Wordless Wednesday 2022/45 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  Happiness is when ehat you think, what you say, and what you do are in harmony. - Mahatma Gandhi

Cda 11/09/2022 07:57:00 am
Read more ...
Pengalaman Pertama Sofia Berjumpa Dentist. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum Buat pertama kalinya Sofia mendapatkan rawatan gigi selepas bersekolah. Perasaan takut dan risau bercampur, sebabnya gigi kekal Sofia tumbuh tidak teratur. Jadi, dalam fikirannya doktor akan cabut. 

Jika Sofia risau, ibu dan ayah dua kali ganda risau. Masa doktor tengah check gigi Sofia, sang ayah terus bertanya. Jawapan doktor gigi sangat menggembirakan bila mana kena tunggu sehingga Sofia besar sikit.

Disebabkan takda sebarang cabutan, jadi masing-masing hanya buat cucian gigi saja.

Seminggu kemudian, di sekolah Sofia misi mai check gigi "cantik gigi dia". Misi tak tau minggu lepas dah cuci gigi. hihihi Balik rumah hati banyak gumbira anak dara kami ni.


Cda 10/19/2022 11:47:00 pm
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/40 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum   If you don't ask, you don't get it. - Mahatma Gandhi

Cda 10/05/2022 08:00:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/37 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum ♥ " Hidup adalah pertanyaan dan bagaimana kita menjalaninya adalah jawaban kita." - Gary Keller

Cda 9/14/2022 09:16:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/36 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  Live as if you were to die tomorrow. Learn as if you were to live forever. - Mahatma Gandhi

Cda 9/07/2022 08:01:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/32 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong. - Mahatma Gandhi

Cda 8/10/2022 08:03:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/27 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  Hate the sin, love the sinner. - Mahatma Gandhi

Cda 7/06/2022 08:05:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/24 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum ♥ " Orang yang tak pernah membuat kesalahan, maka tak akan pernah mencoba sesuatu yang baru." - Albert Einstein

Cda 6/15/2022 09:15:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/23 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum ♥ Beri nilai dari usahanya, jangan dari hasilnya. Baru kita bisa menilai kehidupan. - Albert Einstein



Cda 6/08/2022 09:10:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/22 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  Nobody can hurt me without my permission. - Mahatma Gandhi

Cda 6/01/2022 07:54:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/21 . Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang . Assalamualaikum ♥ Orang menangis bukan karena mereka lemah. Tapi, mereka menangis karena telah berusaha kuat dalam waktu yang lama. - Johnny Depp




Cda 5/25/2022 09:07:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/20 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum Jangan kamu malu untuk meminta maaf dan memaafkan orang lain, kerana dua hal ini akan menjadi kunci untuk perdamaian.

Cda 5/18/2022 08:13:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/19 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  Jika kamu mampu bersabar sebentar pada saat dirimu marah, maka hal itu dapat menghindarkanmu dari ribuan penyesalan di masa yang akan datang. (Ali bin Abu Thalib)



Cda 5/11/2022 08:11:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/18 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum ♥ An eye for eye only ends up making the whole world blind. - Mahatma Gandhi

Cda 5/04/2022 08:12:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/17 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  Apabila sesuatu yang kau senangi tidak terjadi maka senangilah apa yang terjadi. (Ali bin Abi Thalib)

Cda 4/27/2022 08:08:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/16 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  Janganlah engkau berduka atas apa yang telah terjadi, karena tidak ada apapun di dunia ini yang abadi. (Imam Syafi’i)

Cda 4/20/2022 08:06:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/15 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  Where there is love there is life. - Mahatma Gandhi

Cda 4/13/2022 08:49:00 am
Read more ...
Stok Mudim Kembali. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Salam 5 Ramadhan. Alhamdulillah, stok Mudim telah selamat mendarat hari ini. Dua minggu kehabisan stok di rumah Cida ni, tak senang duduk jadinya. Pergi cari di pasar raya kali ni, habis. Jadi Sabtu lepas Cida order online melalui laman web Mudim sendiri - https://mymudim.my/en/home/ Tadaaa.. harini sampai.

Ni bukan iklan kicap Mudim ya 😀 ni sebab peminat kicap Mudim. Cida suka beli dan buat stok botol bersaiz 800ML. Harganya murah. 

