FOBIA PADA KUCING, AILUROPHOBIA | Assalamualaikum ♥ makhluk yang satu ni memang comel, tapi bila dia mendekat terasa macam akan ada kerusi atau meja bakal arwah sebab tak mampu tampung berat badan orang. Pernah dengar sesetengah orang fobia pada kucing?
Mungkin ia kedengaran agak mengada-ngada. Hey! Makhluk yang sebegitu comel pun awak takut? No No jangan dicuba-cuba kenenkan kami ya?
Pengalaman semasa umur Enam tahun, sebelum kejadian kami berdua memang rapat. Makan bersama, borak bersama. Namanya Oreng, dan tentulah sebab bulunya berwarna oren dan bermata biru. Dikira anak angkat mak Cida, ceh tanak mengaku adik angkat, guna nama mak pula.
Oreng tetiba menyerang Cida tanpa usul periksa. Habis dicakar dan digigit kain sekolah. Sampai satu tahap I pun langkah seribu tinggalkan dia. Siapa sangka, kuku dia sangkut pada kain I, apa lagi terseret sekali si Oreng masa Cida larikan diri dari dia. Sambil melalak melolong bagai dikejar hantu. Sejak insiden tu, SOP sentiasa di jaga. Masa pendemik ni kita kekalkan jarak 1 meter, Cida amalkan jarak 5 meter dengan Oreng.
Sekarang mode standby Cida auto on bila nampak makhluk yang satu ni. Berbeza dengan Sofia suka dan nak pelihara. ohhh! maafkan ibu kerana proposal awak itu ditolak awal-awal.
hehe.. ada yang fobia, ada yang suka kan
ReplyDeleteAdik naniey takut sangat dengan kucing sebab pernah kena cakar.. Dah lupa apa peristiwa yang buatkan dia jadi berani dan akhirnya dah bela kucing dia sendiri dah sekarang ni.
ReplyDeleteMacam mana kalau kita takut dengan anjing, begitu juga takutnya orang dengan kucing. Memang bukan mengada-ngada sebab setiap orang ada pengalaman dan fobia masing-masing.
ReplyDeleteAlamakkk. Kena Oreng attack tiba2. Tak apa boleh tengok dari jauh saja hehe
ReplyDeleteDl kecil2 mmg takut gila ngan kucing.. Arwah nenek mmg bela ber ekor2 kucing.. Tiap. Kali blk kg mesti kucing2 tu kena kurung.. Sbb bil dia lpskan, kucing ni kemain laju kejar kita.. Pstu kita pun terpaksa jd spriner nak elakkan kucing hhahh..tp dah tua2 ni ok lgi la cuma bkn peminat kucing laa ye
ReplyDeleteAduh.. Kalau dah fobia memang tak boleh nak tolong..
ReplyDeletesha pun tak berapa berani dengan kucing.. hehehe.. tapi taklah sampai fobia..
ammi tak fobia..tapi ammi geli especially bila tiba2 dia mengesel kat kaki.
ReplyDeletepastu kalau time makan kat kedai ada kucing ngiau2 kat tepi kita..... ehhhhh gi kat sebelah org yg suka kcuing boleh tak??