Imamku Lelaki Pendosa Oleh Umie Nadzimah (2020) . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum ♥ Hari cuti dihabiskan dengan membaca dan duduk dirumah. 😉
Judul: Imamku Lelaki Pendosa
ISBN: 978-967-469-166-0
Halaman: 471
Penulis: Umie Nadzimah
Cahaya Malaika bukan anak kandung Encik Firdaus. Status ni disimpan oleh ibu Cahaya dan Encik Firdaus berpuluh tahun sehinggalah hari dimana Cahaya akan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Nik Safri. Pertunangannya dengan Nik Safri terputus gara-gara identiti sebenar Cahaya didedahkan, teruk dihina oleh keluarga mertua tak jadinya.
Selepas pertunangan diputuskan. Nik Safri beriya nak berjumpa Cahaya. Ingatkan untuk apa, rupanya nak tayang kekasih baru ketiak berkarat kepada Cahaya dan dihadiahkan sekali pakej hinaan. Anggun kakak Cahaya, memang sudah panas hati dengan perbuatan Nik Safri ni. Sapa tak marah adik sendiri dihina di tempat umum. Seorang lelaki yang tak dikenali menjadi penyelamat Cahaya, fire Nik Safri dengan kekasih. Padan muka. 😆
Semasa majlis Alumni sekolah Encik Firdaus. ayahnya bertemu Datin Junaidah. Pertemuan ini membawa kepada pertemuan kali kedua antara Cahaya dan penyelamatnya, Dean Ilyas. Langsung Datin Junaidah ingin menjodohkan Cahaya dengan Dean. Dean pun tak membantah bila diminta untuk berkenalan dengan Cahaya. Sebelum ini ramai calon yang telah direjeknya.
Rupanya Datin Junaidah punyai agenda sendiri. Hanya mereka sekeluarga yang tahu.
Identiti sebenar Cahaya telah diketahui oleh Dean. Dan Dean sanggup menerima segala yang telah diaturkan oleh Encik Firdaus, tanpa banyak soal. Baik pula Dean. Mesti ada agenda tersembunyi, kan?
Jodoh. Cahaya dan Dean selamat dinikahkan. Malam pertama Cahaya menunggu Dean - kecewa. Itulah yang Cahaya dapat. Begitulah malam berikutnya. Honeymoon tak seperti honeymoon. Akhirnya Cahaya mengerti. Haishh. Geram kita dibuatnya, awak.
Dean merayu supaya Cahaya tidak meninggalkannya. Cahaya menggunakan peluang ini sepenuhnya sebagai balasan dengan syarat yang ditetapkan. Mudah "mencintainya sebagai seorang isteri kerana Allah". Mampukah Dean untuk mencintai Cahaya sedangkan . . Jangan lupa untuk baca cerita seterusnya.
menarik jgk jalan cerita
ReplyDeletesuka Cida jalan ceritanya.
Deletelama tak baca novel
ReplyDeletejom baca (",)
DeleteAlaaaaa.. Syok baca sinopsis tp terencat pulak huhuhu.
ReplyDelete(",) kann rahsia..hehe
DeleteMacam dah boleh agak kenapa Dean macam tu..haha..last-last happy ending tak? :P
ReplyDeletehappy ending cerita ni.
DeleteAda teka-teka mengapa Dean kahwin dengan Cahaya.
ReplyDeletebetul2.. (",)
DeleteTak sabar nak tengok drama Imamku Lelaki Pendosa ni :)
ReplyDeletepeh tajuk dia cathcy buat org nak baca je novel ni
ReplyDeletesesuatu betul mak datin tu tak pasal naya anak orang. suka la baca ni, watak heroin pun matang dah tak cepat gelabah :)
ReplyDelete