Kotak bungkusan yang diterima masih dalam keadaan baik dan kemas - Alhamdulillah. Takda kemek mahupun pecah. Paling Cida gemar tentang Mudim ni, botol plastik, kalau kaca, risiko untuk pecah tinggi juga. Masa masak picit botol saja laju kicap tu keluar. Kicap Lemak Manisnya, Cida kurang sikit. Lebih gemar Kicap Istimewa ni.


Sos Cili Pedas ni, memang pedas. Anak dara Cida tak boleh makan. Sos ni sedap sebab ada rasa bawang putih sekali. Buat cicah keropok, ngam lah. Dan dapat percuma kalender 2022.

Dah boleh buat masak kicap hari-hari sepanjang Ramadhan ni 😁😁
Cda 4/07/2022 06:46:00 pm
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/14 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum ♥ If you can dream it you can do it. - Walt Disney

Cda 4/06/2022 08:41:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/13 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  Balas dendam terbaik adalah menjadikan dirimu lebih baik. (Ali bin Abi Thalib)

Cda 3/30/2022 08:03:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/12 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  Kita adalah makhluk yang suka menyalahkan dari luar, tidak menyadari bahawa masalah biasanya dari dalam. (Abu Hamid Al Ghazali)

Cda 3/23/2022 08:00:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/11 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  Hidup adalah sebuah perjalanan, yakni perjalanan dari Allah yang kemudian kembali lagi kepada Allah.

Cda 3/16/2022 08:54:00 am
Read more ...
Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Cida ternampak bila bw tadi ke blog mamapipie. Semoga ada rezeki, insyaAllah..


Info Penyertaan :
Link : https://www.mamapipie.com/2022/03/giveaway-wang-tunai-rm500-mamapipie.html
Tarikh Tutup : 3 April 2022
Syarat : https://www.jomjalan.com.my/listing/muzium-coklat/. Pada penggemar coklat, inilah yang menjadi pilihan Cida. Cida tag : Ammi, Cik Ash, & Aida.
Cda 3/10/2022 09:58:00 pm
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/10 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  The future depends on what we do in the present. - Mahatma Gandhi.

Cda 3/09/2022 08:44:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/09 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  Time and conditions change so rapidly that we must keep our aim constantly focused on the future. - Walt Disney

Cda 3/02/2022 08:38:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/08 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum ♥ Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita menyesali apa yang belum kita capai.

Cda 2/23/2022 08:51:00 am
Read more ...
Superhost! Giveaway. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Join juga Giveaway ni 😀


Syarat Penyertaan : http://blog2shout.blogspot.com/2022/01/giveaway-bernilai-rm500-untuk-follower.html

Tarikh Tutup : 28-02-2022

Tekaan : Permatang Bonglai @ Pida 7, Kedah. 😁 
Jika tau SMK Permatang Bonglai, maka kita sekampung. 😍😍😍 
Cda 2/20/2022 06:59:00 pm
Read more ...
Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie . Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Tadi masa baca di page Mama, ternampak giveaway ni yang masih sempat nak join. Mari kita ramai-ramai memeriahkan giveaway ni.


Syarat Penyertaan : https://www.mamapipie.com/2022/01/giveaway-awal-tahun-2022-mamapipie.html

Tarikh Tutup : 20-02-2022

Blog Post : https://www.mamapipie.com/2019/11/kontraktor-rumah-shah-alam-nas-nuri.html - haritu Cida ternampak blog post mama berkaitan rumah, Nas Nuri Construction ni. Cida memang tak tinggalkan komen pada waktu tu. Sedap membaca, ilmu pun dapat serba sedikit. Dalam hati, jika Nas Nuri ni ada cawangan di Kedah, mau juga ditanya-tanya. 

Cda 2/19/2022 06:58:00 pm
Read more ...
Alisya Sofia Turns 7! Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Alhamdulillah dua hari lepas, genaplah umur anak dara Cida yang sorang ni 7 tahun. Pejam celik pejam celik, tahun ni sudah Tahun 1. Terbayang awak masih kecil lagi.

