FAIRUS Buat Giveaway. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sebagai penutup tahun 2024, Cda ternampak posting kak Retna, jadi terus sertai segmen ni. Kita jumpa tahun hadapan!

https://www.fairusmamat.com/2024/12/fairus-buat-giveaway.html

Cda sertai segmen ini sebab nak memeriahkan majlis, sambil-sambil blogwalking dan tambahkan kenalan & Goodluck semua!

Cda 12/27/2024 11:48:00 pm
Read more ...
Che'gu Steamboat & Grill, BTHO. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Baru-baru ini, Cda dan rakan sepejabat meluangkan masa untuk meraikan sambutan hari lahir di Che'gu Steamboat & Grill, BTHO. Suasana restoran yang santai serta hiasannya yang ceria menjadi latar sempurna untuk acara istimewa ini.


Kami menikmati hidangan steamboat yang kaya dengan pelbagai pilihan seperti udang, sotong, lala, kambing, daging dengan pelbagai perapan, serta sayur-sayuran segar. Kuah tomyam pedas yang dihidangkan benar-benar membuka selera, dengan aroma wangi yang membuatkan suasana menjadi lebih meriah. 

Selain itu, makanan sampingan seperti tauhu goreng dan ayam panggang turut melengkapkan meja makan kami.


Tidak ketinggalan, kami juga menikmati hidangan lain seperti Aglio Olio, nasi goreng, dan pelbagai makanan bergoreng yang dihiasi udang segar dan asparagus rangup. Hidangan ini digandingkan sempurna dengan minuman berperisa lemon, menjadikan acara ini satu pengalaman makan yang menyenangkan.


Acara ini bukan hanya tentang makanan atau sambutan hari lahir yang diraikan secara beramai-ramai. Ia juga tentang masa berkualiti yang diluangkan bersama rakan-rakan, diwarnai dengan gelak tawa dan perbualan mesra. Aktiviti tukar hadiah melalui cabutan nombor menambahkan lagi keceriaan dan keseronokan dalam majlis ini.

Kami meninggalkan restoran dengan perut kenyang dan hati yang puas. Terima kasih kepada Che'gu Steamboat & Grill kerana memberikan pengalaman makan yang luar biasa dan meninggalkan kenangan yang indah untuk dikenang.
Cda 12/27/2024 11:21:00 pm
Read more ...
Dilema di Pejabat Boss yang Sukar Dihadapi. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Di sebuah syarikat besar, terdapat seorang bos bernama Cik Samsiah. Cik Samsiah adalah seorang individu yang sangat berkuasa dan gemar mengarah tanpa memberi ruang untuk perbincangan atau cadangan. Dia terkenal kerana keputusannya yang sering berubah-ubah dan menuntut kesempurnaan dalam segala hal. Para pekerja sering merasa tertekan, terutama apabila berhadapan dengan masalah utama akibat gaya kepimpinan Cik Samsiah.


Namun, satu masalah besar yang semakin meresahkan para pekerja adalah favoritisme yang jelas terlihat dalam cara Cik Samsiah mengendalikan pasukannya. Selain itu, ada juga satu lagi cabaran yang lebih memeningkan kepala pekerja, iaitu sikap Cik Samsiah yang gemar menjerit, mendengar perbualan staf secara tidak sah, dan terus membangkang tanpa memahami konteks. Semua ini menambah lagi tekanan yang sudah cukup berat di pejabat.

1. Boss yang Bossy
Cik Samsiah mempunyai prinsip bahawa dia boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu, tetapi orang lain tidak boleh. Setiap kali mesyuarat atau perbincangan diadakan, dia akan memberikan arahan secara tiba-tiba tanpa mempertimbangkan pandangan atau pendapat pekerja. Sebagai contoh, suatu hari Cik Samsiah mengarahkan supaya projek besar yang melibatkan beberapa jabatan perlu diselesaikan dalam tempoh tiga hari, walaupun pada hakikatnya, tempoh masa itu sangat mustahil.

Pekerja-pekerja yang terlibat dalam projek itu merasa cemas dan tertekan, tetapi mereka tidak berani membantah arahan bos kerana takut mendapat tindakan negatif. Bos ini tidak pernah peduli tentang beban kerja yang ditanggung oleh pekerjanya, asalkan dia dapat menyelesaikan tugas dengan cara yang dia mahu. Para pekerja hanya mengikut arahan tanpa banyak soal, walaupun mereka tahu ia hampir mustahil untuk dicapai.

