Salam Tahun Baru 2024

Salam Tahun Baru 2024. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Ucapan di tujukan kepada semua sahabat alam maya ikhlas dari hati ini. Setelah setahun lebih menghilangkan diri, tanpa meninggalkan jejak dan tiada salam perpisahan.

URL blog pun telah bertukar, kerana setahun menyepikan diri. www.ibucida.com telah bertukar kepada www.cintadudu.com.

Terlalu banyak yang ingin di ceritakan sepanjang tahun lepas, 2023 dan 2024 ini. Entri seterusnya akan menyusul tak lama lagi.


Agak sedih kerana kehilangan url ibucida ni, dalam masa yang sama terpaksa mencari nama baru untuk blog ini. www.cintadudu.com, cinta iaitu ukuran asas perasaan manusia terhadap sesuatu, seperti perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Setiap dari kita memiliki perasaan itu. Dudu merupakan nama timangan Cda setelah berjaya melanjutkan pelajaran ke Johor dari Kedah.

Sekian.

1 comment: