Warung Nyoq Legend, Sg Ramal Luar , Selangor - Laksa Utara

Warung Nyoq Legend, Sg Ramal Luar, Selangor - Laksa Utara. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Entry bulan lepas. Selesai perlawanan bola tampar anjuran syarikat. Saja nak bagi rewards kepada buah hati ibu yang selalu teman ke mana ibu pergi. Jadi kami berdua decide nak rasa laksa utara di warung ni.

Alhamdulillah, kami tiba jam 1 petang orang masih kurang dan mulai ramai lepas tu. Menu pilihan Sofia - Jelly Kelapa. Cuaca panas sekarang ni, sesuaii sangat tau, sejuk tekak.

Bihun Sup Utara

Seeloknya makan bersama cabai merah, disebabkan orang utara sorang ni tak makan pedas, takda cabai merahnya.

Jelly Kelapa

Laksa Utara

Alhamdulillah semua sedap. Tak cukup makan di warung, siap tapau laksa sorang satu dan semestinya Jelly Kelapa juga. Warung beroperasi setiap hari 10 pagi - 7 petang kecuali hari Isnin.

5 comments:

  1. Perghhhh...laksanya. Terliur tengok 🤤

    ReplyDelete
  2. Sedapnya lahai laksa, kecur ailio.. Coconut jelly pun sedap juga.. auto lapar..

    ReplyDelete
  3. Semua sedaplah. kalau ada tiga-tiga depan saya memang saya ngap habis ni.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya laksa dengan jelly kelapa :)

    ReplyDelete
  5. Aduhh sedapnya jelly kelapa tu.

    ReplyDelete