August Babies! Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alhamdulillah, bersyukur masih dapat bernafas di atas muka bumi ni. Bulan Ogos terlalu banyak peristiwa-peristiwa yang bermakna dalam hidup cda.
Ulangtahun kelahiran cda, acara makan-makan di Alamanda, Putrajaya. Tiada acara lain kerana keesokkannya Alisya ada peperiksaan di sekolah KAFA. Kita bagi laluan untuk dia fokus pada peperiksaan.
Ulangtahun kelahiran ayah cda, iaitu pada 14 haribulan yang lalu. Hanya kiriman ucapan saja dari cda sekeluarga pada ayah. Ayah pun dah lupa bila hari lahir dia. Bila anak-anak mula bagi ucapan, baru dia teringat. pastu malu-malu.. haha
Ulangtahun kelahiran abang cda, iaitu pada hari ini 17 haribulan. Ni pun sama, lupa. Bila kita bagi ucapan dalam group whatsapp family, baru teringat. Ha sudah.. memasing lupa bila hari lahir.
Thanks for your sharing
ReplyDeleteHi. Thank come here!
DeleteSelamat menyambut hari kelahiran bulan augustus
ReplyDeleteTerima kasih WP.
DeleteAlhamdulillah..Selamat ulang tahun kelahiran untuk semua yang menyambutnya dalam bulan Ogos. Semoga kalian dipanjangkan umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan serta dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah. Aamiin...
ReplyDeleteAamiin Aamiin Aamiin.. semoga rezeki kita semua beroleh keberkatan dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Delete