Tajuk : Its You Always You...
Penulis : Acik Lana
Halaman : 664 ms
Untuk bacaan 18 tahun ke atas
Sinopsis :
Tragis, memang tragis apabila menjadi saksi atas pembunuhan mengerikan bapa saudara sendiri didepan mata. Pasti trauma. Itulah yang dihadapi oleh seorang gadis bernama Jhia. Secara tidak langsung mengulangi peristiwa lalu, semasa pembunuhan ayah kandungnya sendiri. Kemudian, Jhia diculik pula oleh pembunuh, Zayn seterusnya membawa ke pulau rahsia.
Dendam Jhia terhadap pembunuh! Zayn makin menjadi-jadi dan menyebabkan Jhia sedaya upaya mencari jalan untuk melarikan diri. Pelbagai rencana telah diatur oleh Jhia, sehingga pada suatu malam, dia berjaya keluar dari rumah Zayn dan masuk ke dalam hutan. Namun, kantoi dek Lutfan, orang kanan aka orang kuat Zayn.
Jhia dapat rasanya sesuatu yang lain dalam diri Lutfan. Jhia sedaya upaya memujuk Lutfan untuk membantunya melarikan diri dari pulau rahsia ini. Setiap kali, pasti akan menemui jalan buntu. Lutfan setia dengan Tuan Zayn dia! Hinggalah suatu hari, Lutfan berpaling tadah hanya disebabkan dia ternampak sesuatu pada Jhia.
Mereka berjaya larikan diri. Dan menyembunyikan diri di pulau Lutfan. Banyak pulau rahsia dalam cerita ini. Lutfan yang dulunya muka seposen, sekarang mulai pandai mengorak senyum. Sesuatu yang sangat Jhia suka! Wah! Macam ada sesuatu saja antara mereka berdua.
Namun panas tidak sampai ke petang, hubungan mereka mulai tegang tatkala Jhia ternampak sesuatu yang pada awalnya cuba disorok oleh Lutfan. Maka ribut taufan mula melanda. Pelbagai cara Lutfan cuba lakukan untuk menambat hati Jhia semula. Part ni paling best! Jangan lupa untuk baca cerita seterusnya.
No comments: