Semak Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2022-2023 | Assalamualaikum ♥ Giliran Cida merasa pengalaman mendaftar anak bagi kemasukan ke sekolah rendah secara atas talian. Pengalaman dari rakan-rakan dijadikan panduan. Sebenarnya, terasa begitu cepat anak membesar walaupun mereka membesar dihadapan kita.
Tarikh Penting Semakan & Rayuan Murid ke Tahun 1 2022-2023
1. Tarikh Pendaftaran Lewat
Buka : akan dikemaskini
Tutup : -
2. Tarikh Surat Penempatan / Semakan Keputusan
Muka : 1 Ogos 2021
Tamat : 31 Ogos 2021
*Sekolah Rendah Putrajaya : Semakan keputusan penempatan bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya telah ditangguhkan kepada 1 November 2021
3. Tarik Rayuan
Buka : 1 Ogos 2021
Tutup : 30 Ogos 2021
* Nota : Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dan keputusan juga melalui sistem. Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.
4. Tarikh Pengesahan Penempatan
Muka : 1 Ogos 2021
Tamat : 31 Ogos 2021
5. Tarikh Keputusan Rayuan
Buka : 1 Oktober 2021
Tutup : -
Kaedah Cara Semakan Keputusan Tahun 1
1. Layari laman SPATKPM : https://public.moe.gov.my/
2. Log Masuk - Tahun 1 - Semak
Proses Pengesahan Penempatan Tahun 1/2022
Proses pengesahan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:
Perakuan Penempatan
- Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
- Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
- Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut
Permohonan Rayuan
- Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
- Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
- Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
- Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan
*Terimbau kenangan di Tahun 1, ayah hantar terus suruh ayah balik sebab sudah target kawan ramai dalam kelas.
Good sharing cida.. tq
ReplyDelete