Bila sudah besar, senang minta tolong. Susun pinggan, gelas atas meja makan, buat air sirap (kesukaan dia), kadang-kadang nak tolong ibu sendukkan nasi dalam pinggan dan tuang air dalam gelas. Tapi kann.. kalau Sofia sendukkan nasi, ibu dan ayah auto kurus sebab portion kecil. 😂

Kalau keluar jalan-jalan, ajak ibu pakai tudung warna sama. kemain. Baju pun nak warna sama.



Pengarang jantung limpa ibu dan ayah. Bangun tidur rumah auto riuh rendah. Bila dia tidur, ibu ayah sunyi sepi.

17/02 - lepas, Cida kebetulan wfh dan ayahnya cuti. Buat majlis kecilan makan dan potong kek di rumah, birthday girl pun selesema haritu.



Ada orang tu dari birthday ayahnya bulan Januari lepas lagi sudah minta ibu belikan kek unicorn. Ibu boleh pula hampir-hampir tersilap tema, ingatkan unicorn sama dengan Little Pony. Rupanya lain-lain.😇 



Black Forest Cake. Tengah makan kek ni, dia sudah rancang untuk next birthday. Jem ibu.. 😁 
Cda 2/19/2022 09:11:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/07  . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum I don't love and respect you because of what you have done or who you are. I love and respect you because of who I am. - Dan Clark

Cda 2/16/2022 08:17:00 am
Read more ...
Worldless Wednesday 2022/06  . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  Action expresses priorities. - Mahatma Gandhi

Cda 2/09/2022 08:33:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/05  . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum All our dream can come true, if we have the courage to pursue them. - Walt Disney

Cda 2/02/2022 08:34:00 am
Read more ...
Booster dan Kesannya . Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Pertama sekali Cida nak maklumkan ini adalah kesan yang berlaku pada Cida, bukan pada orang lain, baik suami mahupun rakan sekerja.
25 Januari - Cida dan suami pergi ambil booster melalui temujanji Mysejahtera. Kebetulan temujanji kami berdua jatuh hari yang sama dan tempat yang sama. Perjalanan dari rumah tidaklah mengambil waktu yang lama sebab agak dekat dengan rumah.

Sampai di PPV, Cida dan suami terus masuk untuk daftar dan semuanya berjalan lancar sehingga selesai di cucuk. Selepas cucuk, pergi makan dan pulang ke rumah. Tiada aktiviti lain pada petang tu

26 Januari - Paginya Cida mula rasa sakit kepala dan sakit pada tempat dicucuk semalam. Sakit kepala yang memusing - bukan mengandung. Pergi jumpa doktor, doktor nasihat Cida banyakkan rehat dan minum air, serta tidur awal. Ubat panadol dibekalkan. Balik rumah memang tidur sepanjang hari. 

27 Januari - Gagahkan diri ke tempat kerja sebab pikirkan ada benda perlu diselesaikan. Ditempat kerja, banyak "ukur meja" dan Alhamdulillah kerja dapat disiapkan juga. Kerap lah berulang alik ke tandas sebab rasa nak muntah. Selepas balik kerja, Cida tumbang terus.

28 Januari - Keesokkan harinya terpaksa minta suami bawakan ke klinik sebab tidak boleh bangun, kepala sakit tersangat-sangat. Lepas dapat nasihat dari doktor, Cida hanya boleh ambil penadol yang diberikan doktor sahaja selama seminggu hingga dua minggu selepas booster. Tidak digalakkan ambil sebarang ubat tahan sakit risau ada kesan sampingan. 

Dan harini, 30 Januari - kepala masih terasa sakitnya. Selepas 3jam ambil penadol, sakit kepala datang lagi. Bertabahlah sehingga seminggu dua lagi.
Cda 1/30/2022 11:36:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/04 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak. (HR. Ahmad)


Cda 1/26/2022 08:39:00 am
Read more ...
Rindu Tiada Penghujung, Rindu Adik Amil Safwan. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Beberapa malam yang lalu, anak dara Cida secara tiba-tiba menangis tersedu-sedu selepas selesai baca doa tido. Bila ditanya "awat teriyak?". Jawabnya "Sofia rindu adik". Berair mata ibu dengar. Kakak rindu, ibu lagi rindu. 
 
