Rindu Tiada Penghujung, Rindu Adik Amil Safwan. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Beberapa malam yang lalu, anak dara Cida secara tiba-tiba menangis tersedu-sedu selepas selesai baca doa tido. Bila ditanya "awat teriyak?". Jawabnya "Sofia rindu adik". Berair mata ibu dengar. Kakak rindu, ibu lagi rindu.
Tiga tahun sudah berlalu, waktu tu Sofia baru empat tahun, dan masih segar dalam ingatan bagaimana kejadian berlaku. Semuanya dengan kehendak Allah S.W.T.
Petang ni selepas balik transit, perkara pertama yang keluar dari mulutnya adalah "Ibu, adik Sofia nanti, ibu kena letak nama ALI di depan nama adik. Baru sama dengan nama Sofia, ALISYA SOFIA." Sabarlah ibu, belum ada rezeki untuk ada Ali lagi.
Doakan Cida ya..
Greetings from Türkiye:)
ReplyDeleteAllahuakbar.. T^T moga 2022 Kak Cida direzekikan seorang Ali lagi. :)
ReplyDelete:(
ReplyDelete