Nasihat Tapi Toksik

Nasihat Tapi Toksik. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Nasihat yang toksik adalah saranan atau cadangan yang seolah-olah bermanfaat pada awalnya tetapi sebenarnya merugikan atau tidak baik untuk penerimanya. Biasanya, nasihat ini datang dengan niat baik, tetapi kesannya memburukkan situasi atau menambah tekanan. 


Beberapa contoh nasihat toksik :

"Kamu hanya perlu lebih berusaha." 
Ini boleh menambahkan masalah lebih mendalam atau membuat seseorang merasa gagal kerana tidak cukup berusaha, padahal mungkin mereka sudah berusaha sebaik mungkin.

"Kamu harus selalu positif." 
Ini memberi tekanan pada seseorang kerana membuatkan mereka seolah-olah berfikiran negatif dan boleh membuat mereka merasa teruk kerana tidak mampu menjadi positif.

Cda pernah meminta nasihat dari kawan baik dengan menceritakan kisah dari A to Z, dengn harapan dapatlah sedikit info tambahan ataupun solution nya. Namun apa yang cda terima adalah 
kalau selalu pergi checkup, banyaklah dapat tau penyakit kita. kawan beliau tidak pernah jumpa doctor, sihat takda sebarang sakit. sebab bila pergi jumpa doctor, semua sakit akan ada. lepas tu kena makan ubat & asyik tak sihat.
Sentap tittew.

No comments: