiri kanan rumah, sebab 'jiran' semua sebaya MIL. Tahu pula mereka pasal tarikh lahir jiran-jiran ni. Serba salah nak terima. Terpikir hanya sorang 'jiran' yang selalu buat onar ni. hihihi - dari dia mula keja 2011 sehingga Cida berhenti kerja, dialah jiran tak pernah berpindah. 
Cda 9/02/2021 06:22:00 pm
Read more ...
Hempedu Apa Masalah Kesihatan Berkaitan | Assalamualaikum  Hai, pernah alami keadaan dimana lepas makan ayam goreng mahupun cucur jagung rasa sakit di bahagian bawah hati pada bahagian kanan atas perut? Ada setengah orang rasa sakit tu hingga ke bahagian belakang. Dalam makna lain adalah sakit pundi hempedu. Ya! hempedu. Cida pernah mengalami batu hempedu pada tahun 2015, dan minggu ni MIL dikhabarkan hempedu telah pecah dan dalam proses untuk pembedahan namun risiko amat tinggi. 😟

Pundi hempedu atau gallbladder adalah organ yang berbentuk seperti buah pir, dengan kepanjangan 4 inci. Ia terletak di bawah hati pada bahagian kanan atas perut. Juga menyimpan sebatian yang dihasilkan oleh hati untuk mencerna lemak serta membantu badan menyerap vitamin dan nutrien larut dalam lemak. 

Pada pundi hempedu yang sihat, proses ini akan berlaku tanpa rasa sakit.

Pun begitu, jika berlaku penyumbatan di pundi hempedu, ia akan menjejaskan fungsi atau mewujudkan masalah sakit hempedu dan ketidakselesaan boleh terjadi.

Masalah kesihatan berkaitan sakit hempedu
  1. Keradangan pundi hempedu
    • Turut dikenali sebagai kolesistitis (cholecystitis). Ia boleh menjadi masalah kesihatan akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang).
    • Keradangan kronik adalah hasil daripada beberapa serangan kolesistitis akut.
    • Keradangan yang berlaku boleh merosakkan organ ini sehingga menghilangkan kemampuannya untuk berfungsi dengan baik.
  2. Batu hempedu
    • Gallstones adalah deposit kecil dan keras terbentuk di pundi hempedu. Deposit ini boleh berkembang tanpa dikesan selama bertahun-tahun.
    • Batu ini boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti radang, jangkitan dan kesakitan. Ia juga boleh mengakibatkan kolesistitis akut.
    • Umumnya, saiz batu hempedu sangat kecil. Tetapi ia boleh bertambah besar sehingga menyekat saluran keluar daripada pundi hempedu.
    • Kebanyakan batu ini terhasil daripada kolesterol dalam hempedu.
    • Ada juga batu lain seperti batu pigmen yang terbentuk daripada kalsium bilirubinate – bahan kimia yang dihasilkan ketika badan memecahkan sel darah merah.
  3. Batu hempedu biasa
    • Sakit hempedu ini terjadi apabila wujud batu pada saluran hempedu biasa, ia dikenali sebagai choledocholithiasis.
    • Dalam kebanyakan kes, batu jenis ini sebenarnya batu yang berkembang pada gallbladder dan kemudian disalurkan ke saluran hempedu. Ia turut disebut sebagai batu sekunder.
    • Ada juga batu yang berkembang pada saluran hempedu dan dikenali sebagai batu primer. Ia lebih berisiko menyebabkan jangkitan berbanding batu sekunder.
  4. Penyakit hempedu tanpa batu
    • Batu hempedu bukanlah punca kepada semua masalah kesihatan berkaitan organ berbentuk pir ini.
    • Penyakit hempedu tanpa batu boleh dialami di dalam gallbladder anda.
  5. Jangkitan saluran biasa
    • Berlaku apabila saluran tersumbat.
    • Umumnya, rawatan yang tersedia berkesan jika jangkitan dijumpai lebih awal. Sekiranya tidak, ia boleh merebak dan membawa maut.
  6. Nanah
    • Sebilangan pesakit batu hempedu mungkin mengalami nanah pada organ tersebut. Keadaan sakit hempedu ini dikenali sebagai empyema.
    • Nanah atau abses yang terhasil daripada gabungan sel darah putih, bakteria dan tisu mati boleh menyebabkan sakit perut yang teruk.
    • Jika masalah kesihatan ini tidak dirawat, ia boleh mengancam nyawa apabila jangkitan mula merebak.
  7. Ileus batu hempedu
    • Batu hempedu boleh masuk ke usus dan menyekatnya. Ia keadaan jarang berlaku tetapi boleh membawa maut.
    • Biasa terjadi kepada individu berusia 65 tahun ke atas.
  8. Pundi berlubang
    • Jika dibiarkan terlalu lama sebelum rawatan, gallstone boleh mengakibatkan pundi berlubang. Ia boleh mengancam nyawa.
    • Sekiranya tidak dikesan, jangkitan perut berbahaya boleh berkembang dan merebak.
  9. Polip
    • Merupakan pertumbuhan tisu abnormal. Ia biasanya jinak atau bukan kanser. Dalam kebanyakan kes polip bersaiz kecil, ia tidak mendatangkan bahaya.
    • Namun, polip bersaiz besar mungkin perlu dikeluarkan secara pembedahan sebelum berkembang menjadi barah atau menyebabkan masalah kesihatan lain.
  10. Porcelain gallbladder
    • Organ sihat akan mempunyai dinding yang sangat berotot. Lama-kelamaan, deposit kalsium boleh mengeraskan dinding ini dan menjadikannya kaku – dikenali sebagai pundi hempedu porselin.
    • Jika mengalami keadaan ini, anda berisiko untuk menghidapi barah pundi hempedu.
  11. Kanser
    • Sakit hempedu melibatkan kanser ini jarang berlaku. Namun jika tidak dikesan dan dirawat, ia boleh merebak ke organ lain dengan cepat.