2. Communication Failed: Boss yang Tidak Komunikatif
Cik Samsiah juga terkenal kerana sering mengabaikan komunikasi dua hala dengan pekerjanya. Dia lebih suka memberi arahan secara langsung tanpa memberi penjelasan yang jelas tentang keperluan atau matlamat projek. Pekerja sering keliru dengan kehendaknya dan gagal memenuhi harapan bos.

Suatu hari, Cik Samsiah memberi arahan kepada seorang pekerja baru, Farah, untuk menyediakan laporan yang sangat terperinci mengenai projek yang sedang dijalankan. Namun, dia hanya memberikan garis besar tanpa menjelaskan format atau maklumat khusus yang diperlukan. Farah berusaha sedaya upaya untuk memenuhi permintaan itu, tetapi hasil kerjanya tidak memenuhi standard Cik Samsiah, dan dia dimarahi kerana tidak memahami kehendaknya.

3. Boss yang Terlalu Perfeksionis
Cik Samsiah juga seorang bos yang sangat mementingkan kesempurnaan. Dia tidak pernah berpuas hati dengan hasil kerja yang diberikan oleh pekerjanya. Setiap projek yang siap akan diberikan ulasan yang sangat kritikal, dengan banyak pembetulan yang tidak habis-habis. Ini membuatkan pekerja merasa tidak dihargai dan selalu berada dalam keadaan tertekan.

Suatu ketika, pasukan pemasaran telah menyiapkan satu kempen iklan untuk produk baru syarikat. Mereka telah bekerja keras untuk memastikan kempen tersebut sempurna. Namun, apabila Cik Samsiah melihat hasilnya, dia mendapati beberapa perkara yang tidak memenuhi “standard” yang dikehendaki, walaupun sudah jelas bahawa kempen tersebut sudah cukup baik.

4. Favoritisme dalam Pejabat: Kelebihan untuk Staff Bermasalah
Namun, satu lagi masalah besar yang semakin meresahkan pekerja adalah sikap favoritisme Cik Samsiah terhadap sesetengah pekerja. Cik Samsiah lebih cenderung memberi peluang dan kelebihan kepada pekerja tertentu walaupun mereka mempunyai masalah disiplin yang jelas. Sebagai contoh, seorang pekerja bernama Ali selalu datang lewat ke pejabat, tetapi dia sering mendapat projek besar dan promosi, walaupun prestasi kerjanya tidak begitu memberangsangkan. Pekerja lain yang lebih berdedikasi dan rajin merasa kecewa kerana usaha mereka tidak dihargai.

Cik Samsiah sering memberi alasan bahawa Ali "memiliki potensi yang luar biasa" atau "memerlukan lebih banyak bimbingan," walhal pekerja lain yang lebih berdisiplin tidak diberi peluang yang sama. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja, yang merasakan bahawa sikap tidak adil ini merosakkan moral dan semangat kerjasama dalam pasukan.

5. Boss yang Suka Menjerit dan Membangkang Tanpa Asas
Selain itu, satu lagi cabaran besar adalah sikap Cik Samsiah yang gemar menjerit kepada pekerjanya, serta mendengar perbualan staff secara tidak sah dan terus membangkang tanpa mengetahui asal usul perbualan. 

Hal ini berlaku apabila Cik Samsiah terdengar sebahagian perbualan pekerja di pejabat dan terus membuat kesimpulan atau mengeluarkan arahan tanpa memahami keseluruhan konteks perbualan tersebut. Keadaan ini memberi tekanan besar kepada pekerja kerana mereka sentiasa dalam ketakutan untuk membuat sebarang perbincangan terbuka atau memberi pandangan.

Kunci utama untuk menangani bos seperti ini adalah:
Komunikasi yang Jelas dan Terbuka
Pekerja perlu belajar untuk berkomunikasi dengan jelas, sopan, dan profesional. Dalam situasi di mana bos kurang memberikan penjelasan atau arahan yang tepat, pekerja perlu mengambil inisiatif untuk bertanya dan memastikan mereka memahami kehendak bos. Menggunakan komunikasi bertulis juga dapat membantu mengelakkan salah faham.

Pendekatan Konstruktif untuk Menyelesaikan Masalah
Apabila berhadapan dengan masalah seperti favoritisme atau ketidaksempurnaan yang tidak pernah dihargai, pekerja harus berani mengemukakan cadangan dan isu dengan cara yang membina. Menggunakan bukti yang objektif dan menghormati pandangan bos dapat membuka ruang untuk perbincangan yang lebih terbuka dan berkesan.

Mengelak Situasi Tidak Sihat (Menjerit, Membangkang Tanpa Asas)
Untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam situasi yang penuh tekanan seperti menjerit atau dihukum tanpa alasan yang jelas, pekerja boleh cuba mengelakkan perbualan sensitif di tempat terbuka dan lebih banyak menggunakan saluran komunikasi yang lebih formal dan bertulis. Jika terpaksa berhadapan dengan situasi seperti ini, berbincang secara profesional dan tenang boleh membantu meredakan ketegangan.

Menjaga Kesejahteraan Mental dan Emosi
Tekanan yang datang daripada bos yang terlalu perfeksionis dan sering membangkang tanpa asas boleh memberi kesan kepada kesejahteraan mental pekerja. Dalam situasi sebegini, pekerja perlu bijak menguruskan tekanan, berfokus pada tugas yang boleh dilaksanakan dengan baik, dan mencari sokongan daripada rakan sekerja atau pihak HR jika perlu.

Menerapkan Keadilan dan Penghargaan yang Setara
Menghadapi favoritisme dalam pejabat memerlukan keberanian untuk menegur secara profesional. Pekerja perlu memastikan bahawa semua rakan sekerja diberi peluang yang adil berdasarkan usaha dan prestasi mereka, bukan kerana hubungan peribadi. Dalam kes ini, pekerja boleh mengemukakan cadangan untuk sistem penilaian prestasi yang lebih adil.

Secara keseluruhan, menguruskan hubungan dengan bos yang sukar bukanlah satu perkara mudah. Walau bagaimanapun, dengan pendekatan yang tepat—termasuk komunikasi yang lebih jelas, keberanian untuk memberi cadangan yang membina, serta menjaga kesejahteraan mental—masalah-masalah ini boleh dihadapi dengan lebih baik. Pekerja perlu bijak menyesuaikan diri dengan gaya kepimpinan yang ada, tetapi pada masa yang sama, mereka juga berhak untuk memperjuangkan persekitaran kerja yang lebih adil, terbuka, dan menyokong.

Dengan usaha bersama dari kedua-dua pihak—bos dan pekerja—satu suasana kerja yang lebih harmoni dan produktif dapat diwujudkan, di mana setiap individu merasa dihargai dan diberi peluang yang sama untuk berkembang!
Cda 12/11/2024 08:48:00 am
Read more ...
Get Well Soon ! Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Minggu lepas, Cda melalui pengalaman yang agak menakutkan dan memenatkan. Semuanya bermula pada Ahad lepas apabila Cda tiba-tiba merasa kurang selesa. Segala aktiviti harian dilakukan seperti biasa.

Pagi Isnin, demam panas datang secara mendadak, sakit tekak mulai terasa. Cda terus ke klinik untuk dapatkan ubat. Hasil pemeriksaan, tonsil mulai membengkak dan doktor terus berikan ubat antibiotik dan Cda diberi rehat pada hari tersebut. 


Tanpa ribut mahupun angin, petang Isnin suhu badan melonjak hingga melebihi 40 darjah Celsius. Cda rasa sangat lemah dan tidak berdaya, dan pada masa itu. Suami terpaksa membawa Cda untuk ke hospital. Di sana, doktor mengesahkan bahawa Cda perlu ditambah air, kerana sudah mengalami dehidrasi. Di hospital, ujian Influenza, Denggi dan Kobid dilakukan, hasil keputusan adalah negatif, Alhamdulillah. Mereka memantau keadaan Cda dengan teliti. Setelah itu, Cda dibenarkan pulang ke rumah pada lewat malam, dan dinasihatkan untuk berehat dirumah.

Setelah hari ke-4, demam makin surut, yang tinggal batuk berkahak. Sebelum masuk kerja, Cda berjumpa doktor semula berikutan batuk yang masih tidak hilang. Doktor mula mengesyaki bahawa Cda mungkin menghidap bronkitis, satu keadaan radang pada saluran pernafasan. Cda diberi nebulizer (NAB) untuk membantu melegakan pernafasan dan mengurangkan radang. Doktor nasihat untuk rehat sambung berehat sehingga keadaan pulih sepenuhnya.

Alhamdulillah, setelah hampir seminggu di uji, sekarang Cda sudah mula merasa sedikit lebih baik. Cda masih perlu menjaga diri, banyak berehat, dan mengikut semua nasihat doktor agar pulih sepenuhnya. Kejadian ini mengingatkan Cda betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan, terutama ketika kita mula mengalami demam atau sebarang gejala yang menunjukkan ketidakseimbangan tubuh. Cda bersyukur kerana mendapat rawatan yang tepat pada waktunya, dan kini Cda dalam proses pemulihan.

Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan doa sepanjang Cda sakit. Semoga pengalaman ini menjadi peringatan untuk kita semua agar lebih berhati-hati dengan kesihatan dan segera mendapatkan rawatan yang diperlukan apabila menghadapi gejala yang serius.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dijauhi segala penyakiy yang memudaratkan.
Cda 11/24/2024 09:53:00 pm
Read more ...
Hatyai, Thailand - Hari Ke-3 | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hari ketiga kami di Hatyai bermula dengan sarapan yang lazat. Kami memilih untuk mencuba pelbagai hidangan tempatan yang memberi tenaga untuk hari terakhir sebelum pulang.

Sarapan Pagi
Kami singgah di sebuah kedai sarapan popular, menikmati nasi lemak, roti bakar, dan kopi Thai yang kaya rasa. Suasana pagi yang ceria membuatkan kami lebih bersemangat untuk meneruskan pengembaraan hari terakhir kami ini. Kami juga tidak ketinggalan mencuba Mung Bean Rice-Crepe, yang ternyata paling sedap! Cda paling suka!



Rosecarree untuk Shopping
Setelah sarapan, kami ke Rosecarree untuk sesi shopping. Di sini, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli kain satin Thai. Paling sakan membeli, mak saudara Cda. Untuk dijadikan baju majlis hujung tahun nanti.



Padang Besar
Kami kemudian bergerak meninggalkan Thai, selepas selesai urusan di boarder, kami ke Padang Besar untuk shopping terakhir. Meluangkan masa seharian di sana, kami mencari barang-barang menarik dan khas. 

Akhirnya dapat merasa masakan Malaysia!! 



Dengan beg yang penuh, kami akhirnya bersiap untuk pulang. Hari ketiga ini memang penuh kegembiraan dan kenangan manis dari Hatyai!
Cda 11/02/2024 05:00:00 pm
Read more ...
Happy Birthday to me, Giveaway for you! Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Terlalu lama Cda tidak sertai apa-apa giveaway, kebetulan hari ini ternampak giveaway dari Mummy Ayu, mari memeriahkan giveaway mummy kita ni. 

https://mummyayu.blogspot.com/2024/11/happy-birthday-to-me-giveaway-for-you.html

Syarat-syarat :
1. buat 1 entry bertajuk " Happy Birthday to me, Giveaway for you!" and link balik ke entry ni

2. tinggalkan link korang kat bahagian komen entry ni so that Mummy Ayu leh blogwalking ke blog korang & tinggalkan jejak


Ucapan Hari Lahir kepada Mummy Ayu
Selamat hari lahir, Mummy Ayu! Semoga tahun ini membawa lebih banyak kebahagiaan, kesihatan yang baik, dan kejayaan dalam segala yang dilakukan. Terima kasih kerana sentiasa berkongsi kasih sayang dan inspirasi kepada kami semua. Semoga Mummy Ayu terus bersinar dan dikelilingi oleh orang-orang tersayang!

Jangan lupa untuk menyertai giveaway ini, ya! Selamat menyambut bulan November!
Cda 11/01/2024 11:57:00 pm
Read more ...
Hatyai, Thailand - Hari Ke-2 | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hari Ke-2 di Hatyai dan Songkhla. Hari kedua kami dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik dan tempat yang cantik untuk diterokai! serta perut sentiasa kenyang!

Pagi: Dimsum Chabura
Kami memulakan hari dengan sarapan dimsum yang lazat di Dimsum Chabura. Makanan yang segar dan pelbagai pilihan menjadikan kami teruja untuk memulakan hari.



Seterusnya: Amazon Cafe Terbesar
Selepas itu, kami singgah di Amazon Cafe terbesar dan paling cantik di Songkhla. Suasana yang tenang dan dekorasi yang menarik membuatkan kami betah berlama-lama sambil menikmati kopi.


Samila Beach dan Patung Naga
Kami kemudian bergerak ke Samila Beach untuk menikmati pemandangan pantai yang menakjubkan. Di sini, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di hadapan patung Naga yang ikonik, yang merupakan simbol kawasan ini.



Taj Mahal Of Thailand
Seterusnya, kami melawat "Taj Mahal of Thailand," iaitu Masjid Jamek Songkhla. Keindahan seni bina masjid ini membuatkan kami terpesona dan mengambil banyak gambar.


Floating Market
Kami juga tidak lupa melawat Floating Market, di mana kami dapat mencuba pelbagai jenis makanan tempatan yang unik sambil menikmati suasana yang meriah.


Khlong Hae Seafood di Hatyai
Setelah itu, kami kembali ke Hatyai dan berkunjung ke Khlong Hae Seafood. Makanan laut segar di sini memang tidak boleh dilepaskan!



Seaverse Cafe
Kami mengakhiri hari di Seaverse Cafe, yang terkenal dengan suasana santai dan pemandangan yang menakjubkan. Tempat ini sangat sesuai untuk berehat setelah seharian meneroka.


Lee Garden Walking Street
Malam kami ditutup dengan melawat Lee Garden Walking Street. Kami menikmati suasana pasar malam yang meriah, mencuba makanan tempatan, dan membeli beberapa cenderamata. Di sini, Cda mengambil kesempatan untuk berurut kaki kerana letih berjalan 2,3hari non-stop.

Hari kedua kami memang penuh dengan pengalaman baru dan kenangan yang tidak akan dilupakan!
Cda 11/01/2024 01:30:00 pm
Read more ...
Hatyai, Thailand - Hari Pertama | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Cda ingin berkongsi pengalaman percutian bersama keluarga selama 3hari 2malam di Hatyai, Thailand. Walaupun kami pernah merancang untuk ke Langkawi beberapa kali, rezeki kami mungkin masih belum ada di sana.

Kami bertolak dari kampung seawal 5.30 pagi dengan penuh semangat. Cda bermalam di kampung sehari sebelum perjalanan. Sempat meluangkan masa bersama keluarga. Sampai di Padang Besar, kami sempat solat Subuh sebelum memasuki sempadan. Alhamdulillah, proses chop passport berjalan lancar. 


Setelah sarapan, kami memulakan perjalanan ke lokasi pertama. Hari pertama kami diisi dengan melawat Erawadee, kilang minyak herba terkenal. Di sana, kami diberi beberapa penerangan mengenai minyak herba. Cda suka "Original Herbal Inhaler" dalam gambar dibawah, boleh hilangkan migraine. 


Seterusnya, kami ke Kilang Kacang untuk mendapatkan pelbagai jenis kacang sebagai snek. Tidak lengkap rasanya tanpa singgah di Nora Plaza untuk membeli beg-beg yang cantik. Kemudian, kami ke Kedai Baju Kaysorn mencari souvenir yang sesuai.

Selepas selesai shopping dan makan tengah hari, kami check-in ke hotel dan berehat seketika. 

Kami ke Asean Night Market, menikmati suasana meriah sambil mencuba pelbagai hidangan tempatan. Malam diakhiri dengan makan malam yang enak dan penuh gelak tawa bersama keluarga. Memang hari yang memuaskan!

Kami balik ke hotel semula dengan menaiki Tuk2, ini pengalaman pertama naik Tuk2.

Rasa teruja untuk meneruskan pengembaraan ini!
Cda 10/31/2024 01:11:00 pm
Read more ...

Nasihat Tapi Toksik. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Nasihat yang toksik adalah saranan atau cadangan yang seolah-olah bermanfaat pada awalnya tetapi sebenarnya merugikan atau tidak baik untuk penerimanya. Biasanya, nasihat ini datang dengan niat baik, tetapi kesannya memburukkan situasi atau menambah tekanan. 


Beberapa contoh nasihat toksik :

"Kamu hanya perlu lebih berusaha." 
Ini boleh menambahkan masalah lebih mendalam atau membuat seseorang merasa gagal kerana tidak cukup berusaha, padahal mungkin mereka sudah berusaha sebaik mungkin.

"Kamu harus selalu positif." 
Ini memberi tekanan pada seseorang kerana membuatkan mereka seolah-olah berfikiran negatif dan boleh membuat mereka merasa teruk kerana tidak mampu menjadi positif.

Cda pernah meminta nasihat dari kawan baik dengan menceritakan kisah dari A to Z, dengn harapan dapatlah sedikit info tambahan ataupun solution nya. Namun apa yang cda terima adalah 
kalau selalu pergi checkup, banyaklah dapat tau penyakit kita. kawan beliau tidak pernah jumpa doctor, sihat takda sebarang sakit. sebab bila pergi jumpa doctor, semua sakit akan ada. lepas tu kena makan ubat & asyik tak sihat.
Sentap tittew.

Cda 8/24/2024 01:36:00 am
Read more ...
August Babies! Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alhamdulillah, bersyukur masih dapat bernafas di atas muka bumi ni. Bulan Ogos terlalu banyak peristiwa-peristiwa yang bermakna dalam hidup cda. 

Ulangtahun kelahiran cda, acara makan-makan di Alamanda, Putrajaya. Tiada acara lain kerana keesokkannya Alisya ada peperiksaan di sekolah KAFA. Kita bagi laluan untuk dia fokus pada peperiksaan.

Ulangtahun kelahiran ayah cda, iaitu pada 14 haribulan yang lalu. Hanya kiriman ucapan saja dari cda sekeluarga pada ayah. Ayah pun dah lupa bila hari lahir dia. Bila anak-anak mula bagi ucapan, baru dia teringat. pastu malu-malu.. haha

Ulangtahun kelahiran abang cda, iaitu pada hari ini 17 haribulan. Ni pun sama, lupa. Bila kita bagi ucapan dalam group whatsapp family, baru teringat. Ha sudah.. memasing lupa bila hari lahir.

Cda 8/17/2024 09:33:00 pm
Read more ...
Ulangtahun Hari Bersejarah 16/08 & 17/08. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Tanggal 16 Ogos 2024, genaplah 11 tahun hidup sebagai isteri orang. Alhamdulillah.
"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, Ayat 21)


Cda 8/17/2024 09:40:00 am
Read more ...
Warung Nyoq Legend, Sg Ramal Luar, Selangor - Laksa Utara. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Entry bulan lepas. Selesai perlawanan bola tampar anjuran syarikat. Saja nak bagi rewards kepada buah hati ibu yang selalu teman ke mana ibu pergi. Jadi kami berdua decide nak rasa laksa utara di warung ni.

Alhamdulillah, kami tiba jam 1 petang orang masih kurang dan mulai ramai lepas tu. Menu pilihan Sofia - Jelly Kelapa. Cuaca panas sekarang ni, sesuaii sangat tau, sejuk tekak.

Bihun Sup Utara

Seeloknya makan bersama cabai merah, disebabkan orang utara sorang ni tak makan pedas, takda cabai merahnya.

Jelly Kelapa

Laksa Utara

Alhamdulillah semua sedap. Tak cukup makan di warung, siap tapau laksa sorang satu dan semestinya Jelly Kelapa juga. Warung beroperasi setiap hari 10 pagi - 7 petang kecuali hari Isnin.

Cda 8/10/2024 08:36:00 am
Read more ...
Salam Tahun Baru 2024. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Ucapan di tujukan kepada semua sahabat alam maya ikhlas dari hati ini. Setelah setahun lebih menghilangkan diri, tanpa meninggalkan jejak dan tiada salam perpisahan.

URL blog pun telah bertukar, kerana setahun menyepikan diri. www.ibucida.com telah bertukar kepada www.cintadudu.com.

Terlalu banyak yang ingin di ceritakan sepanjang tahun lepas, 2023 dan 2024 ini. Entri seterusnya akan menyusul tak lama lagi.


Agak sedih kerana kehilangan url ibucida ni, dalam masa yang sama terpaksa mencari nama baru untuk blog ini. www.cintadudu.com, cinta iaitu ukuran asas perasaan manusia terhadap sesuatu, seperti perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Setiap dari kita memiliki perasaan itu. Dudu merupakan nama timangan Cda setelah berjaya melanjutkan pelajaran ke Johor dari Kedah.