Tiga tahun sudah berlalu, waktu tu Sofia baru empat tahun, dan masih segar dalam ingatan bagaimana kejadian berlaku. Semuanya dengan kehendak Allah S.W.T. 

Petang ni selepas balik transit, perkara pertama yang keluar dari mulutnya adalah "Ibu, adik Sofia nanti, ibu kena letak nama ALI di depan nama adik. Baru sama dengan nama Sofia, ALISYA SOFIA." Sabarlah ibu, belum ada rezeki untuk ada Ali lagi.
 
Doakan Cida ya..

Cda 1/24/2022 08:01:00 pm
Read more ...
Happy Birthday Roommate @ 23 January . Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Setiap tahun menjadi acara kegemaran Cida dan Sofia. Birthday ayahnya, sebab Sofia yang akan memilih kek. 😉 tahun 2022 acara ini terpaksa ditunda dan seorang ahli iaitu "orang kanan Cida" tidak dapat sertai - Sofia. 

25 haribulan yang lalu, Cida dan birthday boy ada temujanji booster dalam Mysejahtera. Kebetulan dua-dua dapat pada hari yang sama, jadi selepas booster terus g lunch bersama. 




Bila "orang kanan Cida" tak ada dalam gambar, rasa tak complete. Selalu dimana ibu, disitu lah dia. hihi lepas makan, tapau terus g ambil "orang kanan Cida" di sekolah.
Cda 1/23/2022 09:22:00 pm
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/03  . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum No matter what your past has been you have a spotless future. - Dan Clark

Cda 1/19/2022 08:15:00 am
Read more ...
Pembedahan Katarak Mata Kanan Mak. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Baru berkesempatan update dalam blog. Sebelum menutup jendela tahun 2021, kami dua beranak telah selamat mendarat di kampung halaman sebab mak Cida kena operate katarak mata. Tak lupa juga, adik Cida pun balik ke kampung sendirian. Sebab balik kali ni, memang keutamaan pada mak. 

25 Disember, tinggalkan ayah Sofia berseorangan dirumah selama lapan hari atas sebab hal yang tidak dapat dielakkan. Pertama; MIL masih di hospital ekoran hempedu pecah sejak bulan September 2021 yang lalu, masih belum dibenarkan pulang ke rumah. Kedua; ada program yang diperlu hadiri oleh ayahnya. Ketiga sebab cuti yang tak berapa have-have ni. 

Antara yang teruja bila tiba di KLIA termasuklah ibu nya, kali terakhir naik flight tahun 2017. 😉
Selamat sampai pada petang, dan terus hadiri majlis perkahwinan anak sepupu di kampung. 

27 dan 28 Disember - Cida dan mak datang check-in di Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar sehari awal untuk prosedur swab test. Cida selaku penjaga, kena beli Covid Test Kids dan datang buat swab test sekali dengan mak. Masa ni letih berulang alik sana sini. Dapat masuk wad jam 2.30 petang, dari 8.00 pagi sampai hospital. Keesokkan paginya, mak selamat jalani pembedahan katarak mata. Kami berdua dibenarkan balik ke rumah pada sebelah petang hari yang sama. Mak pun masih dalam keadaan berhati-hati. Datang hero Malaya, adik bawa mak ke kereta dengan wheelchair.

Dirumah, bermula rutin harian yang baru. Ada anak perempuan sorang yang terlalu risau, sampai mak nak bergerak pun dipimpin. 😇 macam misi pencen dah Cida ni. Selepas seminggu pembedahan, mak sudah boleh buat perlahan-lahan. Nasihat dari jururawat, hanya boleh angkat berat bawah 5kg. Cida buat kesimpulan, tak payah langsung angkat berat. 😁😁 Risau bila tekanan terlalu banyak akan beri kesan pada mata. dan paling penting kena pakai cermin mata hitam walaupun duduk dirumah. hihihi 

2 Januari 2022 - Cida bertolak balik ke Selangor dengan ex-officemate


Dalam perjalanan balik, banyak tempat kami singgah. 



Hujan dari Perak hingga ke rumah Cida. Kami sampai jam 12.00 malam.

Antara yang dicari. Kopi Gantung.
Cda 1/19/2022 07:05:00 am
Read more ...