Sumber : https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/pundi-hempedu/keadaan-sakit-hempedu/
Cda 9/02/2021 09:10:00 am
Read more ...
Semak Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2022-2023 | Assalamualaikum Giliran Cida merasa pengalaman mendaftar anak bagi kemasukan ke sekolah rendah secara atas talian. Pengalaman dari rakan-rakan dijadikan panduan. Sebenarnya, terasa begitu cepat anak membesar walaupun mereka membesar dihadapan kita.

 

Tarikh Penting Semakan & Rayuan Murid ke Tahun 1 2022-2023
1. Tarikh Pendaftaran Lewat
Buka : akan dikemaskini
Tutup : -

2. Tarikh Surat Penempatan / Semakan Keputusan
Muka : 1 Ogos 2021
Tamat : 31 Ogos 2021
*Sekolah Rendah Putrajaya : Semakan keputusan penempatan bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya telah ditangguhkan kepada 1 November 2021

3. Tarik Rayuan
Buka : 1 Ogos 2021
Tutup : 30 Ogos 2021
* Nota : Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dan keputusan juga melalui sistem. Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.

4. Tarikh Pengesahan Penempatan
Muka : 1 Ogos 2021
Tamat : 31 Ogos 2021

5. Tarikh Keputusan Rayuan
Buka : 1 Oktober 2021
Tutup : -

Kaedah Cara Semakan Keputusan Tahun 1
1. Layari laman SPATKPM : https://public.moe.gov.my/
2. Log Masuk - Tahun 1 - Semak

Proses Pengesahan Penempatan Tahun 1/2022
Proses pengesahan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:

Perakuan Penempatan
  1. Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
  2. Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
  3. Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut
Permohonan Rayuan
  1. Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
  2. Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
  3. Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
  4. Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan

*Terimbau kenangan di Tahun 1, ayah hantar terus suruh ayah balik sebab sudah target kawan ramai dalam kelas.
Cda 9/01/2021 09:25:00 am
Read more ...