Welcome 2023! Farewell 2022, pelbagai suka dan suka silih berganti. Pelbagai peristiwa berkunjung tiba, Alhamdulillah. Semua yang terjadi adalah atas kehendakNya dan kemampuan kita untuk menghadapi.
Setiap dari kita pasti bersemangat dalam mencapai misi tahun 2023. Ada yang nak kurus, ada yang nak sihat, ada yang nak cantik, dan tak kurang juga ada yang nak senantiasa muda jelita. Cida? Masih carry forward misi tahun-tahun sebelum ini.
Paling manis dalam hidup Cida tahun ini adalah bersiap sedia untuk sesi persekolahan anak, Sofia ke tahun 1. Beli belah baju sekolah, bersama Sofia. Letih tapi gembira dengan keletah budak eksaited nak ke sekolah. Moment tu tidak dapat diulang tayang. Sepanjang Sofia bersekolah berbagai ragam Cida hadapi. Mujur drama swasta seawal pagi belum ada.
Alhamdulillah UP2, Sofia peroleh tempat pertama dalam Kelas. Moment tak dapat Cida dan suami lupakan adalah bilamana Mak Sedara (tok sedara) tanya apa Sofia nak sempena hadiah kejayaan beliau, benda yang Cida dan suami tidak sangka, dia cakap pada tok sedara Sofia nak doa dari tok cik supaya Sofia dapat adik. Allahu, sebak dan berair mata Cida pada waktu tu.
Perginya seorang mak mertua pada 2 Syawal, amat memilukan kami sekeluarga. Banyak kenangan manis dan pahit bersama arwah terutama suami, beliau antara yang paling rapat dengan arwah, sehingga kini masih teringat keberadaan arwah.
Adik di Ipoh ditimpa musibah.
Cida juga di uji dengan 2 kali pembedahan kecil pada bulan Jun dan November baru-baru ini. Terima kasih pada doktor yang telah membantu Cida.
Biarlah jadi kenangan untuk diingati dan dirindui.
Perancangan pada tahun 2023 ada yang telah dijadualkan, dan ada yang masih dalam perancangan. Antaranya adalah Pembedahan Buang Tonsil Sofia pada 20/02/2023, dan Temu Janji bagi Pembedahan Katarak Mata Mak di kampung pada bulan 8/2023 nanti. Doakan kedua-duanya berjalan dengan lancar.
Selamat tahun baru ibucida & selamat bercuti juga 😊💕
ReplyDeleteSelamat bercuti kita Syu. Esok dah mula kerja + sekolah
DeleteSeronok kan beli kelengkpan sekolah anak :) Happy New Year! Semoga maju jaya untuk 2023!
ReplyDeleteAamiin insyaAllah, sama juga untuk Syazni
DeleteSelamat tahun baru 2023 Cida. Pahit manis 2022 kita jadikan memori dan panduan untuk terus menikmati hidup
ReplyDeleteinsyaAllah moga kita semua diberi kekuatan untuk menikmati hidup
DeleteHappy new year cida.. semoga semua urusan di tahun 2023 ni dipermudahkan.. dan sy doakan sofea akn dpt adik thn ni insya allah
ReplyDeleteAamiin, terima kasih KakMim, begitu jua untuk akak
DeleteSelamat tahun baharu 2023
ReplyDeleteSemoga dipermudah segala urusan mendatang