Sekian.
Cda 7/14/2024 07:00:00 pm
Read more ...



Unstoppable Song by Sia

All smiles, I know what it takes to fool this town
I'll do it 'til the sun goes down
And all through the nighttime
Oh, yeah
Oh, yeah, I'll tell you what you wanna hear
Leave my sunglasses on while I shed a tear
It's never the right time
Yeah, yeah

I put my armor on, show you how strong I am
I put my armor on, I'll show you that I am

I'm unstoppable
I'm a Porsche with no brakes
I'm invincible
Yeah, I win every single game
I'm so powerful
I don't need batteries to play
I'm so confident
Yeah, I'm unstoppable today

Unstoppable today
Unstoppable today
Unstoppable today
I'm unstoppable today

Break down, only alone I will cry out loud
You'll never see what's hiding out
Hiding out deep down
Yeah, yeah
I know, I've heard that to let your feelings show
Is the only way to make friendships grow
But I'm too afraid now
Yeah, yeah

I put my armor on, show you how strong I am
I put my armor on, I'll show you that I am

I'm unstoppable
I'm a Porsche with no brakes
I'm invincible
Yeah, I win every single game
I'm so powerful
I don't need batteries to play
I'm so confident
Yeah, I'm unstoppable today

Unstoppable today
Unstoppable today
Unstoppable today
I'm unstoppable today
Unstoppable today
Unstoppable today
Unstoppable today
I'm unstoppable today

I put my armor on, show you how strong I am
I put my armor on, I'll show you that I am

I'm unstoppable
I'm a Porsche with no brakes
I'm invincible
Yeah, I win every single game
I'm so powerful
I don't need batteries to play
I'm so confident
Yeah, I'm unstoppable today

Unstoppable today
Unstoppable today
Unstoppable today
I'm unstoppable today
Unstoppable today
Unstoppable today
Unstoppable today
I'm unstoppable today

Source: Musixmatch
Cda 7/14/2024 05:14:00 pm
Read more ...


Lily Song by Alan Walker

Lily was a little girl
Afraid of the big, wide world
She grew up within her castle walls
Now and then, she tried to run
And then on a night with the setting sun
She went in the woods away
So afraid, all alone

They warned her, don't go there
There's creatures who are hidin' in the dark
Then somethin' came creepin'
It told her, "Don't you worry, " just

Follow everywhere I go
Top of all the mountains or valley low
Give you everything you've been dreamin' of
Just let me in, ooh

Everything you want in gold
I'll be the magic story you've been told
And you'll be safe under my control
Just let me in, ooh

Just let me in, ooh

She knew she was hypnotized
And walking on cold, thin ice
Then it broke, and she awoke again

Then she ran faster and
Start screamin', "Is there someone out there?
Please help me, come get me"
Behind her, she can hear it say

Follow everywhere I go
Top of all the mountains or valley low
Give you everything you've been dreamin' of
Just let me in, ooh
Everything you want in gold
I'll be the magic story you've been told
And you'll be safe under my control
Just let me in, ooh

Just let me in, ooh

Everything you want in gold
I'll be the magic story you've been told
And you'll be safe under my control
Just let me in, ooh

Follow everywhere I go
Top of all the mountains or valley low
Give you everything you've been dreamin' of
Just let me in, ooh

Then she ran faster and
Start screamin', "Is there someone out there?
Please help me"
Just let me in, ooh

Source: LyricFind
Cda 7/13/2024 05:13:00 pm
Read more ...
Alisya Sofia Turns 9! Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alhamdulillah, genap sudah Sofia 9 tahun. Doa ibu sentiasa mengiringi langkah mu.


Sekarang sama besar dengan ibu, jadi teman borak, teman shopping, dan teman habiskan duit ayahnya. Punyai hobi mewarna. Suka subjek English dan Pendidikan Seni. Banyak bercakap, kadang-kadang membebel pada ayah mengalahkan ibu membebel, ibu dah boleh resign membebel. 

Februari adalah bulan kelahiran Sofia dan arwah tok (sebelah ayah) iaitu 17 dan 22 Februari. 
Cda 2/17/2024 02:49:00 pm
Read more ...