Booster dan Kesannya . Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Pertama sekali Cida nak maklumkan ini adalah kesan yang berlaku pada Cida, bukan pada orang lain, baik suami mahupun rakan sekerja.
25 Januari - Cida dan suami pergi ambil booster melalui temujanji Mysejahtera. Kebetulan temujanji kami berdua jatuh hari yang sama dan tempat yang sama. Perjalanan dari rumah tidaklah mengambil waktu yang lama sebab agak dekat dengan rumah.

Sampai di PPV, Cida dan suami terus masuk untuk daftar dan semuanya berjalan lancar sehingga selesai di cucuk. Selepas cucuk, pergi makan dan pulang ke rumah. Tiada aktiviti lain pada petang tu

26 Januari - Paginya Cida mula rasa sakit kepala dan sakit pada tempat dicucuk semalam. Sakit kepala yang memusing - bukan mengandung. Pergi jumpa doktor, doktor nasihat Cida banyakkan rehat dan minum air, serta tidur awal. Ubat panadol dibekalkan. Balik rumah memang tidur sepanjang hari. 

27 Januari - Gagahkan diri ke tempat kerja sebab pikirkan ada benda perlu diselesaikan. Ditempat kerja, banyak "ukur meja" dan Alhamdulillah kerja dapat disiapkan juga. Kerap lah berulang alik ke tandas sebab rasa nak muntah. Selepas balik kerja, Cida tumbang terus.

28 Januari - Keesokkan harinya terpaksa minta suami bawakan ke klinik sebab tidak boleh bangun, kepala sakit tersangat-sangat. Lepas dapat nasihat dari doktor, Cida hanya boleh ambil penadol yang diberikan doktor sahaja selama seminggu hingga dua minggu selepas booster. Tidak digalakkan ambil sebarang ubat tahan sakit risau ada kesan sampingan. 

Dan harini, 30 Januari - kepala masih terasa sakitnya. Selepas 3jam ambil penadol, sakit kepala datang lagi. Bertabahlah sehingga seminggu dua lagi.
Cda 1/30/2022 11:36:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/04 . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum  Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak. (HR. Ahmad)


Cda 1/26/2022 08:39:00 am
Read more ...
Rindu Tiada Penghujung, Rindu Adik Amil Safwan. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Beberapa malam yang lalu, anak dara Cida secara tiba-tiba menangis tersedu-sedu selepas selesai baca doa tido. Bila ditanya "awat teriyak?". Jawabnya "Sofia rindu adik". Berair mata ibu dengar. Kakak rindu, ibu lagi rindu. 
 
Tiga tahun sudah berlalu, waktu tu Sofia baru empat tahun, dan masih segar dalam ingatan bagaimana kejadian berlaku. Semuanya dengan kehendak Allah S.W.T. 

Petang ni selepas balik transit, perkara pertama yang keluar dari mulutnya adalah "Ibu, adik Sofia nanti, ibu kena letak nama ALI di depan nama adik. Baru sama dengan nama Sofia, ALISYA SOFIA." Sabarlah ibu, belum ada rezeki untuk ada Ali lagi.
 
Doakan Cida ya..

Cda 1/24/2022 08:01:00 pm
Read more ...
Happy Birthday Roommate @ 23 January . Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Setiap tahun menjadi acara kegemaran Cida dan Sofia. Birthday ayahnya, sebab Sofia yang akan memilih kek. 😉 tahun 2022 acara ini terpaksa ditunda dan seorang ahli iaitu "orang kanan Cida" tidak dapat sertai - Sofia. 

25 haribulan yang lalu, Cida dan birthday boy ada temujanji booster dalam Mysejahtera. Kebetulan dua-dua dapat pada hari yang sama, jadi selepas booster terus g lunch bersama. 




Bila "orang kanan Cida" tak ada dalam gambar, rasa tak complete. Selalu dimana ibu, disitu lah dia. hihi lepas makan, tapau terus g ambil "orang kanan Cida" di sekolah.
Cda 1/23/2022 09:22:00 pm
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/03  . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum No matter what your past has been you have a spotless future. - Dan Clark

Cda 1/19/2022 08:15:00 am
Read more ...
Pembedahan Katarak Mata Kanan Mak. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Baru berkesempatan update dalam blog. Sebelum menutup jendela tahun 2021, kami dua beranak telah selamat mendarat di kampung halaman sebab mak Cida kena operate katarak mata. Tak lupa juga, adik Cida pun balik ke kampung sendirian. Sebab balik kali ni, memang keutamaan pada mak. 

25 Disember, tinggalkan ayah Sofia berseorangan dirumah selama lapan hari atas sebab hal yang tidak dapat dielakkan. Pertama; MIL masih di hospital ekoran hempedu pecah sejak bulan September 2021 yang lalu, masih belum dibenarkan pulang ke rumah. Kedua; ada program yang diperlu hadiri oleh ayahnya. Ketiga sebab cuti yang tak berapa have-have ni. 

Antara yang teruja bila tiba di KLIA termasuklah ibu nya, kali terakhir naik flight tahun 2017. 😉
Selamat sampai pada petang, dan terus hadiri majlis perkahwinan anak sepupu di kampung. 

27 dan 28 Disember - Cida dan mak datang check-in di Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar sehari awal untuk prosedur swab test. Cida selaku penjaga, kena beli Covid Test Kids dan datang buat swab test sekali dengan mak. Masa ni letih berulang alik sana sini. Dapat masuk wad jam 2.30 petang, dari 8.00 pagi sampai hospital. Keesokkan paginya, mak selamat jalani pembedahan katarak mata. Kami berdua dibenarkan balik ke rumah pada sebelah petang hari yang sama. Mak pun masih dalam keadaan berhati-hati. Datang hero Malaya, adik bawa mak ke kereta dengan wheelchair.

Dirumah, bermula rutin harian yang baru. Ada anak perempuan sorang yang terlalu risau, sampai mak nak bergerak pun dipimpin. 😇 macam misi pencen dah Cida ni. Selepas seminggu pembedahan, mak sudah boleh buat perlahan-lahan. Nasihat dari jururawat, hanya boleh angkat berat bawah 5kg. Cida buat kesimpulan, tak payah langsung angkat berat. 😁😁 Risau bila tekanan terlalu banyak akan beri kesan pada mata. dan paling penting kena pakai cermin mata hitam walaupun duduk dirumah. hihihi 

2 Januari 2022 - Cida bertolak balik ke Selangor dengan ex-officemate


Dalam perjalanan balik, banyak tempat kami singgah. 



Hujan dari Perak hingga ke rumah Cida. Kami sampai jam 12.00 malam.

Antara yang dicari. Kopi Gantung.
Cda 1/19/2022 07:05:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/02  . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum In a gentle way, you can shake the world. - Mahatma Gandhi


Cda 1/12/2022 08:15:00 am
Read more ...
Wordless Wednesday 2022/01  . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum The way to get started is to quit talking dan begin doing - Walt Disney

Cda 1/05/2022 08:22:00 am
Read more ...
Happy New Year 2022 | Assalamualaikum  Selamat Tahun Baru! Xinnian Kuaile! Happy New Year! Alhamdulillah kita masih diberi ruang dan kesempatan untuk menghirup udara dan melakukan segala aktiviti seperti biasa walau dalam keadaan pandemik yang masih belum tahu bila akan mencecah angka 0.

Seperti tahun-tahun sebelum ni, masih mengekalkan niat yang sama iaitu untuk turunkan berat badan memandangkan hobi adalah makan. OK kita cubalah sehari dua. Sehari dua saja. Nampak tak awal-awal azam sudah dikhianati oleh jari-jemari sendiri.

 
Genap 2 tahun kita melawan wabak Covid19 ini. Kita, topeng muka dan sanitizer, sudah sebati dalam diri terutama yang perlu bekerja luar. Tidak kurang ada yang perlu bekerja dari rumah, sambil tu jadi singa jadian kepada anak-anak. Dan tak dilupakan juga kepada keluarga yang terjejas kesan pandemik ni serta kepada ahli keluarga yang kehilangan insan-insan tersayang kerana pandemik Covid19. Salam Takziah. Al-fatihah (dibaca).

Cida ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru!

*Teringin nak ajak suami ke Bukit Ampang untuk tengok bunga api. Sekarang ia sudah menjadi kenangan.
Cda 1/01/2022 12:07:00 am
Read more ...